KHASIAT Herba Tribulus Terrestris atau dikenali
sebagai “puncture vine” ialah tumbuhan yang paling lama dipraktikkan
oleh masyarakat di seluruh dunia untuk merawat pelbagai penyakit.
Tribulus Terrestris secara popularnya didakwa berfungsi untuk
memperbaiki seksual lelaki dan wanita. Di Eropah, herba Tribulus
Terrestris telah digunakan dalam perubatan. Dalam sejarah Greek, ianya
digunakan secara meluas untuk mengubati keadaan seperti sakit kepala,
gangguan saraf, sembelit dan disfungsi seksual. Di China dan India pula,
Tribulus Terrestris digunakan untuk penawar hati, buah pinggang,
urinari dan kardiovaskular.
Tribulus Terrestris tumbuh secara semulajadi di banyak tempat di dunia termasuk Amerika, Australia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Tribulus Terrestris didapati sebagai lalang beracun yang banyak dijumpai di tepi-tepi jalan
dan tanah lapang yang mana benihnya tajam dan berasa sakit apabila
dipijak. Daun Tribulus Terrestris beracun kepada binatang ternakan
terutamanya kambing biri-biri apabila dimakan setiap hari dalam kuantiti
yang banyak. Buah Tribulus Terrestris adalah bahagian yang paling kerap
digunakan dalam perubatan tradisional. Kandungan bahan yang berbeza
dalam Tribulus Terrestris bergantung kepada di mana tempat di dunia
ianya tumbuh.
seterusnya klik http://halalmalls.my/info/pro-right/pro-right-untuk-kesihatan-lelaki-dan-wanita.html
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.