Dec 31, 2011

Juara Maharaja lawak 2011

Osbon yang di anggotai Os dan Abon menjadi juara Maharaja lawak mega yang berlansung di shah alam baru-baru ini. Lihat lawak Osbon, lawak habis.

Dec 29, 2011

Kemana Jamal Abdillah Pergi Selepas Pengasih

Kemana Jamal Abdillah Pergi Selepas Pengasih. Cerita Jamal keluar Pengasih. Tetapi cerita dan kedudukan Jamal abdillah, di hurai prisiden pengasih. Ikuti temubual Hmetro dengan Pengasih. Kisah Jamal, suka duka dan kemana Jamal Pergi

Dec 27, 2011

Dec 24, 2011

Pembekal Kacang Putih Terkenal Buntong Ipoh

kacang putih perak

Pembekal Kacang Putih Terkenal Buntong Ipoh, menjadi satu-satunya kawasan industri kecil sederhana kacang putih terbesar di Malaysia.  Lubuk Kacang putih ini terletak di Ipoh perak, juga bukan hanya makanan oleh masyarakat India, malah ia turut menjadi kegemaran masyarakat Melayu dan Cina. Boleh dikatakan ia merupakan makanan ringan ‘1 Malaysia’ pusat Kacang di Perak dan terkenal. siapa tak kenal Perniagaan Kacang Putih S. R.


View Larger Map

Oleh itu, satu pembaharuan perlu dilakukan dengan kadar yang segera agar industri ini terus berkembang dengan lebih pesat, sekaligus, meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri. Demikian yang dinyatakan oleh Pengarah Perniagaan Kacang Putih S. R. Ipoh, C. Ratnasami Nadar ketika ditemui oleh Peraknews di Kedai Perniagaannya di Buntong, Ipoh, pagi tadi. “Industri kacang putih ini telah lama wujud di perak, tidak silap saya lewat tahun 1940 apabila enam keluarga telah berhijrah dari India Selatan untuk menetap di Ipoh.
“Dari situ bermulalah transformasi dan pertumbuhan perniagaan kacang putih.

“Ia bermula secara menjaja dan kini seperti yang anda boleh lihat telah wujudnya kedai-kedai dan kilang memproses kacang di sini,” katanya. Beliau yang kini berumur 65 tahun berkata, minat untuk menceburi bidang perniagaan kacang putih ini mula terbit seawal umur beliau 10 tahun lagi. Sementara ayahnya menjual kacang putih di kantin sekolah, beliau akan menjunjung bakul yang dipenuhi dengan kacang putih untuk dijual di jalanan.

“Untuk pengetahuan, perniagaan kacang putih ini, perniagaan keluarga, kami telah melakukannya secara turun-temurun. “Saya sendiri mula tertarik dengan perniagaan ini sejak berumur 10 tahun lagi. “Setiap hari saya akan menjunjung bakul yang berisi kacang putih untuk di jual di tepi-tepi jalan. “Kesusahan dan beratnya bakul yang dijunjung itulah yang memotivasikan diri saya untuk terus maju ke hadapan,” terangnya.
Isteri beliau, K.Sarasvathi, 50 yang duduk bersebelahan suaminya sentiasa memberikan senyum turut menjelah perbualan kami.

“Suami saya seorang yang cekal, dari menjunjung dulang dan berjalan kaki, dia telah berusaha gigih untuk membeli basikal, kemudiannya motorsikal, van dan kini kami telah mempunyai kilang memproses kacang putih sendiri serta kedai menjual kacang putih juga,” celah isterinya. Kilang pemprosesan kacang putih itu menghasilkan lebih daripada 36 jenis kacang setiap hari, antaranya ialah pakoda, sivel, dhall, Aulu, poori, pakoda srilanka, omom dan kadalai.

Selain itu, C. Ratnasamy turut memberitahu kedainya turut menjual manisan tradisional masyarakat Indian seperti laddu, jalebi, athirasam dan mysore pagu. Katanya, kacang putih yang disediakan oleh mereka dijamin tahap kebersihannya dan pegawai kesihatan daripada Majlis Bandaraya ipoh juga sering kali melakukan pemeriksaan.

Sehubungan dengan itu, kacang putih yang dijualnya sentiasa mendapat sambutan ramai. Malah harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan iaitu serendah RM6 hingga RM14 sekilo. Tambah beliau lagi, saingan yang wujud dalam perniagaan menjual kacang putih di Kampung Kacang Putih ini sihat kerana setiap peniaga mempunyai rahsia resepi keluarga yang tersendiri.

Justeru itu, pelanggan-pelanggan mereka juga kebanyakkannya adalah terdiri daripada pelanggan tetap.
“Sudah tentu adanya saingan dalam setiap perniagaan. “Tetapi apa yang bagusnya ialah saingan itu adalah saingan yang sihat. “kami semua telah pun mempunyai pelanggan tetap sendiri. “Saya sendiri juga telah memperluaskan skop perniagaan dengan mengeksport produk kami ke luar negara seperti ke Australia, New Zealand dan China,” terangnya.

Katanya, buat masa ini masalah yang dihadapi oleh semua peniaga kacang putih di Buntong ialah kekurangan kakitangan ataupun pekerja. Golongan muda tempatan dilihat tidak berminat untuk bekerja dalam bidang memproses dan membekal kacang putih. Oleh itu, mereka terpaksa mengambil pekerja warga asing untuk membantu mereka menjalankan perniagaan.

Sesiapa yang berminat untuk mencuba atau membeli kacang putih keluaran Perniagaan Kacang Putih S. R. Ipoh boleh hubungi Puan Sarasvathi di talian 05-2533908 atau emelkan ke aru6sr@yahoo.com.
Sekiranya anda berada di berada di Bandaraya Ipoh, boleh terus membeli kacang putih tersebut di alamat No.23, Jalan Sungai Pari, Kampung Kacang Putih , Buntong, 30100, Ipoh, Perak yang dibuka seawal jam Sembilan pagi hingga 6 petang.

Terdahulu, Setiausaha Persatuan Perdagangan Masyarakat Indian, B. K. Kumar meminta agar pihak kerajaan memasukkan Kampung Kacang Putih dalam kalender pelancongan negeri agar para pelancong luar negara tahu kewujudan kampung tersebut yang terkenal dengan kacang putihnya.Katanya, surat permohonan telah pun diberikan kepada Pengarah Pelancongan Negeri, dan sedang menunggu jawapan dari pihak yang bertanggungjawab mengenainya.

Dec 23, 2011

Nik Abdul Aziz Nik Mat Terbunuh

Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada 2.20 pagi tadi.
Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd. Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Sumber Utusan

 Sementara itu orang ramai dinasihat jangan membuat berita palsu, tentang kesihatan MB kelantan ini. Beliau hingga hari ini dilaporkan masih sihat. Harakah Online

Kenapa harga minyak Malaysia Naik

Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak di Malaysia perlu naik juga? Sebenarnya Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak.

PETRONAS hanya menguasai 30 peratus sahaja pasaran dalam sektor penjualan runcit produk petroleum tempatan, manakala bakinya dikuasai oleh syarikat seperti Shell, Esso, Caltex, BP, Mobil dan Projet.

Jika PETRONAS dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi kepada syarikat minyak asing.

Di Malaysia, PETRONAS mempunyai tiga loji penapis minyak dengan jumlah keupayaan 256,000 tong sehari atau 47 peratus daripada jumlah keluaran negara.

Baki sebanyak 53 peratus disumbang oleh loji penapisan minyak yang dimiliki oleh Shell (155,000 tong sehari), Exxon-Mobil (88,000 tong sehari) dan Conoco Phillips (48,000 tong sehari).

Oleh kerana Malaysia menggunakan 520,000 tong sehari, kita juga bergantung kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa.

Berita Harian Online | Pasukan khas SPRM siasat NFC

Berita Harian Online | Pasukan khas SPRM siasat NFC. Tangkap semua puak jahanam ini, tak amanah, tak kira siapa dia, tangkap. seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan reman selama dua hari mulai semalam selepas didapati cuba menyogok empat pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, yang menjalankan siasatan berkaitan kes NFC dan kes penipuan lain.

Suspek berusia 45 tahun itu dilaporkan melakukan kesalahan berkenaan kelmarin di Ibu Pejabat JSJK di Bukit Perdana di sini, ketika diminta memberikan keterangan berhubung siasatan yang dijalankan termasuk kes penipuan terbaru yang dilaporkan di Cheras, tiga minggu lalu.

Berita Harian Online | Pasukan khas SPRM siasat NFC

Dec 21, 2011

isu murtad di selangor oleh dr Hassan Ali

Penjelasan isu murtad di selangor oleh dr Hassan Ali 2011, isu ini telah meletak Dr Hassan dalam kontroversi. Ikuti Temubual Editor Sinar Harian Online, Lailatun Khalilah Nasir bersama Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor.

Dec 20, 2011

Menara 100 Tingkat Jana Ekonomi

Menara 100 Tingkat Jana Ekonomi. Mengulas mengenai projek itu, Hamad Kama Piah berkata, projek pembangunan bercampur berhampiran Stadium Merdeka dan Stadium Negara di Kuala Lumpur itu juga akan merancakkan pembangunan hartanah di kawasan sekitarnya apabila ia siap sepenuhnya pada 2020. “Apabila siap kelak, projek ini akan menjana kegiatan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.

Hamad Kama Piah turut menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap projek bangunan 100 tingkat itu akan menyebabkan lebihan penawaran ruang pejabat dan komersial di Kuala Lumpur seperti yang berlaku ketika ini.

“Apabila kami merancang projek ini, kami perlu memastikan ruang pejabat di bangunan itu dipenuhi.

“Bangunan ibu pejabat PNB sekarang sudah berusia 30 tahun dan kumpulan memerlukan ibu pejabat baru sejajar program pengembangan kami,” katanya.

Projek yang menempatkan bangunan tertinggi di Malaysia itu akan dibangunkan anak syarikat milik penuh PNB, iaitu PNB Merdeka Ventures membabitkan kos RM5 bilion.

PNB akan membina menara 100 tingkat itu terlebih dulu supaya ia dapat menjadi tarikan bagi pembangunan komersil lain seperti hotel, kondominium dan pusat membeli-belah.

Hamad Kama Piah berkata, kos pembinaan menara 100 tingkat berkonsep bangunan pintar mesra alam itu dianggarkan antara RM2.5 bilion hingga RM3 bilion dengan pembinaannya dijangka dimulakan tahun depan dan siap pada 2015.

myMetro | 1,620 rumah mampu milik

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tapak pembangunan terbabit, namun ia memerlukan kajian terperinci bagi menentukan kesesuaian tapak berkenaan.
myMetro | 1,620 rumah mampu milik

Dec 19, 2011

PRU 13 awal tahun 2012

PRU 13 awal tahun 2012

Tarikh PRU 13 semakin hangat dan dekat. Ramalan dan desas desus PRU 13 semakin dekat. Saya jangkakan PRU 13 awal 2012. Kempen di TV semakin rancak, progran Dato Najib dan BN padat, akhbar dan blog semakin hangat membincangkan pilihan raya 13. SPR pun bersiap sedia.

Dakwat kekal sudah di lulus diguna pada PRU13. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.

Pendapat-pendapat terkini dari pemerhati politik juga perlu diambil kira. Terbaru, Tun Mahadtir menasihatkan agar PRU ke 13 diadakan pada 2012, dan tentunya beliau merasakan bahawa aura sokongan rakyat terhadap BN belum lagi berada di kemuncaknya pada ketika ini.  Pendapat ini juga harus diberi perhatian, kerana Tun M, bekas perdana menteri yang juga seorang pakar strategi yang tidak perlu kita persoalkan lagi.

Tarikh yang sesuai ialah cuti sekolah penggal pertama. Ini kerana sekolah akan digunakan sebagai tempat mengundi.

Dakwat kekal digunakan PRU13

Dakwat kekal digunakan PRU13

Pengerusi SPR mengumumkan bahawa dakwat kekal dicadang digunakan dalam PRU 13. Kini contoh dakwat yang akan digunakan telah dihantar ke Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa untuk komen mereka. Cadangan jawatankuasa pilihan khas (PSC) parlimen berhubung penambahbaikan proses pilihan raya akan dilaksanakan dalam pilihan raya umum ke-13, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.

Dec 17, 2011

Pantau Projek MyAgrosis agar berjaya


Pantau Projek MyAgrosis agar berjaya

Kerajaan di gesa Pantau Projek MyAgrosis agar berjaya. 30 juta diperuntukan bagi menjayakan projek MyAgrosis dan bagi membantu kelab itu dalam usaha meningkatkan daya pengeluaran hasil pertanian negara. Banyak tanah kampus yang terbiar, maka kerajaan ambil keputusan supaya memajukan tanah dikampus sebagai pusat pengeluaran makanan negara.

Kelab MyAgrosis diwujudkan di semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) untuk menggalakkan graduan menceburi sektor pertanian moden, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.
Pantau Projek MyAgrosis agar berjaya
Melalui MyAgrosis, pelajar diberikan latihan dan pendedahan menyeluruh mengenai penanaman, penternakan dan pemprosesan makanan menggunakan teknologi moden dan terkini serta kaedah pemasaran.
"Pendedahan ini penting bagi siswazah untuk memilih dan mengusahakan sektor pertanian sebagai kerjaya yang menguntungkan selepas mereka menamatkan pengajian nanti," katanya.

Apa yang ingin di sarankan agar kementerian pertanian dan kementerian pengajian tinggi memantau program ini supaya menampak kejayaan. Jangan buat hangat hangat tahi ayam, lepas 2 atau 3 tahun, senyap dan dan berdaya maju. Semua pihak akan rugi, jika projek ini gagal. Sebab itu pemilihan projek dan jenis projek kena juga dilihat dengan baik, agar hasilnya baik dan mendatangkan untuk.

Kita mahu usahawan siswazah tani membuktikan pengeluaran hasil yang bermutu dan dapat di jual di kedai 1Malaysia dan pasaraya MYDIN. Kalau keluar cili, kita mahu cili yang yang bermutu dan harga yang bersesuaian. Kalau Tomato, kita mau tomato segar. Begitu juga dengan tanaman atau projek pertanian lain.


Gambar oleh : http://citeanoizul-stories.blogspot.com/2011/10/livemajlis-pelancaran-kelab-myagrosis.html

Kaum Lut Kembali di Malaysia

Kaum Lut Kembali di Malaysia, gay melayu
Memamalukan Melayu dan Islam dan Malaysia -- kotor dan jijik !!!!

Kaum Lut Kembali di Malaysia, bila syaitan mengoda dan ingin menyesatkan manusia yang tiada asas agama dan waras fikiran, maka ini yang terjadi. Apa nak jadi ni pelajar melayu kahwin dengan lelaki gay di  University College Dublin bernama Jonathan di Dublin, Ireland.
Ariff Alfian Rosli yang sebelum ini pernah dikhabarkan hilang oleh ahli keluarga. kemungkinan hilang dan sesat dalam dunia gay. - sumber - http://www.bom321.com/2011/12/perkahwinan-gay-pertama-malaysia-ariff.html

Apa nak jadi dunia hari ini, dah banyak wanita di dunia, mat saleh laknat tu hang pilih.

Dec 16, 2011

Dr Hassan Ali Belum Keluar PAS

Dr Hassan Ali Belum Keluar PAS. Itu kenyataan hingga hari ini 16 Dis 2011. Entah esok lusa atau bila itu terpulang pada Dr Hassan sendiri. Begitu juga Nasharudin Timbalan Prisiden Pas. Kedua orang ini masih ahli Pas dan memegang jawatan masing-masing. Walaupun Mahfuz berkata beliau tidak kisah Dr Hassan keluar Pas, kerana Pas tetap berjuang seperti biasa.

Berikut sedikit kenyataan Mahfuz dalam Malaysiakini, ""Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu."

Itu delima orang politik, bila mereka berbeza pendapat dan prinsip, itu jadinya, saya hormat keputusan Dr Hassan Ali, beliau ada prinsip, walaupun prinsip beliau ramai yang orang Pas kurang senang.

Kenyataan Media Dr Hassan Ali

Ikuti kenyataan media Dr Hassan Ali Exco Selangor yang berbeza pandangan dengan pemimpin PAS, beliau baru ini dikatakan tak dicalon dalam PRU13. Apa respon Dr Hassan dalam soal ini. Lihat video di  bawah:

Isu Hassan Ali Dan Nasharudin

Isu Hassan Ali Dan Nasharudin , tut tut, meletup pula isu kontroversi, Mustaffa ali kata kedua pemimpin ini teperangkap dengan agenda UMNO. Betulkah begitu, apa agenda kedua pemimpin PAS ini. Isu Hassan Ali Dan Nasharudin menjadi panas selepas kedua mereka mengeluar kenyataan media.

Ikuti kenyataan Mustaffa Ali



Kenyataan Media Dr Hassan Ali



Mungkin ada yang tak suka cara Hassan Ali dan Nasharudin ?

Isu Felda selesaikan segera

Isu Felda selesaikan segera
Isu Felda dan isu penyenaraian Felda Global perlu di selesai segera. Kenapa soal masa depan dan soal tanah Felda di bantah PAS, apa alasan Pas. Kemudian ada pula yang marah PAS kerana ganggu soal felda. apa isunya. saya pun risau. Kita lihat isunya apa?


Fakta 1
KUMPULAN Felda Global (Felda Global) menegaskan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia tidak akan membabitkan pajakan tanah milik peneroka sebaliknya hanya tanah di bawah kelolaan kumpulan. Presidennya, Datuk Sabri Ahmad berkata, keseluruhan tanah yang dimiliki Felda adalah sekitar 860,000 hektar dengan anggaran 500,000 hektar adalah di bawah pemilikan peneroka.

Tanah yang diuruskan Felda adalah sebanyak 360,000 hektar dan bahagian ini yang akan dipajakkan kepada FGVH. “Malah, pihak pengurusan tidak akan mengganggu tanah kepunyaan peneroka,” katanya selepas sidang media penemuan kaedah jangkitan Ganoderma di Pusat Bioteknologi Felda di Sepang, semalam.

Menurutnya, peneroka tidak seharusnya bimbang dengan urusan penyenaraian berkenaan berikutan ia akan memberi faedah jangka panjang kepada mereka.

“Melalui penyenaraian ini, pemegang saham utama iaitu Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan mendapat manfaat melalui dividen yang lebih tinggi setiap tahun, bergantung pada harga pasaran.

Fakta 2
KUALA LUMPUR: Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) akan mendapatkan butian terperinci mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) secepat mungkin untuk diterangkan kepada anggota peneroka, kata Timbalan Presidennya Tan Sri Rozali Ismail.

 Fakta 3
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, penyenaraian tersebut hanya akan membuatkan nasib peneroka terumbang ambing kerana yang akan mendapat keuntungan besar melalui penyenarain itu ialah syarikat-syarikat besar.

"Kebimbangan kita mengenai perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Walapun ucapan Perdana Menteri terlalu pendek tapi bila (Najib) sebut FGVH akan disenaraikan dan kononnya peneroka mendapat "durian runtuh", ini bukan durian runtuh tapi "bala" yang akan diterima peneroka.

Presiden Anak, Mazlan Aliman dedah penyelewengan Felda, betul ke? Sirius ni, kenapa jadi macam tu sekali, jom lihat video ini.



"Yang dikatakan "durian runtuh" itu mungkin saham percuma kepada peneroka...mungkin jumlahnya sepuluh hingga 15 ribu tapi barang diingat, bila FGVH disenaraikan di BSKL, ekuiti Bumiputra akan berakhir sebab penyenaraian ini membolehkan pelbagai syarikat besar untuk melabur di Felda," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

 Fakta 4

USAHA kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia merupakan transformasi fasa keempat Felda, yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penyenaraian itu bukan sahaja memberi rahmat kepada peneroka, bahkan kepada seluruh rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan warga peneroka Felda supaya tidak percaya dengan surat layang pembangkang yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima setelah penyenaraian FGVB di Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun depan.

“Saya ingin jelaskan, ini adalah kerja jahat pihak pembangkang. Kita tak akan buat sesuatu yang merugikan. Felda tak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya.

MB Pahang Kata apa


Bila nak dialog


Isunya apa?

Isunya ialah ketidakpercayaan orang Felda terhadap bisnes ini, samada untung atau rugi. Mereka juga bimbang jika disenaraikan di Bursa saham KL, semua orang boleh beli saham, termasuk orang luar dan bukan melayu. Ia satu risiko jika Bisnes ini rugi, Jika ia menguntungkan maka orang felda akan kaya. Pihak Kerajaan kena jelaskan dan beri keyakinan, jika betul ia menguntungkan, Kerajaan kena jelaskan segera, kena ambil kira pandangan semua pihak termasuk PAS, ANAK, UMNO, ORANG FELDA. Pemimpin jangan ego, ini soal masa depan dan maruah.

Dec 15, 2011

Drama Filem Hudud live

Drama hukum hudud, mari kita lihat konsep hudud secara mudah di fahami. Sebuah filem pendek yang menerangkan hudud secara umum. Filem pendek ini diterbitkan bertujuan untuk menjawab persoalan dan kekeliruan yang ditimbulkan. Tahniah kepada kumpulan anak anak muda yang berusaha didalam penerbitan ini



APAKAH HUKUM HUDUD?

Dec 12, 2011

Dajjal Keluar Dari Rusia adalah palsu

Berita Dajjal keluar dari rusia yang kononnya ahli mateologi rusia telah merakam suara bunyi dentuman kuat. Mereka mengatakan ia suara dajjal. Kita umat islam jangan percaya berita macam itu, semuanya bohong dan palsu. Paling penting berita macam itu mudah di percaya, Umat Islam tanpa segan silu menyebar melalui blog, membuat copy dan paste berita palsu hingga menakutkan umat islam.

Agenda siapa sebenarnya,? bagi saya ini agenda musuh Islam juga, kita di suruh kaji alquran dan hadis sahih dan sumber berita Dajjal ada dalam hadis dan AlQuran,  kenapa mudah percaya berita dari Barat dan sumber yang di reka reka kepalsuan. Bunyi dan suara semua boleh buat dengan teknologi kini.

Kita Umat Islam kena kembali pada Quran, sila kaji alquran, ada jawapan tentang masalah ini. Paling utama kuatkan iman dan jangan tinggal ajaran Allah yang di suruh. Kenapa mudah percaya berita palsu. Ini satu propaganda untuk menakut islam, dan supaya kita hayal dengan berita dari mereka. Kita kena rujuk alquran dan hadis serta ulama. Paling penting kita kena solat dan banyak amal ibadat. Semua tanda kiamat kecil telah ada, kita kena banyak taubat dan tingkat amal soleh.

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupunr kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".al quran 6: 93

HADIS MENGENAI DAJJAL

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya”

LAGI HADIS MENGENAI DAJJAL KLIK SINI

Dec 11, 2011

Hikmah dan kelebihan Gerhana Bulan

Hikmah dan kelebihan Gerhana Bulan . Pada malam semalam 10 Dis 2011 kami sekeluarga menikmati fenomena kejadian Allah, dimana pada pukul 10 malam, ketiga tiga planet iaitu matahari bumi dan bulan pada satu garisan, dimana bumi melindung cahaya matahari ke bulan. Itulah peristiwa gerhana bulan . Hikmah di sebalik kejadian gerhana bulan ialah Allah berkuasa mengatur kejadian Alam ini dan malam gerhana Allah membukti pada manusia, bahawa kuasa Allah maha hebat.

Hikmah dan kelebihan Gerhana Bulan dan Gerhana Matahari:


Pertama: keduanya merupakan tanda kebesaran dan kekuasaan Allah Ta’ala yang menciptakan alam semesta ini, menguasainya, serta mengaturnya. Tidak ada satupun yang dapat menghalangi Allah Ta’ala, ketika Allah Berkehendak untuk merubah aturan alam sebentar diluar kebiasaan, untuk menunjukkan betapa lemahnya manusia dan betapa agungnya Allah, maka manusia tidak layak untuk menyombongkan dirinya di hadapan Allah, jadi sepantasnya manusia tunduk patuh kepada peraturan dan hukum Allah tidak kepada yang lain.

Kedua: merupakan kehendak Allah untuk menakuti hamba-hambanya dengan mengingatkan mereka dari kelalaian dan dosa. Di mana dengan bertambahnya fitnah dan kerusakan di muka bumi yang sebenarnya karena tingkah laku manusia, maka hikmah Allah Ta’ala berkehendak untuk menyadarkan mereka, dan bahwa azab dan siksaan-Nya di neraka lebih pedih dan kekal.

Namun di zaman sekarang, di mana manusia sudah menilai kejadian di bumi hanya dengan kaca mata materi tanpa menoleh ke sisi syar’i. Mereka mengatakan ini hanya sekedar phenomena alam biasa, tanpa melihat siapa yang menakdirkannya dan apa tujuannya.

Ketiga: bahwa kejadian-kejadian alam tidak ada hubungannya dengan kematian atau lahirnya seseorang, karena jika Allah Berkehendak untuk menjadikan sesuatu, maka terjadilah. Jadi murni karena kehendak Allah, maka barangsiapa meyakini bahwa kejadian alam ada kaitannya dengan kematian dan lahirnya seseorang maka dia telah menetapkan adanya pengatur alam semesta selain Allah Ta’ala.

Zulkifli Noordin Bongkar Lagi Konspirasi PKR

Zulkifli Noordin Bongkar Lagi Konspirasi PKR

 menjatuhkan PM Dato; Seri Najib melalui rekaan Akuan Bersumpah (SD) Palsu yang mengaitkan nama PM sebagai dalang kes pembunuhan Altantuya..

Dec 6, 2011

Politik Sihat Idaman 1Malaysia

Jika ini berlaku, Politik sihat satu renungan bersama. Jika Islam dapat di fahami semua kaum, alangkah indah 1Malaysia. Jika betul niat mereka memang indah. Sepatutnya semua pihak, semua kaum belajar Islam, tak kira melayu, cina dan India. Semua patut belajar Islam. Bila semua faham, mudah untuk menubuh negara Islam. Tapi jika masing masing ada kepentingan sendiri agak sukar nak capai. Ini pandangan saya. Jika ada komen silakan

Dec 4, 2011

Banjir Kajang Kerajaan Mana Nak Selesai

Banjir di Kajang Kerajaan Mana Nak Selesai.Pada hari kejadian saya telefon sepupu yang tinggal di Kajang. Nasib baik kawasan perumahan mereka agak tinggi dan selamat dari banjir kilat. Menurut sepupu saya kalau hujan lebat mereka tidak akan ke bandar kajang. Sejak 15 tahun mereka tinggal di kajang ini banjir yang paling teruk (2 Dis 2011). Kalau ke bandar kajang, kalau hujan turun kena cepat balik rumah, nanti teperangkap dalam air banjir.

Nak tanya sampai bila masalah ini akan di selesaikan, pihak mana nak selesai, kerajaan negeri selangor atau kerajaan pusat. Jangan tunggu ada kematian baru nak selesai. Ini masalah sudah lama, masalah pengurusan saliran air di bandar kajang perlu di lihat semula. Majlis Perbandaran Kajang dan Kerajaan Negeri Selangor kena selesai segera dan lihat apa masalah dan punca sebenar banjir yang teruk di kajang.

Lihat video sebenar banjir di bandar kajang dis 2011

Dec 2, 2011

DAP Baca Quran Apa Pendapat Anda

Dalam politik macam macam boleh berlaku, dalam ceramah DAP dan Pakatan Rakyat seorang penceramah membaca sepotong ayat., Cuma nak tanya bolehkah quran di baca cara demikian demi tujuan yang saudara saudari boleh faham sendiri.

Nov 30, 2011

Tips Meta Tag Terbaik Web Blog

Ramai orang tak kisah tentang meta tag web atau blogspot mereka. Ramai yang buat blog tanpa meta tag yang baik, ada tiada langsung. Bagaimana memasang meta tag terbaik untuk blog anda. Apakah syarat mendapat meta tag yang terbaik untuk blog anda.

Syarat utama meta tag terbaik ialah, relevan title, description dan keywords dengan kandungan blog anda.
  1. Title relevancy to page content atau tajuk blog anda sesuai dengan kandungannya, misalnya anda buat blog kereta, maka tajuk harus kaitan dengan kereta
  2. The Description meta tag relevancy to page, atau butiran blog atau laman web juga relevan dan sesuai dengan kandungan.
  3. Keyword atau kata kunci sesuai dengan kandungan blog anda.
Cara nak analysis meta tag blog anda, lihat di bawah:




Meta Tag Analyzer



Check your meta tags!


example: http://www.host.com.

URL



(optional)

User Agent * (optional)




Please enter the access code as displayed above.

Access code





Online Meta Tag Analyzer
provide by SEOCentro.

Nov 28, 2011

Cara pasang meta tag terbaik blogspot

Cara pasang meta tag terbaik blogspot
SEO dan Meta Tag terbaik adalah penting bagi blogger yang menggunakan blogspot. Cara pasang meta tag terbaik blogspot, lihat seterusnya.

1. Login ke blog anda dan klik Design
2. Klik Edit HTML
3. Cari Code - <title><data:blog.pageTitle/></title>

Guna Ctrl F dan isi kod di atas untuk cari kod tersebut



Copy kod dibawah dan gantikan kod no 3 dengan kod di bawah::

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'>
<title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title>
<b:else/>
<title>Blogger Malaysia tajuk  | <data:blog.pageTitle/></title>
</b:if>
<meta content='wahyu winoto' name='Author'/>
<meta content='global' name='distribution'/>
<meta content='general' name='rating'/>
<meta content='EN,ID' http-equiv='content-language'/>
<meta content='my' name='geo.country'/>
<meta content='2011' name='copyright'/>
<meta content='Isi dengan maklumat blog kamu' name='description'/>
<meta content='Isi dengan kata kunci yang kamu bidik' name='keywords'/>
<meta content='Isi dengan subyek atau bahasan utama blog kamu' name='subject'/>
<meta content='Isi dengan abstrak atau ringkasan konten blog kamu' name='abstract'/>
<meta content='translate' name='google'/>
<meta content='index follow' name='robots'/>
<meta content='index follow' name='googlebot'/>
<meta content='index follow' name='msnbot'/>

Gantikan maklumat warna biru dengan maklumat atau infomasi blog anda

Jangan lupa Klik Save.

Untuk semak meta tag pada blog anda, klik meta tag analysis

ATAU GUNA TOOLS DI BAWAH:




Meta Tag Analyzer



Check your meta tags!


example: http://www.host.com.

URL



(optional)

User Agent * (optional)




Please enter the access code as displayed above.

Access code





Online Meta Tag Analyzer
provide by SEOCentro.

Renault Twizy kereta masa depan


Renault Twizy, Sebuah lagi kereta bandar ultra kompak yang mendapat perhatian di Paris baru-baru ini ialah Renault Twizy yang kelihatan seperti motosikal berbumbung dengan empat roda. Kereta ini mempunyai dua tempat duduk dengan tempat penumpang berada di belakang pemandu dan mempunyai 31 ruang kotak kecil di bawah kerusi belakang yang boleh dipertingkat untuk diletakkan dengan beg beli-belah atau beg suitcase.

Kereta dengan berat 450 kg, termasuk berat bateri 100 kg ini mempunyai motor elektrik 15kW dan kelajuan maksimum 75 km/j . Kereta ini boleh dibawa sehingga jarak perjalanan 97 km bagi sekali caj. Kenderaan ini akan memasuki pasaran Eropah menjelang akhir tahun depan.

Lotus City Car, kereta masa depan

Lotus City Car, kereta masa depan

Lotus City Car . Semua orang tahu yang Lotus merupakan pengeluar kereta sports mewah tetapi kini syarikat itu ingin mempelbagaikan keluarannya dengan memperkenalkan kereta konsep Lotus City Car pada Pameran Motor Paris, baru-baru ini. Kereta hibrid seberat 1,400 kilogram (kg) itu mempunyai tiga pintu, empat tempat duduk, enjin berkuasa petrol dan juga motor elektrik untuk menggerakkan kenderaan.

Kereta hibrid ini mempunyai kemampuan memecut sehingga 100 km/sejam (km/j) dalam masa sembilan saat dan apabila bergerak menggunakan motor elektrik, sudah tentu ia tidak mengeluarkan asap. Ketua jurutera Lotus, Wolf Zimmerman berkata, syarikat itu masih mencari rakan perniagaan untuk mengeluarkan kereta yang mempunyai persamaan dengan Aston Martin Cygnet ini menjelang 2014.

“Lotus Design telah mencipta kereta yang memanfaatkan kelebihan kejuruteraan Lotus dari segi reka bentuk kepada penghasilan kereta bandar yang kurang mencemarkan alam,” kata Ketua pegawai eksekutif Lotus Group, Dany Bahar dalam satu kenyataan akhbar.

Kereta Masa Depan, Nissan Townpod


Nissan Townpod ,Menurut Nissan, kereta yang dibangunkan untuk masa depan itu sesuai untuk profesional yang melakukan kerja-kerja di luar pejabat dan memerlukan kereta dengan ruang luas. Ia direka untuk menawarkan kenderaan tanpa pelepasan asap untuk generasi masa depan yang bekerja dari rumah dan juga usahawan inovatif yang kreatif dan mahir teknologi,” kata jurucakap Nissan.

Nissan juga menyatakan, kenderaan ini juga direka bukan hanya sebagai sebuah kereta tetapi lebih kepada sebuah van di dalam era baru yang lebih fleksibel dan bergaya. Kenderaan ini mempunyai pelbagai fungsi, sama ada untuk kereta penumpang atau kereta utiliti. Apa yang menarik ialah pintunya boleh dibuka dan tutup seperti almari, yang mana kereta ini mempunyai dua kerusi belakang yang boleh dilipat. Townpod dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan kereta elektrik Nissan Leaf yang akan diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat Disember ini.

Nov 24, 2011

Ipad Wallpapers Collection

Now, it is the time to share best quality iPad wallpapers. The iPad screen resolution is 1024 x 1024

Ipad Wallpapers Collection

Ipad Wallpapers Collection

Banyak lagi wallpapers klik sini

Nov 23, 2011

Dimana Semanggat Sukan Penonton Bola Indonesia

penonton bola indonesia yang ektrem

Malaysia menundukan Indonesia dalam perlawan akhir dengan penalti 4 - 3, atau 5 - 4 keseluruhan. Tapi yang menjadi malang dan sedih apabila rakyat Malaysia di ejek dan di hina , samada dalam padang atau luar padang. Apakah salah Malaysia sehingga di hina di boo sebegitu sekali. Soalan saya Dimana Semanggat Sukan Penonton Bola Indonesia. Pernahkah kerajaan Indonesia mendidik rakyat mereka erti sopan dan hormati tetamu serumpun, dan meningkatkan erti kesukanan dan tujuan sukan SEA di wujudkan.

Ketika nyayian negaraku di nyayikan penonton mereka menyorok kita dan membuat bising, apa salah kita, dimana semanggat kesukanan rakyat indonesia.. Sepatutnya mereka tahu adab menonton bola, jangan terlalu ektrem dan ini adalah sukan, kenapa nak timbul isu dan perbalahan dengan negara jiran. apa salah Malaysia. Kenapa nak timbul isu. Siapa dalangnya dalam soal ini?

Suatu pengajaran buat kita, jangan melakukan provokasi pada pasukan indonesia, bila datang ke Malaysia nanti. Kita sudah merdeka dan kita sudah berilmu dengan adab budaya Malaysia yang baik lembut. Jangan ikut rentak mereka, kita sudah waras dan bertamadun. Malaysia negara contoh. Kita ada fikiran. Ayuh penonton Malaysia, berprasangka baik pada teman teman kita. Ok 

Nov 18, 2011

Email penipuan di internet

Contoh email penipuan di internet, jangan terperangkap dengan ayat ayat merayu dan penuh muslihat ini, lihat email yang saya terima di inbox email saya. Saya pernah follow mereka dan ikut arahan mereka, tapi akhirnya mereka akan minta sejumlah wang, dalam US dollar. Mereka akan minta wang dari kita untuk urusan pengurusan, Tapi saya tak melayan permintaan mereka.

email yang saya terima:
================

ASSALAMUALAIKUM

Saya adalah Nur Fatima Binti Abdullah, seorang rakyat Malaysia yang bekerja di HSBC Bank, Amerika. Saya adalah seorang Pengurus Besar di Bahagian Audit Dalaman.

Dengan rasa hormatnya, saya memohon kepada anda untuk menganggap segala isi kandung “mail” ini sebagai amat peribadi dan menghormati integritinya.

Atas siasatan terperinci yang hanya saya seorang saja individiu yang mengetahui latar belakang anda, saya dengan ini ingin memberi informasi yang saya tahu anda akan sangat berminat dan cenderung serta berupaya membantu.

Saya sedar anda pasti tertanya mengapa anda di pilih untuk segala ini. Oleh itu, saya mohon anda meneliti apa jua yang akan saya bentangkan selanjutnya agar dapat memahaminya.

Memandangkan keadaan yang sudah runcing kini, saya ingin meminta bantuan dan kerjasama anda untuk mendapatkan sejumlah wang yang yang telah berada dalam akaun 'dormant' saya sejak tahun 2002 lagi. Wang ini saya perolehi dari Amanah Wasiat , dimana 40% akan di serahkan kepada anda sebaik ianya di sahkan berada dalam akaun pilihan anda. Wang ini berjumlah US$1.5 JUTA. Baki sebanyak 60% lagi adalah milik saya. Kerjasama anda untuk mendapatkan wang warisan ini adalah kerana Pemegang akaun ini yang merupakan seorang Usahawan berbangsa Iraq telah pun meninggal dunia dan beliau tidak meninggalkan seorang waris pun. Informasi ini telah saya dapati ketika saya melakukan tugasan Audit Dalaman ketika itu.

Saya tidak di benarkan membuat sebarang tuntutan kerana posisi saya tetapi saya sememangnya boleh membuktikan kepada Bank bahwa saya dalah Pewaris sah kepada wang tersebut.
Anda hendaklah bekerjasama dan membantu saya dalam kes ini kerana jika tidak kesemua wang tersebut akan di serahkan kepada Jabatan Perbendaharaan Negara, apabila tiada tuntutan di buat dalam jangka masa yang di berikan.

Segala informasi dan langkah-langkah yang perlu di ambil akan saya beri secara terperinci apabila anda cenderung untuk membantu saya.

Kepercayaan dan keyakinan lah yang akan membuahkan hasil yang lumayan. Walau pun jumlah yang diberikan mungkin kecil dari kaca mata anda tetapi ia adalah anugerah yang tidak ternilai dan tidak di sangka. Jika di biarkan ,wang itu akan lupus begitu saja. Keikhlasan anda dalam membantu saya dalam tuntutan ini amat saya hargai dan harapkan di mana kita sama-sama akan memperolehi keuntungan.

Jawapan anda terhadap kes saya ini hendaklah di salurkan melalui E-mail peribadi saya iaitu nurfatimab@yahoo.com.my Ini sangat penting dan apa jua informasi seterusnya akan saya beritahu kelak.

Jutaan terima kasih di atas masa dan perhatian anda.

Wassalam

NUR FATIMA BINTI ABDULLAH

Nov 17, 2011

Teknik Viral Ini Akan Meningkat Pelawat

Ini teknik viral marketing yang saya sertai. Ia ternyata mampu meningkat pelawat ke blog anda secara berterusan tanpa anda sedar. Selain itu ia meningkat PR dan backlinks ke blog anda

Sila join mana satu yang anda minat.
Free advertising
Click Here for Free Traffic!
Click Here for your Free Traffic!


Free Traffic System - Increase Targeted Website Traffic with Free
Unlimited One Way Links

Nov 12, 2011

Nov 11, 2011

Water Or Coke


 
 
Water or Coke ?
I could not believe this.....  Very interesting


     

           

WATER


#1.
  75% of Americans are chronically dehydrated.
 
(Likely applies to half the world population.)


#2.     In 37% of Americans, the thirst mechanism is so weak
that it is mistaken for hunger.


#3.    Even MILD dehydration will slow down one's metabolism as much as 3%.



#4.     One glass of water will shut down midnight hunger pangs
   
for almost 100% of the dieters studied in a University of
Washington study.


#5.
    Lack of water, the #1 trigger of daytime fatigue.


#6.     Preliminary research indicates that 8-10 glasses of
   
 water a day could significantly ease back and joint pain
for up to 80% of sufferers.


#7.    A mere 2% drop in body water can trigger fuzzy short-term
     
memory, trouble with basic math, and difficulty focusing on
the computer screen or on a printed page.


#8.   Drinking 5 glasses of water daily decreases the risk of
   
colon cancer by 45%, plus it can slash the risk of breast
cancer by 79%., and one is 50% less likely to develop
bladder cancer. Are you drinking the amount of water
you should drink every day?



COKE


#1.     In many states the highway patrol carries
     
two gallons of Coke in the trunk to remove blood from
the highway after a car accident.



#2.     You can put a T-bone steak in a bowl of Coke
and it will be gone in two days.


#3.    To clean a toilet: Pour a can of Coca-Cola into the
   
toilet bowl and let the "real thing" sit for one hour,
then flush clean. The citric acid in Coke removes
stains from vitreous china.



#4.    
To remove rust spots from chrome car bumpers:
     
Rub the bumper with a rumpled-up piece of Reynolds
Wrap aluminum foil dipped in Coca-Cola.



#5.    To clean corrosion from car battery terminals: Pour
   
a can of Coca-Cola over the terminals to bubble
away the corrosion.



#6.     To loosen a rusted bolt: Apply a cloth soaked in Coca-Cola
to the rusted bolt for several minutes.



#7.    To bake a moist ham: Empty a can of Coca-Cola into
 
the baking pan, wrap the ham in aluminum foil, and bake.
Thirty minutes before ham is finished, remove the foil, allowing the drippings to mix
with the Coke for a sumptuous brown gravy.



#8...     To remove grease from clothes: Empty a can of Coke
 
into the load of greasy clothes, add detergent, and run
 through a regular cycle. The Coca-Cola will help loosen
grease stains. It will also clean road haze from your
windshield.



FOR YOUR INFORMATION:

#1.     the active ingredient in Coke is phosphoric acid.
It will dissolve a nail in about four days. Phosphoric
acid also leaches calcium from bones and is a major
contributor to the rising increase of osteoporosis.

#2.
  To carry Coca-Cola syrup! (the concentrate) the
commercial trucks must use a hazardous Material place
cards reserved for highly corrosive materials.

#3.     The distributors of Coke have been using it to clean
engines of the trucks for about 20 years!

 


Now the question is, would you like a glass of water?


or Coke?




Quick! send this helpful info on to your friends
health conscious or not!!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...