Fatwa mengenai Kursus ESQ. Setelah Jawatankuasa Fatwa bersidang
beberapa kali di samping beberapa taklimat yang disampaikan oleh
pelbagai sumber, mesyuarat kali ke-4/2010 pada Selasa 16/11/2010 telah
mengambil keputusan berikut:
1. Umat Islam dinasihatkan agar
berhati-hati terhadap buku ESQ karangan Ary Ginanjar Agustian dan
kursus-kursus latihan yang ada kaitan dengan buku berkenaan, kerana
terdapat banyak istilah dan kenyataan yang mengelirukan dan boleh
membawa kepada kecelaruan akidah.
2. Sebarang aktiviti berkaitan ESQ adalah dilarang daripada dijalankan di negeri Perlis.
* Keputusan Jawatankuasa ini telah
diangkat kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis
(MAIPs) dan telah diperakukan dalam mesyuarat yang bersidang pada 7
Disember 2010.
Sumber:
http://mufti.perlis.gov.my/informasi/-koleksi-fatwa/fatwa-akidah/104-fatwa-tentang-esq
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.