Dec 16, 2011

Dr Hassan Ali Belum Keluar PAS

Dr Hassan Ali Belum Keluar PAS. Itu kenyataan hingga hari ini 16 Dis 2011. Entah esok lusa atau bila itu terpulang pada Dr Hassan sendiri. Begitu juga Nasharudin Timbalan Prisiden Pas. Kedua orang ini masih ahli Pas dan memegang jawatan masing-masing. Walaupun Mahfuz berkata beliau tidak kisah Dr Hassan keluar Pas, kerana Pas tetap berjuang seperti biasa.

Berikut sedikit kenyataan Mahfuz dalam Malaysiakini, ""Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu."

Itu delima orang politik, bila mereka berbeza pendapat dan prinsip, itu jadinya, saya hormat keputusan Dr Hassan Ali, beliau ada prinsip, walaupun prinsip beliau ramai yang orang Pas kurang senang.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...