Punca Tak Subur pada lelaki. Mati pucuk Hubungan seks yang tidak normal berlaku
apabila penetrasi yang kurang berjaya, lelaki yang mati pucuk atau
disfungsi ereksi dan bukaan zakar yang tidak berada di hujung. Seperti
yang dibincangkan sebelum ini, masalah kawalan otot pada bahagian bawah
zakar menyebabkan air mani diejakulasi ke dalam pundi kencing atau
dikenal juga sebagai retrograde ejaculation. Masalah psikologi,
masalah kesihatan atau stres juga mengganggu penghasilan air mani.
Gangguan emosi boleh merencatkan penghasilan hormon dan pengaliran darah
ke testis.
Secara purata, amaun air mani yang diejakulasi oleh seorang lelaki
sebanyak 1 hingga 4 milimeter. Biasanya, lebih daripada 50 juta sperma
yang terkandung setiap 1 milimeter yang diejakulasi. Sekiranya kepekatan
sperma kurang daripada 20 juta per milimeter, peluang untuk hamil
berkurangan. Selain itu, bilangan sperma yang mampu untuk bergerak juga
sangat penting. Bagi lelaki yang subur, terdapat sekurang-kurangnya 50
peratus sperma yang mampu bergerak aktif. Semasa analisis air mani
dijalankan, sperma yang bergerak dalam garisan lurus diperhatikan.
Sekurang-kurangnya, 25 peratus sperma yang bergerak secara progresif.
Aspek lain yang dilihat ialah rupa bentuk atau morfologi sperma. Apabila
dilihat di bawah mikroskop, sperma manusia yang normal mempunyai kepala
yang bujur dan ekor. Ada juga sperma mempunyai kepala, saiz dan ekor
yang abnormal. Akan tetapi, sperma yang normal hendaklah merangkumi
sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan sperma. Jika peratusan sperma
yang abnormal melebihi 75 peratus, kualiti kesuburan akan merosot.
Pengiraan bilangan sperma dilakukan di makmal dengan menggunakan
mikroskop. Amaun air mani yang diejakulasi diukur dan kepekatan sperma
ditentukan dalam satu juta per milimeter. Spesimen sperma diproses di
atas slaid mikroskop, diletakkan bahan kimia khas dan dibiarkan kering.
Proses ini membolehkan bentuk sperma dikaji dengan lebih teliti.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.