Cara Berjaya atau sukses LUAR BIASA dalam Islam
Ada 10 Cara Berjaya
atau sukses LUAR BIASA dalam Islam,
ini belum semuanya, tetapi jika dilakukan ini sudah sangat dahsyat. Sudah
banyak bukti dan cerita akan keberhasilan mengamalkan cara sukses. Bahkan,
meski hanya salah satu yang difokuskan, tetapi hasilnya luar biasa.
Sukses yang kita raih, insya Allah sukses dunia akhirat,
selama kita ikhlas. Kuncinya jangan pernah meminta balasan atau berharap kepada
selain Allah. Dan niat utama kita adalah beribadah kepada Allah dan karena
Allah. Bukan karena harta atau kesuksesan duniawi saja. Jika kita mengharapkan akhirat, insya Allah dunia akan
mengikuti.
10
Cara Berjaya luar biasa cara Islam
1.
Niat
Dari Amirul Mu’minin, Abi Hafs Umar bin Al Khottob
radiallahuanhu, dia berkata: Saya mendengar Rasulullah saw bersabda : Sesungguhnya
setiap perbuatan tergantung niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan
dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. (HR Bukhari Muslim).
Ini adalah konsep BERJAYA LUAR BIASA. Bagaimana agar niat
membawa hasil?
Hadits ini memang sedang berbicara keikhlasan. Namun makna
hadits ini begitu luas, boleh diaplikasikan atau dilaksanakan dalam bidang
kehidupan lainnya. Sebagai contoh ketika sahabat Nabi saw, Abdurrahman bin ‘Auf,
berniat akan mendapatkan rezeki dan pergi ke pasar, maka beliau pulang dengan
membawa rezeki yang melimpah.
Begitu juga dengan kita, jika kita berbisnes dengan niat
akan mendapatkan rezeki maka kita mendapatkannya. Sesungguhnya setiap
perbuatan tergantung niatnya. Karena semua perbuatan kita tergantung niat,
mengapa kita tidak berniat untuk mendapatkan rezeki yang banyak? Niatkanlah akan mendapatkan rezeki yang banyak
dan halal, maka Anda akan mendapatkannya. Kebanyakan orang tidak benar-benar
meniatkan dirinya untuk mendapatkan keberhasilan yang gemilang. Mereka bekerja
kerana memang harus bekerja. Mereka berbisnes hanya sekadar untuk mencari makan
sahaja.
Sementara orang Berjaya atau sukses, mereka selalu meniatkan hasil yang besar.
Sebagai contoh Donald Trump, dia selalu berhajat, inginkan atau meniatkan hasil
yang besar. Dia tidak suka bertransaksi untuk hasil yang sedikit. Inilah konsep
yang disebut dengan BERFIKIRAN BESAR. Niatkan hasil yang besar maka Anda akan
mendapatkan sesuatu yang besar dan menjadi orang yang besar. Jangan membatasi
diri sendiri, sebab boleh jadi tahap
yang Anda tetapkan terlalu kecil dibanding potensi Anda sebenarnya.
Penghalang Niat atau hajat
Niat tidak akan membawa hasil jika ada penghalang niat. Apa saja penghalang niat?
1.
Tidak khusyu’. Sering kali orang berniat hanya di mulut saja. Niat
tempatnya di hati, di fikiran paling dalam hati anda. Jadi ketika Anda berniat
cubalah benar-benar serius sampai masuk ke dalam hati sanubari Anda.
2.
Melupakan niat. Jika Anda lupa dengan niat Anda, ertinya Anda tidak serius
dengan niat Anda. Jika tidak serius, bagaimana Anda boleh mendapatkan apa yang
Anda niatkan. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa
yang dia niatkan. Salah seorang ulama mengatakan bahwa kita akan
mendapatkan sesuai dengan kadar niat Anda.
3.
Keraguan. Bagaimana kita akan mendapatkan apa yang kita niatkan jika
kita ragu? Abdurrahman bin ‘Auf pergi ke pasar diiringi keyakinan yang mantap.
Lalu bagaimana agar niat membawa hasil sesuai dengan yang
diniatkan?
1.
NIAT WAJIB
JELAS . Anda mau apa? Kejelasan niat sangat
penting, sebab jika tidak jelas, Anda juga tidak akan mendapatkan kejelasan
bagaimana meraih niat tersebut. Jika Anda melakukan ibadah maghdhah maka
niatnya jelas hanya semata untuk dan karena Allah. Saat Anda mencari nafkah,
niatkanlah sebagai ibadah dan niatkan pula untuk mendapatkan rezeki yang berkah.
Berkah artinya membesar dan terus mengalir (seperti mata air).
2.
GAMBARAN DENGAN
JELAS NIAT ANDA. Ini untuk menguji kejelasan niat Anda dan
menkomunikasikan niat Anda dengan semesta, fikiran bawah sadar, dan tubuh.
3.
BERDOALAH untuk mendapatkan
niat tersebut dengan penuh keyakinan. Siapa yang berdo’a dengan yakin, maka
Allah akan mengabulkan do’a kita.
4.
BERTAWAKAL
KEPADA ALLAH. Anda sudah punya niat, Anda sudah
berdo’a, maka selanjutnya Anda bertawakal kepada Allah agar Anda diberi petunjuk,
dibantu oleh Allah dengan menampak apa saja kita perlukan, mendekatkan kita
dengan orang yang akan membantu kita, memperlihatkan peluang dihadapan kita,
dan mengilhkan ide brilian di kepala kita.
5.
BERTINDAK
DENGAN PANTAS. Pernahkah Anda mempunyai idea
tetapi didahului oleh orang lain? Karena mereka bertindak pantas dan penuh
determinasi dalam mewujudkan idea mereka yang kebetulan sama dengan Anda. Oleh
karena itu, saat Anda memiliki idea, peluang begitu terbuka, sumber daya
menghampiri Anda, bertindaklah dan terus bertindak dengan kecepatan tinggi.
Anda tidak perlu mengetahui rencana ke depan secara detil dan lengkap. Jika
Anda tahu apa yang harus Anda lakukan sekarang, maka lakukanlah, itu
sudah cukup. Anda akan mendapatkan pentunjuk lagi setahap demi setahap.
Sahabat, orang lain sudah menemukan rahasia niat ini dan
melaksanakannya. Banyak buku dan situs yang membahas tentang niat. Kita sudah
diberitahu oleh Rasulullah saw sejak 15 abad yang lalu. Namun sayang banyak
diantara kita yang melupakan kekuatan niat untuk Berjaya di dunia. Marilah kita
manfaatkan kekuatan niat untuk meraih kebaikan di dunia dan di akhirat serta bebas
dari api neraka.
2. Mendoakan Saudara
anda
Rahsia itu ialah: mendoakan saudara kita kebaikan yang sama
dengan yang kita inginkan tanpa pengetahuan orang tersebut. Jika kita mendoa
saudara kita, tanpa pengetahuan kita, insya Allah kita akan mendapatkan apa
yang kita doakan.
Dari Abu Darda ra bahwasannya ia mendengar Rasulullah SAW
bersabda: “Tiada seorang muslim yang mendoakan saudaranya tanpa
sepengetahuan saudaranya, kecuali malaikat berkata: Dan untuk kamu pula seperti
itu”. (HR. Muslim)
3. Miliki Ilmunya
Dan sesungguhnya keutamaan orang yang berilmu atas orang
yang ahli ibadah seperti keutamaan (cahaya) bulan purnama atas seluruh cahaya
bintang. (H.R. Ahmad, Tirmidzi, Abu Dawud,
dan Ibnu Majjah)
“Barangsiapa menginginkan kejayaan luar biasa di dunia
hendaklah diraihnya dengan ilmu dan barang siapa menghendaki berjaya akhirat hendaklah diraihnya dengan ilmu,
barang siapa ingin berjaya dunia akhirat hendaklah diraih dengan ilmu” ~Iman
Syafi’i
4. Berubahlah
Allah yang menentukan, namun perintah Allah juga agar kita
mau mengubah diri sendiri. Maka, jika Anda ingin meraih apa yang Anda inginkan
atau mengubah kondisi Anda, maka berubahlah.
“Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum sampai kaum
itu sendiri yang mengubah nasib atau keadaan yang ada pada dirinya ” (QS
Ar-Ra’d:11)
3
Langkah Mudah Bagaimana Untuk Berubah Dan Berjaya Berteraskan Kisah
Ashabul Kahfi
Langkah 1: Bertindak
Langkah pertama untuk berubah (perubahan ke arah
kejayaan) adalah: BERTINDAK, iaitu bertindak memulakan langkah pertama.
Langkah seterusnya pasti menyusul.
Kenyataan ini merujuk kepada maksud ayat al-Quran di atas: “sesungguhnya
mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka”.
Pemuda ashaabul kahfi mengambil keputusan dan bertindak
memilih beriman kepada Tuhan mereka walaupun keadaan sekeliling sudah diliputi
kekufuran.
Hal ini menjelaskan orang yang berjaya adalah orang
yang berani bertindak.
Teringat satu pepatah Cina yang bermaksud:
Perjalanan seribu batu bermula dengan
satu langkah / bermula di bawah tapak kaki seseorang.
Langkah 2: Mendapat Petunjuk Allah
Setelah langkah pertama diambil, langkah kedua menyusul
iaitu mendapat petunjuk Allah.
Namun untuk mendapat petunjuk Allah ada syaratnya iaitu
melakukan sesuatu mengikut kehendakNya.
Kenyataan ini merujuk kepada maksud ayat al-Quran di
atas: “dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk”.
Selepas
para pemuda ashabul kahfi mengambil keputusan dan bertindak memilih
beriman kepada Allah, Allah tambahkan mereka dengan petunjukNya.
Dalam hal ini, mereka telah beroleh kekuatan untuk
mempertahankan keimanan mereka. Allah SWT juga telah mempermudahkan perjalanan
mereka menyelamatkan diri daripada pemerintah yang zalim.
Langkah 3: Keazaman Yang Kuat
Melakukan perubahan dan keazaman yang kuat merupakan dua perkara yang saling berkaitan.
Keazaman yang kuat datang daripada hati yang tabah
mengharungi laluan menuju kejayaan dan teguh mendepani cabaran yang menimpa.
Kenyataan ini merujuk kepada maksud ayat al-Quran di atas: “Dan Kami
kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian)”.
Selepas bangun daripada tidur yang panjang iaitu selama 309
tahun, hati para pemuda ashabul kahfi tetap bulat mengakui keesaan Allah
SWT
Azam boleh diertikan sebagai kemahuan ( keinginan, cita-cita
dan sebagainya ) yang sangat kuat. Berazam pula mempunyai pengertian mempunyai
azam, bertujuan (dengan seungguhnya), bercita-cita kuat untuk melakukan atau
mencapai sesuatu. Dalam erti kata lain, azam boleh bertindak sebagai penentu
darjah kesungguhan seseorang dalam mencapai matlamat.
Azam juga boleh menjadi pemangkin kepada keberanian
seseorang untuk melakukan sesuatu melebihi daripada tahap biasa.Meneneliti dan
sedar akan pengertian azam itu, tentu ramai setuju bahawa setiap orang memang
perlu malah dituntut mempunyai azam. Namun pembentukan azam tidak semestinya hanya
dibuat pada awal tahun semata-mata. Kita jangan terikat dengan masa ketika mahu
membuat azam.
Orang
yang berjaya tentunya akan sentiasa membina azam, tidak kira masa dan tidak
hanya ketika munculnya tahun baru. Azam baru akan sentiasa dibina setiap kali
azam lama dapat dicapai. Orang sebegini sentiasa berfikiran positif dan
sentiasa mempunyai semangat baru dalam menempuhi kehidupannya.
Azam adalah kuasa pengerak. Ia mencetus usaha, semangat dan
kerajinan seseorang untuk menjadikan sebuah impian dijelmakan dalam bentuk yang
nyata. Bukan hanya wujud di alam khayalan dan hanya sekadar mimpi sahaja. Ia
sesuatu yang kita kehendaki dan kita perlukan. Terlampau inginkan. Hendak
sangat.
Kita perlu juga sedar dan ingat, untuk mengecapi bahagia dan
jaya itu bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan semangat dan tekad yang kuat
tanpa menganal erti putus asa . Semangat dan tekad yang kuat mengerakkan minda
dan anggota untuk terus berusaha untuk merealisasikan impian berbekalkan
keazaman yang kuat. Kejayaan terbentang luas di hadapan.Dalam ayat di atas
juga, mengajak kita bertawakal. Dua ciri penting iman ialah bertawakal kepada
Allah dan mematuhi perintah-Nya. Inilah yang membezakan orang beriman dengan
orang yang tidak beriman.
Setiap manusia boleh sahaja merancang atau merencanakan
sesuatu. Begini dan begitu, mengikut kemahuan dan azam masing-masing. Banyak
masa di habiskan untuk memikirkan jalan-jalan dan keperluan untuk mencapai
sesuatu keinginan atau azam. Seboleh-boleh ingin digapai dan dicapai. Tetapi
siapakah yang boleh memastikan setiap apa yang dirancang itu akan tercapai?.
Tawakal itu bererti berusaha bersungguh-sungguh dan sebaik
yang mungkin kemudian menyerahkan segala keputusan dan urusan kepada Allah,
tuhan yang berkuasa terhadap sesuatu termasuk kita yang bergelar manusia. Tiada
sesuatu terlepas dari perhatian dan ketentuan-Nya. Seorang yang bergelar mukmin
yakin atas kenyataan bahwa "Allah mengatur semua urusan." Ar-Ra'du:2.
5. Tingkatkan Silaturahim
“Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya atau
dikenang bekasnya (perjuangan atau jasanya), maka hendaklah ia menghubungkan
silaturahmi.” (HR Muslim)
“Barang siapa yang senang dipanjangkan umurnya, diluaskan
rezekinya, dan dijauhkan dari kematian yang buruk, maka hendaklah bertakwa
kepada Allah dan menyambung silaturahmi.” (HR Imam Bazar, Imam Hakim)
6. Berdoa
Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu tentang Aku,
maka jawablah bahwasanya Aku dekat. Aku mengabulkan doa orang-orang yang
memohon kepada-Ku. Maka bermohonlah kepada-Ku dan berimanlah kepada-Ku agar
mereka selalu berada dalam kebenaran
(Q.S Al-Baqarah :186).
Hadits dari Imam Turmudzi dan Hakim, diriwayatkan dari
Abdullah bin Umar, bahwa Nabi SAW Bersabda : “Barangsiapa hatinya terbuka
untuk berdoa, maka pintu-pintu rahmat akan dibukakan untuknya. Tidak ada permohonan
yang lebih disenangi oleh Allah daripada permohonan orang yang meminta
keselamatan. Sesungguhnya doa bermanfa’at bagi sesuatu yang sedang terjadi dan
yang belum terjadi. Dan tidak ada yang bisa menolak taqdir kecuali doa, maka
berpeganglah wahai hamba Allah pada doa”. (HR Turmudzi dan Hakim)
7. Tawakal
Dari Umar bin Khoththab radhiyallahu anhu, bahwa Nabi
shallallahu alaihi wasallam bersabda: “Jika kalian bertawakal kepada Allah
dengan sebenar-sebenarnya tawakkal, niscaya Dia akan memberikan rezeki kepada
kalian sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada seekor burung yang pergi pada
pagi hari dalam keadaan lapar dan kembali pada sore hari dalam keadaan kenyang.”
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi)
8. Sedekah
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang
menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang
menumbuhkan tujuh anak, pada tiap-tiap anak : seratus biji. Allah melipat
gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas
(kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.
(QS. Al Baqarah: 261)
9. Syukur
Jika kamu bersyukur pasti akan aku tambah (nikmat-Ku)
untukmu dan jika kamu kufur maka sesungguhnya siksa-Ku amat pedih” (QS Ibrahim: 7)
10. Bertaqwa
Barangsiapa bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan
baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada
disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah
akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang
(dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap
sesuatu. (QS. Ath Thalaaq:2-3)
Penutup
10 Cara Berjaya atau Sukses dalam Islam ini hanya sebahagian
dari cara sukses yang ada di dalam Al Quran dan hadis. Jika diteliti lagi, akan
sangat banyak yang menjadikan kita menjadi manusia sukses. Sukses seutuhnya,
bukan hanya sukses di dunia, tetapi juga di akhirat.
Kunci
Kejayaan di atas ialah, ISTIQAMAH DALAM AMALAN HARIAN, Allah suka pada hambaNya
yang melakukan amalan ilmu dan kebajikan secara rutin setiap hari walaupun sedikit.
Saya
doa anda semua Berjaya dalam hidup.
Sila amal dan kongsi dengan rakan anda.
iklan
Menarik dan banyak meperingatkan saya kepada perkara yang saya sudah lalai untuk terus diamalkan....terima kasih atas penulisan ini...:-)
ReplyDeleteNurdiyana kita sama sama amalkan, moga kita dapat manafaatnya, penulisan di buat kerana juga mencari kejayaan, jadi apakah cara terbaik, saya cuba kongsi 10 cara ini,
ReplyDelete