sel stem dewasa rawat penyakit kronik. Sel stem adalah sel asas organisme. Ini bermakna ia boleh berubah
menjadi apa-apa sel lain di dalam badan. Oleh itu ia sangat berguna
dalam merawat dan memperbaiki tisu-tisu . Sebagai contoh jika kita
mengalami kecederaan otot atau sel otak, sel stem akan membahagi dan
bertukar kepada sel otot atau sel otak untuk merawat dan menggantikan
sel tercedera agar organ terlibat sembuh.
Sel stem manusia terbahagi kepada dua. Sel stem embryonic dan sel
stem dewasa. Sel stem embryonic diambil dari embrio dan berupaya berubah
menjadi apa-apa sel organ seperti jantung atau otak. Banyak kajian sel
stem embryonic dilakukan di dalam makmal untuk perubatan moden. Di
antara penyakit yang berpotensi dirawat dan disembuhkan dengan sel stem
embryonic adalah penyakit parkinson, diabetes, kerosakan saraf tunjang,
duchenne's muscle dystrophy, pekak dan buta.
Namun begitu, di bidang kecantikan, sel stem yang kita berminat
adalah sel stem dewasa. Berbeza dengan sel stem embryonic yang boleh
bertukar menjadi apa-apa sahaja sel organ, sel stem dewasa hanya boleh
bertukar menjadi sel-sel tertentu bertujuan merawat sel-sel yang telah
rosak atau pupus. Sebagai contoh, apabila sel stem ini disuntik ke
bahagian muka, ia boleh memudakan wajah dengan menggantikan sel-sel yang
telah tercedera dan rosak. Jika ia disuntik di kulit kepala, ia mampu
membuatkan rambut kita lebih lebat dan sihat.
kecantikan
Stem sel dewasa terdapat banyak di sel-sel lemak, sum-sum tulang dan
darah. Dalam bidang kecantikan, doktor menggunakan darah sebagai sumber
untuk mendapatkan sel stem. Ia lebih mudah untuk diproses daripada
sumber dari lemak atau sum-sum tulang. Doktor selalunya akan mengambil
10cc ke 30cc darah dan diletakkan di dalam tabung uji khas untuk
memisahkan serum dan sel-sel darah merah. Setelah menjalani beberapa
tahap pemprosesan, serum yang mengandungi sel stem, platelet, dan hormon
dihasilkan. Serum ini akan di suntik kembali ke bahagian kulit muka.
Apabila kulit muka menerima serum yang mengandungi sel stem dan pelbagai
bahan lain, ia akan mula menyembuh dan memudakan kulit muka secara
semula jadi. Kulit akan menjadi lebih gebu, bersinar, bersih dan tegang.
Untuk mendapatkan hasil yang berkekalan, proses rawatan perlulah
diulang setiap dua ke empat bulan.
Adakah ia selamat? Ya, sudah semestinya kerana kita menggunakan
sumber sel stem dari badan kita sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah
alahan atau kesan samping yang lain.
Adakah ia berkesan? Sudah semestinya. Ini kerana hanya sel stem
manusia sahaja boleh digunakan untuk merawat dan memudakan sel manusia.
Sel stem buah-buahan contohnya sel stem durian tidak boleh bertukar dan
merawat sel manusia. Satu lagi faktor penting adalah sel stem tidak
boleh dibotolkan atau disimpan di bawah suhu biasa. Sel stem sama ada
disimpan di makmal dengan persekitaran dan suhu tertentu atau diproses
dan digunakan serta merta. Ini dijelaskan oleh seorang profesor di
sebuah universiti di Korea baru baru ini.
Manusia
Saya ada terbaca bahawa sel stem tumbuhan boleh "merangsang" sel
manusia untuk memperbaiki diri sendiri. Di pasaran sebenarnya sudah ada
krim krim yang mengandungi tretinoin yang sudah terbukti boleh
merangsang sel-sel kulit untuk memudakan kulit tersebut. Ini bukan
sesuatu penemuan baru di bidang kosmetik.
Ada juga kajian yang menunjukkan sebenarnya sel stem tumbuhan ini mengandungi anti oksida yang tinggi untuk memudakan kulit.
Walau apa pun, ada juga yang mengaku bahawa rawatan sel stem tumbuhan
berkesan kepada mereka, tetapi kurang pasti kesannya sama ada daripada
"bahan" yang merangsang sel atau kesan anti oksida.
Namun begitu yang pasti, sel stem yang terbaik untuk manusia adalah
sel stem manusia dan untuk merawat diri sendiri, sel stem terbaik adalah
sel stem diri sendiri. Kini banyak klinik kecantikan menawarkan rawatan
sel stem. Namun begitu ada yang memproses 10cc darah dan ada yang
memproses sehingga 30 cc darah. Lagi banyak darah diproses, lagi banyak
sel stem akan dihasilkan. Lagi banyak sel stem digunakan di dalam
rawatan kecantikan, hasilnya pasti lebih memuaskan dan cantik. Oleh itu
berbincang dahulu dengan doktor anda mengenai rawatan sel stem sebelum
melakukannya. Dapatkan rawatan yang paling berkesan dan paling selamat. PENULIS boleh dihubungi di 09-5164777.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.