Kejayaan Rawatan Stem Sel. Ramai tidak tahu apakah stem sel dan bagaimana ia membantu rawat penyakit kronik. baca cerita berikut.
TIGA tahun lalu, doktor mengesahkan Philip Meehan, 42, dari West
Sussex, Selatan England menghidap penyakit leukemia dan memerlukan
pembedahan pemindahan sumsum tulang dengan segera.
Oleh kerana Meehan merupakan anak tunggal, dia tidak mempunyai
kesesuaian darah di kalangan ahli keluarga untuk membantunya. Pada masa
yang sama, dia mengambil inisiatif mencari penderma melalui Perkhidmatan
Kesihatan Kebangsaan (NHS) dan Anthony Nolan Trust selama enam bulan.
Namun, usaha itu gagal.
"Keadaan menjadi kelam-kabut kerana saya perlu menjalani pemindahan
sumsum tulang. Dalam kebingungan itulah, pihak hospital memberitahu saya
mengenai satu perkara baru iaitu rawatan daripada darah tali pusat,"
katanya.
Kebetulan satu tali pusat ditemui dan ia sepadan dengan darah Meehan,
walaupun harapannya tipis tetapi itu adalah satu-satunya penyelesaian
buat kelangsungan hayat Meehan.
"Saya begitu bertuah dan bersyukur kerana seorang ibu dan bayi yang
tidak dikenali telah menyelamatkan nyawa saya. Setiap hari saya akan
memikirkan tentangnya (bayi) yang telah mendermakan sel stemnya.
"Oleh kerana program amanah tersebut merahsiakan maklumat penderma, saya tidak dapat mengetahui siapa mereka sampai bila-bila.
"Namun, saya bersyukur dan berharap mereka dikurniakan kesihatan yang
baik pada masa depan seperti mana mereka memberikan 'kehidupan' baru
buat saya," katanya yang bekerja sebagai jurutera bunyi.
Tambah Meehan, walaupun tidak 100 peratus pulih tetapi keadaan kesihatannya lebih baik berbanding dahulu.
"Saya masih rasa letih tetapi kekuatan saya kian kembali dan akan
kembali seperti normal. Tidak sesihat dahulu tetapi ia hampir normal,"
katanya.
Itu adalah salah satu cerita kejayaan rawatan menggunakan sel stem
yang kian mendapat sambutan. Ia bukan sahaja digunakan untuk merawat
penyakit yang kritikal seperti leukemia malah, mampu merawat pelbagai
jenis penyakit seperti penyakit jantung, penyakit hati dan
osteoartritis.
Pengasas Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar
memberitahu, sel stem merupakan sel utama yang terdapat di dalam badan
manusia. Ia boleh berganda daripada satu sel kepada dua, dua kepada
empat, empat kepada lapan dan berikutnya.
Selain itu, ia juga boleh berubah menjadi jenis sel dan tisu yang
lain. Terdapat dua jenis sel stem manusia iaitu sel stem Hematopoietik (HSCs) dan Mesenkima (MSCs)
Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0824&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.htm#ixzz2bT5VEHxv
Hakcipta terpelihara
Rawatan stem sel juga boleh dibuat cara semulajadi, guna stemtech, klik stemtech afa extract
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.