Sep 12, 2011

Selamat Pengantin Baru Faezah Elai dan Muhammad Heykal

Selamat Pengantin Baru Faezah Elai dan Muhammad Heykal dari kami. BIARPUN satu masa lalu mereka pernah ditimpa kontroversi, kekuatan cinta, kasih dan sayang tetap menyatukan dua hati milik Noorfaezah Md Elai, 29, (Faezah Elai) dan Muhammad Heykal Mohd Hanafiah, 38.Tanggal 9 September 2011 lalu menjadi tarikh bersejarah apabila kedua-dua anak seni ini disatukan di Pulau Mutiara.


Tepat jam 3.35 petang, mereka diijabkabulkan jurunikah kawasan A Timur Laut, Abdullah Yahya, bersaksikan ayah Faezah sendiri, Md Elai Fazil Elai serta seorang lagi individu, Jamal Ariffin dengan sekali lafaz.

Majlis akad nikah yang berlangsung di Platino Kondominium, Gelugor, itu turut dihadiri ayah Heykal, Mohd Hanifah Abu Bakar, 66, dan bonda, Bibi Hasnah Mohammad, 66, serta lebih 300 tetamu.


Heykal yang juga seorang duda, tiba bersama rombongannya dengan membawa mas kahwin berjumlah RM1,001 dengan sebentuk cincin bersama sembilan dulang hantaran berbalas 11.

Mempelai perempuan menerima hadiah antaranya, jam tangan, iPhone 4, senaskhah al-Quran, cincin, sirih junjung, kek serta set wangian manakala Heykal menerima senaskhah al-Quran, jam tangan, kamera dan minyak wangi.

Lebih menarik lagi, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas persetujuan kedua-dua belah pihak. Faezah tampak begitu anggun dengan busana putih rekaan Hatta Dolmat yang berkonsepkan moden kontemporari. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...