Kelebihan dan ganjaran orang berselawat kepada nabi Muhamad saw. Mari kita sama sama berselawat kepada Rasulullah banyak banyak, antara ganjaran dan kelebihan selawat ialah,
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : “Barang siapa yang
bershalawat kepadaku satu kali, maka Allah akan bershalawat kepadanya
sepuluh kali”.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :“Sungguh, manusia
yang paling utama di sisiku kelak di hari kiyamat, iaitu mereka yang
paling banyak bershalawat kepadaku.”
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : “Janganlah kau
buat hari raya rumahku ini(ramai-ramai di dalamnya), dan jangan pula kau
jadikan rumah-rumahmu sebagai kuburan(sepi), bershalawatlah kepadaku
dimanapun kalian berada, kerana shalawatmu itu pasti akan sampai
kepadaku”.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :Jibril datang
kepadaku dan berkata;” Ya Muhammad tidak seorang yang bershalawat
atasmu, kecuali 70.000 Malaikat bershalawat kepadanya, dan siapa di
shalawati Malaikat sekian banyak ini adalah tergolong orang ahli
syurga”.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : Tidak do’a kecuali
terdapat hijab diantaranya dengan diantara langit, hingga bershalawat
atas Nabi SAW, maka apabila di bacakan shalawat Nabi, terbukalah hijab
dan di terimalah do’a tersebut, namun jika tidak demikian, kembalilah
do’a itu kepada pemohonnya’.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda : ”Siapa bershalawat
kepadaku penuh hormat mengagungkan aku, maka sholatnya bakal menjelma
menjadi seorang malaikat bersayap dua, satu di kutub timur dan yang
kedua di kutub barat, kedua kakinya dibawah bumi ke tujuh, lehernya
melekat ke ‘Arasy, dan Allah berfirman kepadanya;”Hai Malaikat,
bershalawatlah untuk hambaku ini, sebagaimana ia telah bershalawat
kepada Nabi-Ku Muhammad SAW, maka malaikat itupun melaksanakan tugasnya,
bershalawat kepadanya hingga hari kiamat”.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda :Sejumlah malaikat
datang kepadaku,ya’ni Jibril, Israfil, ‘Izra’il dan Mika’il As. Lalu
Jibril berkata; “Ya Rasulullah siapa yang bershalawat kepadamu 10 kali,
maka akulah yang bertindak dengan tangannya dan aku lintaskan di atas
shirat”. Dan Mika’il berkata;” Akulah yang memberikan minum dari
telagamu”. Israfil berkata;”Aku bersujud kepada Allah, tidak akan
mengangkat kepala hingga Allah mengampuni dosanya”. Izra’il berkata;”Aku
cabut ruhnya seperti mencabut ruh-ruh para Nabi As”.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.