"Lembaga siasatan yang ditubuhkan mendapati empat orang askar terlibat dalam kejadian tembakan itu ... dan mengesyorkan supaya keempat-empat askar, dari Burundi itu dihadapkan ke mahkamah mengikut proses ketenteraan dan undang-undang negara mereka," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan pengaman Amisom.
Menurut kenyataan itu lagi, keempat-empat orang askar itu juga telah digantung daripada dtugas.
Amisom mempunyai kira-kira 9000 askar di Somalia bagi menghalang pemberontak yang disokong oleh al-Qaeda dan sekutunya daripada menumbangkan kerajaan yang didirikan dengan bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).Militan al-Shabaab menarik diri dari Mogadishu pada bulan lalu tetapi memberi amaran, mereka akan menjalankan serangan gerila di bandar itu, termasuk melancarkan serangan bom kereta dan serangan berani mati.
Sumber : Reuter / Gambar Malaysia Kini
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.