STEM CELL dan Epal Stem Cell, Stem Cell boleh didapati dari tali pusat bayi yang baru dilahirkan,
juga dari sel organ dan sel sumsum tulang manusia. Darah di dalam tali
pusat bayi adalah sumber sel stem yang sangat bernilai dan secara
genetiknya unik kepada bayi dan keluarganya sahaja. Stem cell juga boleh
diambil dari sel haiwan seperti arnab.
Namun, penyelidikan tentang stem cell semakin giat dijalankan oleh
saintis dunia dan akhirnya kini stem cell tidak lagi diambil dari stem
manusia atau haiwan, tapi diambil dari buah-buahan, dan buah yang paling
popular dan paling banyak digunakan untuk menghasilkan stem cell ialah
BUAH EPAL.
APA ITU APPLE STEM CELL?
Di Switzerland rata-rata penduduknya mengamalkan memakan sejenis buah
epal diberi nama Uttwiler Spatlauber yang membekalkan banyak khasiat
kepada kesihatan. Buah epal Uttwiler Spatlauber ini sangat istimewa
kerana ia berupaya kekal segar dalam tempoh 6 hingga 8 bulan walaupun
tidak diletakkan di dalam peti sejuk. Lebih menarik buah ini kaya dengan
phytonutrien, protein dan mempunyai sel hidup yang tahan lama.
Apple Stem Cell berkesan menjadikan seseorang individu itu kembali
merasai nikmat keremajaan dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit dan
membaiki epidermis iaitu lapisan luar kulit selain membentuk pigmen
kulit.
Apple stem cell ini juga berupaya memulihkan sistem kardiovaskular,
risiko penyakit jantung, strok dan kolestrol tinggi serta mengawal
diabetis, meningkatkan sistem imunisasi badan serta melegakan penyakit
sendi.
Apple stem cell mampu memberi kesan positif kepada manusia kerana ia
berupaya memperbaiki tisu dan sel dalam badan disamping menggalakkan
penghasilan sel baru. Ia juga boleh membantu melindungi sel induk kulit
manusia daripada unsur yang boleh merosakkan kulit seperti sinaran ultra
ungu (UV).
Ini kerana, menurut hasil kajian epal bukan sahaja dianggap sebagai
bahan antioksida malah ia juga mampu mencegah penyakit barah. Secara
tidak langsung ia boleh menghalang sel dalam badan daripada mengalami
kerosakan dan mematikan bahan radikal bebas yang berbahaya.
Buah epal juga mengandungi elemen kesihatan ohytonutrient yang boleh
melambatkan proses pengoksidaan kolestrol yang tidak baik iaitu satu
proses yang berperanan dalam pertumbuhan penyakit jantung.
Selain itu, buah epal turut memiliki khasiat tersendiri yang bertindak
mencantikkan kulit, sekaligus mengatasi masalah penuaan. Ia juga
mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dan berupaya menggalakkan
pembentukan gigi, tulang, tisu bawah kulit dan rawan yang sihat. Apple
stem cell sememangnya berkesan mengembalikan keremajaan kulit dan
menggalakkan pertumbuhan sel premium kulit yang menjadi sumber utama
untuk membaiki epidermis iaitu lapisan luar disamping menggalakkan
pembentukan pigmen kulit.
Salah satu produk yang di jual di pasaran yang mengandungi epal stem cell ialah Pro Right
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.