Oct 8, 2013

Kita Harap Kerajaan Sirius Keperluan Rekabentuk Mesra OKU


Kita Harap Kerajaan Sirius Keperluan Rekabentuk Mesra OKU. Reka bentuk seragam  (Inclusive Design) merupakan satu reka bentuk mesra orang ramai yang dicipta untuk kegunaan semua lapisan masyarakat, termasuk orang tua, kanak-kanak, orang yang berjalan dengan menggunakan troli, ibu mengandung, orang kurang upaya (OKU) atau orang biasa.

Antara yang kami perlu khasnya OKU ialah:
  1. Ram atau jalan masuk ke suatu bangunan , kedai, masjid, pasaraya
  2. Tempat parking kereta oku
  3. Pemegang Tangga
  4. Bilik air untuk OKU
  5.  Pengangkutan awam mesra oku
  6. dan berkaitan

JIKA KERAJAAN BUAT SERAGAM., KOS LEBIH JIMAT DAN SEMUA GOLONGAN BOLEH GUNA, termasuk orang tua dan kanak kanak.
Kita Harap Kerajaan Sirius Keperluan Rekabentuk Mesra OKU

Kita Harap Kerajaan Sirius Keperluan Rekabentuk Mesra OKU

Kita Harap Kerajaan Sirius Keperluan Rekabentuk Mesra OKU

Kita Harap Kerajaan Sirius Keperluan Rekabentuk Mesra OKU

Ia bertujuan untuk menampung keperluan orang ramai, yang bukannya reka bentuk yang dicipta khas, tetapi reka bentuk mesra yang disetujui orang ramai. Reka bentuk seragam tidak dikategori untuk kegunaan OKU atau kanak-kanak atau ibu mengandung sahaja, tetapi boleh digunakan oleh orang yang berupaya dan orang yang tidak berupaya serta golongan warga emas.

Reka bentuk seragam tidak sama dengan reka bentuk bebas halangan. Reka bentuk bebas halangan merupakan satu ciptaan yang memerlukan halangan dialihkan bagi tujuan kegunaan OKU dan hanya khas untuk kegunaan OKU sahaja.

Penduduk Malaysia telah mencecah 28 juta. Daripada jumlah tersebut, golongan usia emas dijangka akan mencapai lebih daripada 1.3 juta orang atau 4.8 peratus, golongan OKU pula kira-kira 2.8 juta orang atau 10 peratus dan golongan kanak-kanak yang membentuk kira-kira 8 juta orang atau 32 peratus. Justeru, kira-kira 12 juta orang penduduk memerlukan pemerhatian yang khusus.

Namun, infrastruktur yang dibina pada masa ini tidak memenuhi keperluan golongan-golongan ini. Setiap kemudahan dibina tidak mematuhi standard yang ditetapkan, ataupun kemudahan itu dibina dengan halangan.

Jika kerajaan hanya mengalihkan halangan untuk keperluan golongan OKU, bagaimana pula dengan golongan yang lain. Jadi, reka bentuk seragam merupakan satu reka bentuk yang dapat memenuhi keperluan orang ramai.

Kerajaan sepatutnya membina sesuatu kemudahan yang dapat menampung keperluan semua golongan. Sebagai contoh, bagi pintu masuk, tangga akan dibina, tetapi jika satu lerengan dibina selain daripada tangga itu, ia memanfaatkan semua orang.

Semua pihak boleh menaikinya dengan mudah, termasuk pengguna berkerusi roda, orang tua, orang yang membawa kereta bayi. pengguna yang menolak troli, orang yang bertongkat dan kanak-kanak.
Pada masa ini negara kita mempunyai Standard Malaysia (Malaysian Standard – MS) yang dibangunkan untuk golongan OKU. Tetapi standatd ini tidak digunakan dengan meluas. Walaupun Undang-undang Kecil (Uniform Building By-Laws, UBBL) menyatakan isu kemudahcapaian dalam fasa 34A, namun ia tidak merujuk kepada MS yang sedia ada.

Akta OKU 2008 juga tidak menetapkan sebarang hukuman bagi pihak yang tidak menyediakan kemudahan mesra OKU. Jadi ia tidak dapat menjamin kesejahteraan bagi golongan OKU.
Golongan OKU merupakan sebahagian rakyat Malaysia. Oleh itu sebarang bentuk pembangunan perlu mengambil kira keperluan mereka.

Kesimpulannya, golongan OKU boleh berdikari dengan adanya reka bentuk seragam yang sememangnya disediakan untuk menampung keperluan mereka. Selain itu, orang lain juga dapat menikmati manfaat daripada reka bentuk seragam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...