Kata Menteri Jabatan Perdana Menteri, biar pakar bercakap soal Lynas. Semalam Pembangkang dan Kerajaan tak sependapat isu lynas. Kerajaan cadang penubuhan PSC, pembangkang pula protes.
Mohd. Nazri berkata, penubuhan PSC adalah petanda komitmen kerajaan dalam mendapatkan pakar-pakar untuk meneliti projek tersebut.
Katanya, walaupun kerajaan telah meluluskan lesen beroperasi sementara (TOL) kepada kilang Lynas, penubuhan PSC itu masih belum terlambat.
"Jawatankuasa ini bertujuan membetulkan pandangan dan putar belit mengenai Lynas. Kita bukan pakar, biar pakar-pakar memberikan kenyataan bagi melihat isu Lynas ini secara menyeluruh," katanya.
Mohd. Nazri berkata, tujuan penubuhan PSC itu adalah untuk meneliti isu-isu yang menjadi perhatian pihak awam serta menilai standard keselamatan projek tersebut.
PSC itu kelak akan dianggotai sembilan orang yang terdiri daripada empat wakil Barisan Nasional, tiga wakil parti pembangkang dan seorang anggota bebas.
Tempoh masa pelantikan jawatankuasa tersebut adalah selama tiga bulan dan ia boleh dilanjutkan jika perlu untuk pelaksanaan tugas yang dipertanggungjawabkan.
Sementara itu Harakah Daily berkata kerajaan perlu telus dalam isu Lynas. Save Malaysia pula berkata mereka akan membawa ke ICJ jika isu Lynas menemui jalan buntu.
Save Malaysia akan mengusulkan isu Lynas ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ),The Hague, di Belanda untuk penyelesaian jika segala ikhtiar untuk menghentikan operasi syarikat itu di kawasan perindustrian Gebeng di sini menemui jalan buntu.
Himpunan Hijau pula berkata penubuhan jawatankuasa PSC adalah gimik sahaja. "Jika perdana menteri benar-benas berpegang kepada moto 'Rakyat Didahulukan', maka inilah masa untuk beliau membuat keputusan tegas kerana rakyat sudah bersuara dengan kuat dan jelas," kata Wong Tack, pengerusi jawatankuasa pemandu gabungan tersebut.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.