Apr 15, 2013

calon bn pru 13 82 peratus muka baru


KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) menurunkan ramai muka baru pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) - 33 peratus calon peringkat Parlimen manakal Dewan Undangan Negeri (Dun) pula membabitkan 49 peratus.
Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sebahagian besar calon muka baru akan ditempatkan di kawasan yang perikatan itu kalah pada PRU 2008.
Sebanyak 727 kerusi akan dipertandingkan kali ini iaitu masing-masing 222 kerusi Dewan Rakyat dan baki 505 kerusi Dun.

Beliau juga berkata, perubahan besar yang dilakukan BN adalah untuk memenuhi jangkaan dan kehendak pengundi pada PRU13.
"Calon-calon BN telah dimuktamadkan dan kita telah sampaikan senarai pada parti negeri BN. Ikut jadual parti komponen akan memaklumkan senarai masing-masing hari ini dan serentak esok pengerusi BN negeri.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...