Sep 9, 2011

Tenggiri Percik Di Restoran Ecoba Damansara Perdana

Ikan adalah sumber protein terbaik dengan kandungan vitamin B dan D, serta zat galian dan asid lemak omega-3, di mana ia kurang terdapat dalam sumber lain, malah lebih rendah kalori. Bagi meraikan keistimewaan serta keenakan sumber lautan itu, Restoran Ecoba, Menara Bata, Damansara Perdana hadir dengan promosi menarik sepanjang September dan Oktober ini.


Menurut ketua chefnya, Mohd Fauzi Basir, pelbagai jenis ikan dan kerang-kerangan ditampilkan dalam hidangan fusion menyelerakan iaitu gabungan masakan Timur dan Barat.

“Antara hidangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan bagi promosi ini ialah hidangan tenggiri tandoori percik bersama sos salsa avokado mangga serta sos namyam yang menggabungkan masakan Itali, Thailand, Melayu dan India.

“Selain itu, Ecoba menggunakan pinggan mangkuk Luzerne yang menerima sijil halal daripada Jakim,” katanya.

Penggemar makanan Jepun tidak dilupakan menerusi hidangan ikan hamaji yang diimport dari Australia, �bersama sos kacang edamame.

Jangan ketinggalan merasai keunikan serta keenakan ikan salmon perap yang dibalut dengan pastri lapis lembut dan disertakan salad segar.

Tuna yang diselar dalam tempoh singkat lalu dilapisi butiran bijan tidak kurang �menarik yang mana tuna digoreng sedikit untuk menghasilkan warna kemerah-merahan sebelum dicecah dengan sos soyu.

Pada masa sama, tingkatkan pengalaman menikmati makanan laut dengan sajian ikan trout yang dibakar bersama campuran rempah ratus Ecoba serta enak dinikmati bersama nasi.

Bagi peminat udang, hidangan dari Perancis - yabbi themidor -pasti menambat selera apabila udang galah segar diimport dari New Zealand dihidangkan segar bersama campuran ibu kentang, cendawan, krim keju pada isinya sambil disertakan cecah sos mentega.

Untuk rasa berlainan, boleh juga memilih hidangan udang yabbi panggang yang disediakan bersama sos mentega bawang putih.

Antara kelainan yang ditampilkan Ecoba dalam promosi ini ialah hidangan kepah sama ada dikukus biasa dan disertakan cecah sos namyam atau beralih ke selera tempatan dengan kepah goreng sambal belacan.

Semua hidangan ini boleh dinikmati pada harga permulaan RM12 dan boleh hubungi 03-77101118 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...