Siapa hina agong 2013, suspek hina agong ditangkap,wajah suspek hina agong, polis tangkap suspek hina agong,
Hasil siasatan serta maklumat yang diterima daripada orang ramai,
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dengan kerjasama
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial PDRM hari ini telah berjaya mengesan
dan menahan suspek yang menghina DYMM SPB Yang DiPertuan Agong di laman
Facebook-nya.
Suspek yang merupakan seorang wanita telah ditahan untuk membantu
siasatan. Beliau dipercayai menyembunyikan diri setelah beberapa laman
blog menyebarkan identitinya.
SKMM juga memohon rakan-rakan suspek turut tampil ke hadapan untuk membantu siasatan lanjut.
Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia
1998. Suspek juga boleh didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.
SKMM sangat memandang serius terhadap penyalahgunaan media sosial untuk
memuatnaik kandungan serta komen-komen yang berunsur menghina
terutamanya institusi DiRaja Malaysia. – Bernama
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.