Cara Cerdas Minda Ingatan Kaedah Islam, Apakah kecerdasan minda? Pada usia lima hingga enam tahun mereka sedang
meniti usia pra sekolah. Lazimnya ketika ini, sebahagian besar daripada
otaknya sudah diterokai. Pendedahan kepada apa sahaja yang dilihat dan
didengar dan disebut kekal di dalam memori otak. Setiap saraf dan sel
otak berhubung antara satu sama lain untuk membentuk satu sesuatu
kemahiran atau kepandaian untuk mempelajari sesuatu. Kecerdasan otak
amat membantu anak untuk memberikan perhatian dan konsentrasi ketika di
dalam kelas. Perkembangan kognitif dan kebolehannya menggunakan memori
jangka panjang membantunya terus meneroka dan mengembangkan kebolehannya
untuk mempelajari sesuatu yang baru.
VIDEO
Tips untuk mencerdaskan minda.kaedah Islam
1)TAAT KEPADA ALLAH
Orag
yang cerdas mindanya mudah mengakui kekuasaan Allah s.w.t. yang
menjadikan alam ini.Sebagai makhluk,maka sudah tentunya menjadi
tanggungjawab kita untuk berbakti kepada pencipta seperti seorang hanba
berbakti kepada tuannya.Orang yang ingkar dari berbakti kepada Allah
membohongi dirinya sendiri.Taraf mereka samalah seperti orang dungu yang
tidak mampu memanipulasikan mindanya untuk memberi
sebab kenapa dia perlu berbakti kepada Allah s.w.t.
2)TAAT,HORMAT DAN KASIH IBU BAPA
Ibu
bapa adalah dua orang insan yang telah memungkinkan kita dapat melihat
matahari dan bulan.Betapa perlunya kita membalas pergorbanan hidup mati
mereka itu dengan berbakti kepada mereka sekarang.
3)BERSAHABAT,KASIH DAN TAAT GURU
Guru adalah ibu bapa kedua bagi kita.Mereka telah mendidik dan mengasuh kita untuk mengenal kehidupan diatas bumi ini.
Guru
telah membangunkan minda kita hingga kita menjadi orang yang berjaya
dan cemerlang.Guru dalam erta kata yang lain ialah sesiapa sahaja yang
telah mengajar kita.
4)BERKAWAN DENGAN YANG POSITIF SAHAJA
Rasulullah
saw bersabda:"Berkawan dengan orang pintar seperti berdiri disisi
penjual minyak wangi.Kalau tak dapat minyaknya,paling kurang dapat
baunya.bergaul dengan orang jahil seperti berdiri disisi orang tukang
besi.Kalau tak kena baranya,paling kurang kena asapnya"..Sabda
Rasulullah saw lagi:"Janganlah kamu bertemankan kecuali dengan orang
mukmin dan janganlah kamu makan kecuali makan dengan orang yang
bertaqwa"..
5)SEMANGAT MENOLONG ORANG LAIN
Sikap suka menolong
orang lain datang dari hati yang ikhlas.Keputusan hati ditimbang oleh
minda.Orang yang tajam akalnya menolong orang lain tanpa
mempertimbangkan banyak perkara.Dia sentiasa berfikir bahawa
*orang itu memerlukan pertolongan
*saya tak rugi apa-apa menolongnya
*saya orang pertama yang menolongnya
6)BERFIKIRAN POSITIF
Berfikiran
positif boleh mencerdaskan minda kerana minda akan bekerja untuk
mencapai apa yang dicita-citakan.Berfikiran negetif boleh menumpulkan
minda kerana mudah menyerah kalah dan tidak perlu bekerja keras
7)FOKUS DAN TUMPU PERHATIAN
Apabila
kita memfokuskan dan menumpu perhatian di dalam setipa pekerjaan dan
pelajaran,minda kita akan tajam kerana tumpuan kita lebih
terarah.Logiknya seperti didalam ilmu fizik:Imej bagi setiap objek yang
terfokus dengan baik akan menjadi lebih tajam
8)TEKUN DAN BUAT BERSUNGGUH-SUNGGUH
Usaha
yang tekun dan dilakukan dengan bersunggun-sunggun melatih minda untuk
mendisiplinkan diri supaya boleh mengatur sesuatu pekerjaan mengikut
langkah demi langkah hingga selesai
9)SENTIASA NOMBOR SATU
Orang
yang sentiasa kedepan untuk menjadi ketua berupaya menerima arahan
dengan tangkas dan bertindak cepat.Hanya orang yang cerdas akalnya
sahaja mampu untuk bertindak demikian.Sasaran hanya satu:Menjadi Orang
nombor satu
10)CEKAP DAN TANGKAS
Pekerjaan yang dilakukan
dengan cekap dan tangkas memerlukan latihan yang berterusan.Kecekapan
bergantung kepada kecerdasan akal.Jika tidak orang itu akan kekal
ditahap lama walaupun saban hari mengulang kerja atau perbuatan yang
sama seperti bekerja seperti 'line' di kilang.
11)SANGGUP MENGHADAPI CABARAN DAN KESUSAHAN
Hanya
orang yang cerdas akalnya sahaja yang sanggup untuk berhadapan dengan
cabaran dan kesusahan.Orang yang lembab cepat menyerah kalah.Cabaran
disangkakan kemustahilan dan kesusahan disangkakan penderitaan.
12)MELAWAN SIKAP MAZMUMAH
Hati
kecil manusia sentiasa menyuruh kearah kebaikan.Hanya keegoan dan
hasutan syaitan yang menyebabkan manusia tidak berbuat kebaikan.Orang
yang tajam akalnya dapat melawan sifat-sifat mazmumah kerana dia boleh
berdialog dengan dirinya sendiri untuk meninggalkan sifat mazmumah itu.
13)MENGHAYATI SIFAT MAHMUDAH
Seseorang
insan tidak memerlukan mindanya bekerja terlalu keras untuk menerima
kebaikan kerana kebaikan itu sifat semulajadi akal .Allah s.w.t.
menjadikan akal untuk menerima kebaikan.Sebab itu orang yang cerdas akal
mudah menghayati sifat mahmudah(terpuji).
Cara Cerdas Minda Kuat Ingatan Kaedah Islam
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.