Sebab Wanita Kerat Kemaluan Doktor, bukan sahaja kemaluan tetapi tekak doktor tersebut. Mesti ada sebab kenapa wanita India ini melakukan perkara ini, dari sudut sosial dan undang undang semua orang kata wanita ini kejam dan salah, tapi wanita ini menderita fizikal dan mental hampir 13 tahun
Ikuti cerita dari New Delhi ini dan kita selami masalah sosial di Negara India.
Pada 2001, dia datang ke rumah saya untuk merawat adik saya.
“Disebabkan
kami miskin, dia menunjukkan simpati dan mempelawa saya bekerja di
kliniknya pada 2003. “Pernah dia menyuntik saya sebelum merogol saya.
Saya menjadi ketagih dengan dadah dan dia mula mengeksploitasi saya
secara seksual,” katanya.
Preeti berkata, dia pernah mengadu kepada isteri Chandra mengenai perkara itu, tetapi sebaliknya dia di usir dan dimaki hamun.
“Sebab itulah saya menghantar bungkusan berisi kemaluan suaminya kepada wanita itu,” katanya.
Bercakap
mengenai pembunuhan itu Preeti berkata: “Dia menghubungi saya agar
datang ke rumah tetamu itu pada 21 Julai lalu. Saya mencampur ubat bius
dalam minuman keras yang diminumnya. “Kemudian saya kerat tekak dan
kemaluannya dengan pisau bedah,” katanya.
Sementara itu, Pegawai Kanan Polis Kanpur, Superintendan Kanan
Yashasvi Yadav berkata, Preeti mungkin sakit jiwa. “Kami akan merayu
mahkamah agar dia dirawat,” katanya. - Agensi
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.