Mar 9, 2012

Radiasi Ribut Suria 4 Mac 2012

Radiasi Ribut Suria 4 Mac 2012Radiasi Ribut Suria 4 Mac 2012 adalah Gelombang radiasi yang dihambur keluar dari letusan nyalaan suria kuat pada 4 Mac 2012 lalu mungkin tidak mengenai Bumi tetapi boleh merosakkan satelit-satelit NASA, kata saintis. Setengaah panggil ribut matahari.

Radiasi yang membimbangkan itu datang dari nyalaan suria kelas X1.1 ( jenis ribut suria terkuat) yang meletus dari permukaan Matahari pada jam 0413 GMT 5 Mac 2012. Nyalaan suria itu melepaskan awan zarah bercas, dipanggil pengusiran jisim korona (CME).

Radiasi Ribut Suria 4 Mac 2012

Gelombang plasma suria ini selalunya tidak mengenai Bumi, tetapi beberapa kapal angkasa, termasuk satelit pemerhati Matahari Stereo B milik NASA, kapal angkasa Messenger di Utarid dan Telekop Inframerah Angkasa Spitzer, adalah terletak di laluan ribut radiasi yang dihasilkan, kata saintis di Pusat Penerbangan Angkasa Goddard di Greenbelt.

“Ia adalah satu pancuran radiasi, dan tenaga tinggi ini boleh memberi kesan kepada kapal angkasa dan beberapa peralatan,” kata Yihua Zheng, ketua penyelidik di Pusat Cuaca Angkasa. “Stereo B telahpun melihat beberapa radiasi, tetapi kami tidak mempunyai data masa sebenar dari kapal angkasa lain, jadi kami tidak berapa pasti. Tetapi berdasarkan lokasi dan saiz CME, kami rasa kapal angkasa ini menerima dos radiasi yang tinggi.

Radiasi Ribut Suria 4 Mac 2012

Rantau tompok matahari besar yang dikenali sebagai AR1429 terus menjadi agak aktif sejak ia muncul pada 2 Mac 2012 yang lalu. Imej : NASA/SDO.

Letusan itu datang dari rantau tompok matahari yang besar dipanggil AR1429, yang sekurang-kurangnya empat hingga lima kali lebih besar daripada Bumi, kata Zheng. Rantau tompok matahari AR1429 terus menjadi agak aktif sejak ia muncul pada 2 Mac lalu, dan saintis meramalkan yang ia akan memuntahkan lebih banyak nyalaan pada minggu-minggu akan datang.

Radiasi Ribut Suria 4 Mac 2012


Radiasi Ribut Suria 4 Mac 2012

sumber : sains angkasa

Di WASHINGTON, Amerika Syarikat (AS) AFP melaporkan - Dua letusan kuat yang berlaku pada permukaan matahari diramalkan mencetuskan ribut geomagnetik dan radiasi terbesar yang pernah dialami Bumi dalam tempoh lima tahun, kata beberapa pakar cuaca kelmarin.
Ribut berkenaan yang akan berterusan sehingga ke hari ini, dijangka mengganggu grid kuasa, sistem navigasi dan satelit selain menyebabkan beberapa syarikat penerbangan mengubah laluan di sekitar kawasan kutub.

Ekoran letusan suria tersebut, penduduk di Asia Tengah berpeluang menyaksikan fenomena cahaya berwarna-warni dikenali sebagai aurora borealis semalam. "Cuaca angkasa lepas menjadi amat menarik dalam tempoh 24 jam lalu," kata saintis cuaca angkasa lepas Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Negara (NOAA), Joseph Kunches.

Bencana itu bermula pada Ahad lepas di sebuah kawasan aktif yang dinamakan 1429 di permukaan matahari.

Kawasan tersebut menghambur angin api dan plasma dikenali sebagai ledakan jisim korona (CME) yang menuju ke Bumi pada kelajuan 6.4 juta kilometer sejam. Satu lagi letusan suria dan CME menyusul kelmarin dan ia mencetuskan ribut radiasi solar dan geomagnetik yang kuat. - AFP



No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...