Nov 6, 2014

Lokasi Kejadian Kes Buli Dera Pelajar Asrama


Lokasi Kejadian Kes Buli Dera Pelajar Asrama, oleh pelajar senior terhadap pelajar senior boleh di ketahui dengan cepat jika ibubapa, guru sekolah dan murid yang kena buli tampil membuat laporan polis. Sekarang ini murid yang kena buli seolah di ikat mulut oleh pihak tertentu supaya jangan dedah isu ini.

Kita bimbang pelajar yang kena buli di beri amaran awal oleh  gengstar sekolah supaya jangan bagi tau sesiapa isu buli ini. Kedua mungkin ada pihak cuba menjaga nama baik sekolah dari mendedah isu ini.

Jika ada pihak sekolah yang cuba menutup kes ini, kalau dapat bukti mereka perlu di ambil tindakan displin atau tindakan undang undang kerana cuba sembunyi kes jenayah.

Saya seru pelajar yang kena buli atau ibubapa yang syak anaknya kena buli tampil buat laporan polis. Saya yakin isu ini akan selesai dalam terdekat ini

BERITA TERKINI LOKASI TELAH DI KESAN

STATUS TERKINI DUA KEJADIAN BULI PELAJAR SEKOLAH
Hasil maklumat orang ramai dan siasatan awal yang dijalankan oleh pihak polis, dua kejadian buli yang disiarkan semalam, 5 November 2014 telah berjaya dikenal pasti.
KES 1: SUSPEK BULI BERSINGLET HITAM DIKENAL PASTI
Kejadian dikesan berlaku di sebuah sekolah di Pontian, Johor pada tahun 2010.
Hasil semakan dengan pihak sekolah, suspek utama (bersinglet hitam) yang terlibat dalam kejadian tersebut telahpun dibuang sekolah pada bulan Ogos 2011 ekoran daripada pelbagai masalah displin.
Beberapa suspek dan mangsa lain juga telah berjaya dikenal pasti.
Sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak sekolah turut mengesahkan bahawa tiada sebarang aduan dibuat berhubung kejadian tersebut.
Difahamkan pihak sekolah hanya mengetahui kejadian tersebut setelah klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.
Siasatan kes masih diteruskan.
KES 2: ENAM SUSPEK BULI PELAJAR BERBAJU T MERAH DIDAKWA
Kes ini membabitkan seorang pelajar berbaju T berwarna merah dibelasah oleh beberapa pelajar di dalam bilik asrama yang dikesan berlaku pada 25 Mei 2014 di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis.
Kejadian telah dilaporkan oleh pengurusan asrama kepada pihak polis pada 6 Jun lalu.
Siasatan lanjut pihak polis membawa kepada penahanan enam suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun.
Keterangan mangsa yang berumur 11 tahun juga telah diambil.
Kes didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan petang tadi.
Pihak polis sekali lagi menyeru orang ramai agar tampil menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian seumpama ini supaya pencerahan dan tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.
Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada pihak polis jika terkesan sebarang video atau maklumat yang meragukan bagi mengelak kegusaran masyarakat akibat sebaran maklumat yang tidak berasas.
ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...