Jan 24, 2013

Fatwa mengenai Kursus ESQ

Fatwa mengenai Kursus ESQ. Setelah Jawatankuasa Fatwa bersidang beberapa kali di samping beberapa taklimat yang disampaikan oleh pelbagai sumber, mesyuarat kali ke-4/2010 pada Selasa 16/11/2010 telah mengambil keputusan berikut:

1. Umat Islam dinasihatkan agar berhati-hati terhadap buku ESQ karangan Ary Ginanjar Agustian dan kursus-kursus latihan yang ada kaitan dengan buku berkenaan, kerana terdapat banyak istilah dan kenyataan yang mengelirukan dan boleh membawa kepada kecelaruan akidah.
2. Sebarang aktiviti berkaitan ESQ adalah dilarang daripada dijalankan di negeri Perlis.

* Keputusan Jawatankuasa ini telah diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7 Disember 2010.

Sumber:
http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-akidah/104-fatwa-tentang-esq

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...