Oct 13, 2013

JEMAAH HAJI BERGERAK KE ARAFAH 13 OCT 2013



MAKKAH - Jemaah haji Malaysia akan bertolak dari Masjidil Haram ke Arafah secara tiga peringkat pada 13 Oktober bagi memulakan ibadah haji musim ini.

Ketua Rombongan Haji Tabung Haji (TH) Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, semua jemaah haji itu akan bergerak secara berperingkat mulai pukul 11 pagi sehingga tengah malam.
 "Pada 13 Oktober ini adalah bersamaan 8 Zulhijah dan kita akan membawa jemaah secara berperingkat dan kesemua jemaah haji dijangka berada di Arafah awal pagi 9 Zulhijah iaitu pada 14 Okt," katanya kepada pemberita selepas membuat lawatan ke kawasan Masyair iaitu Arafah, Mina dan Muzdalifah dekat sini, Selasa.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...