Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Feb 23, 2012

Proton P3-21A ada internet 4G

Proton P3-21A ada internet 4G
PROTON Holdings Bhd (Proton) mejadi syarikat pertama negara ini yang mengeluar kereta dengan nilai tambah berupa perkhidmatan internet dalam kereta. Proton melancarkan kereta penumpang dengan kemudahan Internet rangkaian 4G bermula dengan model terbaru Proton P3-21A.Proton P3-21A ada internet 4G
Serentak itu, Proton turut mengumumkan kesediaan perkhidmatan Internet dalam kebanyakan kenderaan dikeluarkan syarikat pada masa depan yang menggunakan kemudahan disediakan pembekal akses Internet 4G, YTL Communications Sdn Bhd (YTL Communications).
Proton P3-21A ada internet 4G
Rangkaian Yes 4G kini mempunyai 65 peratus liputan di seluruh negara selain mempunyai akses kukuh di sepanjang 960 kilometer Lebuhraya Utara-Selatan dan sebahagian Lebuhraya Pantai Timur.

Iklan dan Info kereta di mudahjualbelikereta.com

Nov 28, 2011

Renault Twizy kereta masa depan


Renault Twizy, Sebuah lagi kereta bandar ultra kompak yang mendapat perhatian di Paris baru-baru ini ialah Renault Twizy yang kelihatan seperti motosikal berbumbung dengan empat roda. Kereta ini mempunyai dua tempat duduk dengan tempat penumpang berada di belakang pemandu dan mempunyai 31 ruang kotak kecil di bawah kerusi belakang yang boleh dipertingkat untuk diletakkan dengan beg beli-belah atau beg suitcase.

Kereta dengan berat 450 kg, termasuk berat bateri 100 kg ini mempunyai motor elektrik 15kW dan kelajuan maksimum 75 km/j . Kereta ini boleh dibawa sehingga jarak perjalanan 97 km bagi sekali caj. Kenderaan ini akan memasuki pasaran Eropah menjelang akhir tahun depan.

Lotus City Car, kereta masa depan

Lotus City Car, kereta masa depan

Lotus City Car . Semua orang tahu yang Lotus merupakan pengeluar kereta sports mewah tetapi kini syarikat itu ingin mempelbagaikan keluarannya dengan memperkenalkan kereta konsep Lotus City Car pada Pameran Motor Paris, baru-baru ini. Kereta hibrid seberat 1,400 kilogram (kg) itu mempunyai tiga pintu, empat tempat duduk, enjin berkuasa petrol dan juga motor elektrik untuk menggerakkan kenderaan.

Kereta hibrid ini mempunyai kemampuan memecut sehingga 100 km/sejam (km/j) dalam masa sembilan saat dan apabila bergerak menggunakan motor elektrik, sudah tentu ia tidak mengeluarkan asap. Ketua jurutera Lotus, Wolf Zimmerman berkata, syarikat itu masih mencari rakan perniagaan untuk mengeluarkan kereta yang mempunyai persamaan dengan Aston Martin Cygnet ini menjelang 2014.

“Lotus Design telah mencipta kereta yang memanfaatkan kelebihan kejuruteraan Lotus dari segi reka bentuk kepada penghasilan kereta bandar yang kurang mencemarkan alam,” kata Ketua pegawai eksekutif Lotus Group, Dany Bahar dalam satu kenyataan akhbar.

Kereta Masa Depan, Nissan Townpod


Nissan Townpod ,Menurut Nissan, kereta yang dibangunkan untuk masa depan itu sesuai untuk profesional yang melakukan kerja-kerja di luar pejabat dan memerlukan kereta dengan ruang luas. Ia direka untuk menawarkan kenderaan tanpa pelepasan asap untuk generasi masa depan yang bekerja dari rumah dan juga usahawan inovatif yang kreatif dan mahir teknologi,” kata jurucakap Nissan.

Nissan juga menyatakan, kenderaan ini juga direka bukan hanya sebagai sebuah kereta tetapi lebih kepada sebuah van di dalam era baru yang lebih fleksibel dan bergaya. Kenderaan ini mempunyai pelbagai fungsi, sama ada untuk kereta penumpang atau kereta utiliti. Apa yang menarik ialah pintunya boleh dibuka dan tutup seperti almari, yang mana kereta ini mempunyai dua kerusi belakang yang boleh dilipat. Townpod dikatakan mempunyai banyak persamaan dengan kereta elektrik Nissan Leaf yang akan diperkenalkan di pasaran Amerika Syarikat Disember ini.

Nov 8, 2011

MPV sporty, Honda Stream RSZ

MPV sporty, Honda Stream RSZ, lihat ciri ciri Honda RSZ ini. Ia nampak spoty. Padanan rim bersaiz 17 inci, selain itu ketinggiannya direndahkan sehingga 45 milimeter berbanding model Stream terdahulu membuatkan ia ia lebih mantap.

Ciri luaran Stream RSZ dipadankan dengan set aerokit lengkap dan dilengkapi lampu hadapan HID dalam perumah hitam serta gril hadapan krom berwajah baru menaikkan lagi rupa kosmetik jentera tujuh tempat duduk itu.

Menerjah ruang dalamannya, latar hitam memperlihatkan ia direka untuk gaya sebuah MPV sporty.

Papan pemuka kemas dan disatukan dengan tombol gear menjadikan ruang antara pemandu dan penumpang hadapan lebih lapang.

Susunan butang kawalan audio dan penyaman udara memudahkan pemandu mencapai butang dikehendaki.

Ia ditingkatkan dengan tombol gear dan roda stereng kulit bersama alat kawalan audio serta pedal aloi bergaya.

Kerusi yang dibaluti bahan kain warna hitam adalah kombinasi terbaik kerana mampu mengurangkan menampakkan kekotoran akibat tumpahan makanan atau minuman.

Selain itu, kerusi barisan hadapan juga dilengkapi dengan ‘amrest’ bagi memberi kelegaan jika memandu jauh.

Tempat duduk barisan ketiga pula tidaklah terlalu sempit kerana penulis sempat mencubanya dalam perjalanan dari Temerloh, Pahang, hingga ke Kuala Lumpur.Malah, penulis boleh tidur nyenyak sepanjang perjalanan ketika berada di barisan tempat duduk yang ketiga itu.

Kenderaan ini juga boleh mengangkut banyak muatan atau boleh mengisi barangan yang panjang selepas melipatkan kerusi barisan kedua dan ketiga.

Prestasinya tidak mengecewakan penulis kerana ia dijana enjin 1.8 SOHC i-VTEC dengan transmisi lima kelajuan automatik menawarkan kuasa yang mencukupi bagi saiznya.

Selain itu, ia ditambahkan dengan sistem pintar i-VTEC untuk mengawal output kuasa lebih seimbang manakala penggunaan bahan api dijimatkan.

Jika kuasa yang dibekalkan tidak mencukupi, penukar gear di bahagian belakang stereng boleh dilakukan secara manual untuk memberi daya pecutan untuk mendaki atau memotong kenderaan lain.

Walaupun model ini lebih panjang daripada sedan, kedudukan badannya yang rendah dengan tayar lebar membantu mengekalkan kestabilan.

Bantuan sistem suspensi topang MacPherson di hadapan dan Reactive Link Double Wishbone pada bahagian belakang membolehkan Stream RSZ meratah selekoh dengan lebih yakin.

Stream RSZ didatangkan dengan empat warna bergaya iaitu Putih Mutiara Premium, Mutiara Hitam Kristal, Logam Metalik Berkilat dan Mutiara Merah.

HARGA  RM158,980. 

SPEKSIFIKASI

HONDA STREAM RSZ

ENJIN

1.8 liter, 4 silinder, SOHC, i-VTEC

KUASA MAKSIMUM
140 PS pada 6,300rpm

TORK MAKSIMUM
174Nm pada 4,300rpm

TRANSMISI
lima kelajuan automatik

CIRI-CIRI KESELAMATAN
Dua beg udara, ABS, EBD, Sensor Ultrasonic.

Sep 20, 2011

JOM LIHAT WAJAH PROTON SAGA EV, EXORA REEV - VIDEO

PROTON pada 14 Sep 2011  menyerahkan sebanyak tiga unit model Saga ‘EV’ dan lima unit Exora ‘REEV’ kepada Pejabat Perdana Menteri serta empat lagi Kementerian Kerajaan iaitu Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Dan Air (KeTTHA), Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI), Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Kementerian Kewangan (MOF). Proton Saga ‘EV’ merupakan sebuah kenderaan elektrik, di mana ‘EV’ merupakan singkatan kepada ‘Electric Vehicle’. Proton Exora ‘REEV’ pula adalah sebuah kenderaan elektrik penambah jarak, di mana ‘REEV’ merupakan singkatan kepada perkataan ‘Range Extender Electric Vehicle’.

Sep 19, 2011

Myvi SE 1.5, Hebat Kuat Gaya

Myvi 1.5L SE, gaya hebat
Myvi itu dikuasakan oleh unit enjin sama yang boleh didapati pada model Perodua Alza. Namun, ia telah menerima talaan baru bagi disesuaikan dengan karekter pemanduan Myvi. Enjin berkod 3SZ-VE itu mampu menghasilkan kuasa maksimum 76kW @ 6,000rpm dan tork puncak 136Nm @ 4,400rpm. Bagi memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna, Myvi 1.5 SE dan Extreme didatangkan dengan transmisi manual atau automatik.Myvi SE 1.5, Hebat Kuat Gaya

Perodua juga akan memulakan pengeksportan Myvi ke beberapa buah negara termasuk Mauritius dan Sri Lanka. Namun, jumlahnya tidaklah besar. Hanya di antara 10 hingga 20 unit sebagai strategi untuk menembusi pasaran dan mengetahui minat pengguna terhadap Myvi di sana.

Sebelum ini, Perodua sudah mengeksport sebanyak 2,500 hingga 2,700 uniy Myvi ke Indonesia dengan memakai lencana Daihatsu Sirion.

Bagi yang mahu membuat tempahan Myvi 1.5L, anda boleh berbuat demikian di mana-mana 178 bilik pameran Perodua di seluruh negara. Demi memberi peluang kepada orang ramai untuk melihat Myvi SE dan Extreme secara lebih dekat, semua bilik pameran Perodua akan dibuka hingga lewat malam.

Sep 13, 2011

Nissan Teana 2.0 Jimat Minyak

Nissan Teana 2.0 jimat minyak,paling laris di china, kereta 2011
Pengalaman seorang wartawan Harian Metro memandu Nissan Teana 2.0  amat teruja saya mengetahui lebih lanjut kereta Nissan Teana 2.0 ini. Wartaman itu berkata Nissan Teana 2.0 Jimat Minyak. Apakah ciri ciri istimewa Nissan Teana 2.0 ini.


Keistimewaan penggunaan enjin MR20DE dengan digabungkan transmisi Xtronic CVT adalah rahsianya untuk meminimumkan penggunaan petrol walaupun bentuk jentera ini tampak lebar dan besar. Sebelum itu, Teana merujuk ‘satu permulaan’ bagi masyarakat peribumi Amerika Syarikat dan jentera ini dinobatkan kenderaan sedan mewah paling laris di China.

Pengendaliannya juga cukup mudah apabila sterengnya dengan bantuan sistem elektronik memberi tindak balas yang cepat untuk mengelak lubang atau mengambil selekoh.  Jadi, tangan pemandu tidak cepat lenguh untuk memegang stereng kerana ia lebih ringan daripada sistem konvensional yang menggunakan hidrolik.

Bagi menghidupkan enjin, pemandu hanya perlu menekan butang pada papan pemuka selepas memasukkan kunci yang digabungkan bersama penggera.

Teana 2.0 mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 134 kuasa kuda (hp), manakala 190 Nm bagi kuasa kilasnya, justeru tiada masalah untuk memotong kenderaan lain atau mendaki bukit.

SPESIFIKASI

  1. NISSAN TEANA 200 XE 2.0 L
  2. ENJIN: MR20DE bersesaran 1997 cc.
  3. KUASA MAKSIMUM: 136 PS pada 5,600 rpm.
  4. TORK MAKSIMUM:  190 Nm pada 4,400 rpm
  5. TRANSMISI:  Xtronic CVT dengan enam kelajuan.
  6. TAYAR YANG DICADANGKAN Corak: ContiComfortContact CC5
  7. Saiz yang dicadangkan 215/60 R16 95V FR
  8. CIRI-CIRI KESELAMATAN: ABS, EBD, dan beg udara

HARGA:
RM145,000 atas jalan termasuk insurans 


Cadangan kereta keluarga dan pejabat.

Sep 12, 2011

Chevrolet Captiva di Naza Quest Ampang

Baru-baru ini, Naza Quest memperkenalkan model naik taraf Captiva. Hanya varian petrol sahaja diperkenalkan. Maruan memberitahu, varian diesel akan diperkenalkan menjelang suku keempat tahun in
Captiva dilengkapi unit pembekal kuasa baharu, enjin petrol empat silinder sebaris 2.4 L ECOTEC. Enjin bersesaran 2,384cc itu dilengkapi aci sesondol atas berkembar (DOHC) dan sistem Double Continuously Variable Cam-Phasing (Double CVC). 

Dengan semua penambahan ini, pastinya kuasa maksimum ditingkatkan kepada 123kW berbanding 100kW pada model sebelumnya. Begitu juga dengan tork maksimumnya telah dilonjakkan kepada 225Nm daripada 220Nm.

Jentera yang diimport (CBU) dari Thailand itu dipasang dengan transmisi automatik Tiptronic enam kelajuan dengan ciri Driver Shift Control (DSC).
Rekaan menarik

Bahagian hadapan Captiva menerima solekan baharu. Ini termasuk pengenaan bampar baru dan dua gril yang lebih besar. Di antara kedua-dua gril berkenaan, terpampang lambang tali leher kupu-kupu (bow tie) berwarna kuning keemasan. Sementara bonetnya memiliki rekaan yang lebih tajam.

Turut dikenakan ialah lampu depan projektor prisma dan lampu kabus baru. Bagi cermin sisi pula, bahagian bawahnya dilengkapi dengan lampu isyarat membelok LED.
Bahagian belakang tidak mengalami pembaharuan ketara. Perbezaan cuma dapat dilihat pada lampu belakang dan penggunaan warna krom pada ekzos berkembarnya itu.

Untuk rekaan dalaman, perubahan paling ketara membabitkan integrasi butang kawalan pada stereng Captiva. Bahagian kanan stereng dilengkapi butang kawalan sistem pendingin hawa dan fungsi cruise control. Sebelah kiri pula butang kawalan sistem audio. Konsol tengah jentera itu turut menerima susun atur yang lebih kemas.

Captiva didatangkan dengan dua jenis konfigurasi tempat duduk. Anda boleh memilih sama ada kapasiti lima atau tujuh orang penumpang. Kali ini, material kulit digunakan untuk membalut tempat duduknya. Susun atur tempat duduknya juga lebih mesra pengguna. Tempat duduk barisan ketiga dilengkapi saluran pendingin hawa untuk keselesaan semua.

Model SUV itu mendahului kelas tersendiri dengan teknologi Hill Start Assist. Ciri tersebut membantu mengelakkan Captiva daripada mengundur sewaktu brek dilepaskan ketika mendaki kawasan curam. Turut ditambah ialah Hill Descent Control yang membantunya mengekalkan kelajuan sewaktu menuruni bukit.
Aspek keselamatan tidak dipandang ringan. Captiva sarat dengan ciri-ciri keselamatan. Antaranya, dua beg udara pada barisan hadapan dan bahagian tepi, empat brek cakera ABS, EBD, Traction Control, ESP, ARP dan Self-Levelizer.

Ditawarkan pada harga RM153,888 seunit (termasuk duti import, cukai jualan dan aksesori), Captiva didatangkan dalam enam warna pilihan iaitu coklat, putih, hitam, kelabu, perak dan merah.

Aug 20, 2011

Maklumat Tayar Dan Tips Jaga Tayar

Guna kereta dah 10 tahun, tapi maklumat pada tayar kereta sendiri pun tahu, itu luahan aku sendiri pada diri aku yang langsung tak ambil tahu, apa maklumat yang ditulis pada setiap tayar kereta. Setiap tayar ada speksifikasi dan huruf dan nombor pada tayar kereta atau tayar kenderaan ada maksud yang perlu kita tahu. Panduan dan Tips Jaga tayar ini khas kepada yang belum tahu lagi.


LIHAT NO DAN HURUF PADA TAYAR DI ATAS 165/60R14 .79T.

Nombor 165 yang pertama dalam siri merujuk kepada lebar itu dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. biasanya jika lebih besar nilai angka ini lebih lebar tayar itu.


Nombor 60 menyatakan nisbah aspek (aspect ratio) tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan kelebaran tayar itu.

Huruf “R” merujuk kepada binaan tayar radial dan kesemua tayar kereta menggunakan binaan radial sejak 20 tahun lalu. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 14 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan. Jika ingin menukar kepada tayar dengan diameter lebih besar, anda juga perlu menukar rim kepada diameter sama.

Nombor 79  melambangkan indek keupayaan mengangkut berat tayar itu. Untuk mengetahui berat maksima melambangkan nombor “79″ kami perlu merujuk kepada carta “index keupayaan mengangkut tayar berat” yang ditetapkan diperingkat antarabangsa. sebagai contoh, nombor 79 bermakna tayar mampu memikul berat maksima 237KG / 1 Tayar. Berat maksima merujuk kepada setiap tayar, kita perlu darabkan 4 kali untuk memperolehi kapasiti memikul berat kenderaan dengan empat tayar. (contoh: 237 x 4 = 948 kg)



Huruf “T” yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan T dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 190 km/j. Dibawah adalah senarai carta kelajuan maksimum seperti yang dilambang oleh setiap huruf abjad.

S – 180 km/j
T – 190 km/j
U – 200 km/j
H – 210 km/j
V – 240 km/j
Z – melebihi hadlaju 240 km/j
W – 270 km/j
Y – 300 km/j

Untuk tayar yang mempunyai keupayaan mengatasi kelajuan 270 km/j, huruf ZR akan digunakan.


TIP JAGA TAYAR KERETA

Anda boleh semak maklumat tekanan yang sesuai pada tayar kereta, rujuk stiker tepi pintu atau manual kereta. 

Tayar juga mempunyai sifat yang sama seperti belon, tekanan angin dalam tayar akan berkurangan sebanyak 10 hingga 20 kPa dengan sendirinya setiap bulan.

Pengurangan 10 kPa adalah bersamaan dengan berat seorang penumpang seberat 70 kilogram (kg).
Secara tidak langsung, kereta kita dibebankan tanpa disedari. Ia bukan sahaja membahayakan pemandu dan penumpang, malah meningkatkan kos penyelenggaraan dan merosakkan tayar.

Pengabaian tekanan tayar oleh pengguna sering berlaku akibat kurangnya pengetahuan mengenai kelebihan menggunakan tayar bertekanan sesuai.

Alat ATPC Membantu anda menyemak tekanan angin kereta anda, 

Menurut Sivarao, ATPC akan mengeluarkan bunyi bagi memberitahu pengguna apabila tekanan yang sesuai telah dicapai.
"Pengguna tidak perlu tahu berapa nilai yang mereka perlu tetapkan di kios angin.

ATPC akan mengeluarkan bunyi apabila tekanan yang sesuai dicapai.


"Mereka boleh menetapkan sebarang nilai yang dikehendaki misalnya 500 kPa," katanya.

Selain itu katanya, ATPC ini juga mampu mengeluarkan tekanan berlebihan dalam tayar ke nilai sepatutnya secara automatik tanpa sebarang alat bantuan yang lain sekiranya berlaku over inflation.

Aug 16, 2011

Kereta Paling Mahal Dan Laju 2011


Bugatti veyron adalah kereta paling laju 267 MPH. Top Speed : 267 mph, Top Speed Time:  0-60 in 2.5 secs. Engine: Aluminum, Narrow Angle 8 Liter W16 Engine with 1200 hp,  Price: RM 5 Million . Ia merupakan kereta paling mahal di dunia dengan harga mencecah 5Million. Wow wow, mahalnya, aku hanya mampu masuk gambar dalam blog aku sahaja. Tak mungkin memilikinya.




Apa macam boleh beli ke........................... ? he he

Kereta paling laju 2011 Bugatti Veyron


Kereta paling laju 2011 ialah Bugatti Veyron
Top Speed : 267 mph
Top Speed Time:  0-60 in 2.5 secs.
Engine: Aluminum, Narrow Angle 8 Liter W16 Engine with 1200 hp,
Price: RM 5 Million

Naza Keluar T73 Sedan 2012

Naza Group menjangkakan melancar T73 sedan awal tahun 2012, kata Pengarah Pengeluaran Naza Automotive Manufacturing Sdn Bhd Roslan Abd Ghani.Beliau berkata kilang Gurun Naza sedang menunggu mesin pemasangan untuk memasang sedan berkenaan."Kereta berkenaan akan dipasang di kilang itu tidak lama lagi.

"Pengeluaran akan bermula pada suku ketiga," kata Roslan pada majlis beruka puasa bersama anggota media di sini semalam.

Menurut laporan baru-baru ini, T73 sedan, nama kod kereta itu, adalah berasaskan 308 hatchback dan nama "408" belum dipastikan lagi untuk pasaran Malaysia.

Roslan berkata kilang Gurun mempunyai kapasiti untuk menghasilkan sehingga 50,000 unit setahun menerusi dua giliran kerja.

Kilang itu kini mengeluarkan 16,000 unit menerusi satu giliran kerja, yang membabitkan 1,000 petugas.

"Tahun ini, kami menyasarkan sebanyak 16,000 unit, yang ditetapkan Oktober tahun lepas. Kami akan mengkaji jumlah terbaik pengeluaran kilang itu untuk tahun depan," katanya.

-- BERNAMA

Aug 4, 2011

Myvi Baru Perodua dapat 4 bintang

Myvi Baru Perodua dapat 4 bintang ole Program Penilaian Kenderaan Malaysia Malaysia (MyVAP) oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS). Myvi mempunyai cukup syarat untuk dapat 4 bintang. Myvi baru adalah antara kereta nasional yang popular di Malaysia.

Dalam satu kenyataan Rabu, Pengarah Urusannya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata penarafan berkenaan akan menambah keyakinan pembeli terhadap ciri-ciri keselamatan model itu.




"Ini merupakan model kedua Perodua selepas Alza menerima penarafan empat bintang MyVAP," katanya.

Aminar Rashid berkata penarafan itu membuktikan Myvi mencapai standard keselamatan yang tinggi yang juga mematuhi protokol tertentu Program Penilaian Kereta Baru Euro (ENCAP).

Beliau berkata penilaian MyVAP menumpu kepada tiga teras iaitu keselamatan aktif, keselamatan pasif dan 11 item di bawah Peraturan Suruhanjaya Ekonomi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Eropah (UNECE).

"Bagi 11 item di bawah Peraturan UNECE termasuk keserasian elektro-magnetik, brek, dalaman, jangkaan luaran, peranti amaran pendengaran, halangan risiko kebakaran, speedometer, cermin pandangan belakan, kuasa stering, indikator dan visi hadapan," katanya.

Aminar Rashid berkata ujian dan pensijilan dijalankan oleh badan akreditasi ENCAP, IDIADA dan homologasi Eropah TUV Rheinland dan rakan teknologi Perodua, Daihatsu Motor Co Ltd mulai November tahun lepas hingga Julai 2011.

"Keputusan ujian dan pensijilan dinilai dan disahkan oleh Miros pada akhir Julai 2011," katanya.

MyVAP, dimulakan oleh Miros, merupakan program bagi menilai tahap keselamatan kenderaan di Malaysia dengan meningkatkan kesedaran di kalangan pemilik kereta tempatan bagi memiliki kenderaan yang selamat.



-- BERNAMA

Aug 2, 2011

Mitsubishi Lancer Sportback RA Edition


PENGIMPORT dan pengedar kenderaan Mitsubishi di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia, (MMM) baru-baru ini melancarkan model Mitsubishi Lancer Sportback RA Edition. Berdasarkan kepada model Lancer Sportback 2.4 yang diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun, Edisi RA eksklusif ini hanya ditawarkan sebanyak 100 unit sahaja.

Edisi RA menambah pakej sporty yang sudah sedia ada pada model Lancer Sportback menerusi pelbagai aksesori Ralliart, jenama untuk produk Mitsubishi yang mempunyai kaitan dengan sukan bermotor.
Dihasilkan buat peminat tegar Ralliart, setiap Lancer Sportback Edisi RA hadir bersama pakej aksesori eksklusif yang meliputi tempat duduk kulit Nappa dengan rekaan sporty, rim aloi, diffuser belakang, plat Ralliart, stiker, kamera mengundur, bampar hadapan, emblem Ralliart dan banyak lagi.

Model ini ditawarkan pada harga RM137, 980 seunit di atas jalan termasuklah insurans. Ia didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu biru, putih dan hitam. Pelanggan juga akan menikmati jaminan selama tiga tahun atau perbatuan 100,000 kilometer (km), selain pakej penyelenggaraan percuma selama dua tahun daripada Mitsubishi.

Apa yang pasti, penampilan sporty Lancer Sportback dipertingkatkan melalui penggunaan bampar hadapan Ralliart dan logonya yang memang terkenal itu. Sementara gegelang pada lampu kabus membuatkannya menyerlah biarpun lampunya belum dinyalakan.

Bagi nampak sepadan, bahagian belakang dipasang dengan unit diffuser pada bahagian bawah bampar. Manakala rim aloi bersaiz 18 inci dicat dengan warna Gun Metal.

Ciri sporty itu diteruskan hingga ke bahagian kabin. Plat Ralliart edisi khas tahan calar diletakkan pada setiap pintu. Pemandu dan penumpang juga pasti berpuas hati dengan keselesaan yang ditawarkan oleh tempat duduk kulit Nappa tersebut. Untuk membantu pemandu ketika memarkir kenderaan, kamera mengundur disediakan.

Sejak dilancarkan ke pasaran tempatan pada akhir tahun lalu, Lancer Sportback merupakan hatchback lima pintu yang popular dalam rangkaian model Lancer.

Jul 29, 2011

Proton model baru P3-21A

PROTON Holdings Bhd, yakin dapat mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran kenderaan penumpang tahun ini, dan kini akan memberi penekanan lebih hebat terhadap kepuasan penggunanya. Proton telah kuasai pasaran tempatan 32% dan menjual 85,000 unit kereta. Proton P3-21A dijangka akan muncul awal 2012. Sama-sama kita tunggu proton P3-21A. proton P3-21A. proton P3-21A.

Berikutan itu, pengeluar kereta nasional itu mahu lebih konsisten dari aspek mutu pengeluaran model barunya, terutama menjelang persiapannya untuk mengeluarkan kereta global sulungnya, P3-21A awal tahun depan.
Pengarah Urusannya, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata syarikat itu sangat berpuas hati dengan pencapaian enam bulan pertama tahun ini yang menyaksikan PROTON menguasai 32 peratus pasaran domestik dengan menjual kira-kira 85,000 unit kenderaan sepanjang tempoh itu.

Kami gembira dengan kedudukan itu, tetapi mahu meneruskan pencapaian sedemikian dengan cara meningkatkan tahap kualiti setiap model baru ditampilkan PROTON.

“Ia sejajar dengan kedudukan semasa syarikat yang menyaksikan meningkatnya penerimaan terhadap jenama PROTON berbanding beberapa tahun lalu, justeru kepuasan pelanggan menjadi keutamaan kami selepas ini,” katanya selepas melancarkan sambutan ‘1 Perayaan Proton’ sempena menyambut kedatangan Ramadan, Syawal, Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia di Subang Jaya, semalam.

Syed Zainal Abidin berkata, berikutan meningkatnya penerimaan pengguna ke atas jenama PROTON, kumpulan itu kini menerapkan slogan baru iaitu ‘Komited Menjadi Lebih Baik’ sebagai teras memenuhi kehendak pelanggan.

“Kita tidak saja mahu menjadi nombor satu dari segi kuantiti tetapi mahu menjadi nombor satu dari segi kualiti,” katanya.

Terbaru, katanya PROTON menerima maklum balas cukup memberangsangkan terhadap pelancaran model baru dipertingkatkan iaitu Saga FLX.

“Berdasarkan maklum balas selama dua hari ini, kami menerima pujian kerana menunjukkan komitmen untuk memenuhi permintaan pengguna dengan memperkenalkan teknologi baru yang menjimatkan penggunaan bahan bakar,” katanya.

Mengenai persediaan ke arah memperkenalkan kereta global sulung PROTON, Syed Zainal Abidin berkata, syarikat itu akan memastikan tujuh nilai teras akan diterapkan pasukan pengurusan dan kakitangannya menjelang pengeluaran pertama pada Februari tahun depan.

Tujuh nilai teras itu katanya ialah kualiti, fokus pelanggan, inovasi, kerja berpasukan, kepantasan, keprihatinan dan jujur.

Model kereta global sulung PROTON itu difahamkan adalah daripada model Proton Tuah iaitu satu daripada kereta konsep yang ditampilkan pada Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2010 (KLIMS) akhir tahun lalu. 16 sep 2011 proton di jangka keluar model baru,

Model itu adalah kereta konsep sedan baru yang dikatakan menggantikan pengeluaran kereta Proton Persona serta berada pada kelas sama seperti model kereta Toyota Corolla Altis atau Honda Civic.

Berikutan minat tinggi yang ditunjukkan pengguna ke atas kereta konsep berkenaan, PROTON akan menampilkan semula barisan kenderaan itu yang terdiri daripada siri Pahlawan (Tuah, Jebat, Lekir, Lekiu dan Kasturi), Emas, Saga EV dan Exora REEV pada perarakan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

Jul 21, 2011

Panduan Dan Tip Beli Kereta Terpakai

Panduan dan tips membeli kereta terpakai ini, khusus membantu anda membeli kereta terpakai di kedai atau dengan sahabat anda, Jika anda tiada kawan yang kerja mekanik kereta, tips ini amat berguna untuk anda yang bercita-cita nak pakai kereta terpakai atau used car. Jika anda mempunyai rakan mekanik ini satu bonus ketika mencari dan membeli kereta terpakai.


Tip Dan Panduan Membeli Kereta Terpakai

1. Langkah pertama buka penutup depan untuk melihat enjinnya. Enjin kereta itu sepatutnya bersih, tetapi tidak semestinya sampai berkilat.

2. Kemudian duduk di tempat duduk kereta itu dan cuba rasakan keselesaannya. Kereta yang anda pilih mestilah sesuai dan selesa untuk anda. Steringnya mestilah hanya dapat digerakkan dalam jarak dua inci pada keadaan biasa dan tidak ada sebarang bunyi apabila memusingkannya.

3. Periksa penyelaras tempat duduk, kunci pintu, penaik cermin tingkap, hon, lampu, lampu isyarat, radio dan semua kelengkapan yang ada. Sesetengahnya mungkin tidak penting, tetapi ia mungkin dapat menunjukkan kepada anda bagaimana kereta itu dijaga.

4. SELEPAS itu hidupkan enjin. Ia sepatutnya hidup dengan cepat dan kemudian beransur-ansur perlahan. Biarkan selama satu atau dua saat sebelum anda menekan pedal minyak. Lihat asap yang keluar di belakang. Asap biru bermakna enjin dioverhaul sepenuhnya. Jika asap hitam bermakna karburatornya tidak sesuai.

Asap putih tidak menandakan kecacatan apa-apa jika enjin dalam keadaan sejuk, tetapi jika enjin telah panas ini bermakna kepala gasket bocor. Ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Oleh itu jangan beli kereta itu. Enjin yang kuat bergegar juga menunjukkan kereta itu tidak begitu baik untuk dibeli. Setelah enjin dipanaskan, matikan sekejap dan cuba anda sapu jari anda ke dalam ekzos (pastikan ekzos itu tidak panas). Keladaknya sepatutnya berwarna kelabu keputih-putihan. Jika ia berwarna hitam atau berminyak, ketepikan saja kereta itu.

5. Hidupkan enjin semula dan periksa minyak di dalam transmision automatik. Ia mestilah bersih tanpa ada bau terbakar

6. JURUJUAL mungkin cuba meyakinkan anda bahawa membuat uji pandu dalam jarak yang dekat seperti di sekitar sebuah bangunan sudah memadai. Ini tidak benar. Nyatakan kepadanya anda mahu membuat ujian jalan raya terhadap kereta itu. Jika jurujual itu tidak begitu berminat. Cari saja kereta di tempat lain.

Jalan yang anda rancang untuk dilalui mestilah termasuk jalan kering, jalan yang lengang, jalan berbukit, jalan tidak rata dan ruang letak kereta yang kosong. Semua meter pengukur mestilah berfungsi dengan baik terutama meter tekanan minyak dan suhu enjin. Jika tidak jangan beli kereta itu.

Pandulah ke jalan raya yang lengang dan tingkatkan kelajuan hingga 56 kmj, tranmision automatiknya mestilah bertukar tanpa sebarang bunyi atau tersentak-sentak. Jika kereta itu mempunyai sistem penukaran tangan, ia sepatutnya tidak melekat-lekat atau berkertak.

Perlahankan kereta itu hingga 10 kmj dengan mengenakan brek secara perlahan-lahan. Pastikan tidak ada sebarang bunyi. Kereta itu juga mestilah menjadi perlahan dalam keadaan lurus, tanpa terpusing ke kanan atau ke kiri.

· TINGKATKAN kelajuan hingga 25 - 30 kmj kemudian tekan brek secara mengejut (pastikan tiada kereta lain dibelakang anda). Kereta itu mestilah berhenti dengan cepat tanpa terpusing. Di dalam ruang letak kereta yang kosong dan rata, tekan brek hingga kereta itu betul-betul berhenti.

Tukar kepada gear undur dan undur pada kelajuan 6 kmj. Kemudian tekan brek hingga berhenti, tukar kepada gear depan dan seterusnya. Lakukan ini empat atau lima kali untuk menguji transmision. Semua penukaran mestilah lancar tanpa ada sebarang bunyi.

Pandu dalam corak nombor 8 untuk menguji tindak balas stering. Jika stering agak liat, ia mungkin berpunca daripada linkage atau sistem gantungan depan. Jangan beli kereta itu kecuali anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.

7. Masih di dalam ruang letak kereta yang kosong. Tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 30kmj dan lepaskan tangan dari stering selama beberapa saat. Kereta itu mestilah bergerak lurus dan tidak terbabas. Kemudian tekan brek perlahan-lahan tanpa memegang stering. Kereta itu juga mesti berhenti dalam keadaan lurus. Jika ia terpusing, nyatalah kereta ini ada masalah. Pastikan anda diberi jaminan bahawa masalah itu akan dibaiki.
· KEMUDIAN pandu kereta itu di jalan tidak rata yang anda pilih. Jangan beli kereta yang terlalu kuat bergegar atau melambung-lambung. Kereta itu mungkin mempunyai penyerap hentak spring atau bahagian-bahagian sistem gantungan yang rosak.

8. Ketika mendaki bukit. Tingkatkan kelajuan sehingga kira-kira 60 kmj. Kereta itu mestilah tidak tersangkut-sangkut. Jika hal ini berlaku, ini bermakna kereta itu mempunyai transmission yang rosak. Turun hingga ke pertengahan bukit, tukar kepada gear bebas dan pasang brek tangan. Kereta mestilah tetap apabila anda melepaskan kaki anda daripada pedal brek.

9. Setelah itu balik ke jalan raya biasa, hentikan kereta anda perhatikan ke belakang sebelum meneruskan perjalanan semula dan tingkatkan kelajuan hingga kira-kira 80kmj. Peningkatan kelajuan mestilah lancar dan pastikan tiada asap keluar di belakang dan tidak ada sebarang bunyi yang menunjukkan enjin tidak begitu baik. Jika pecutan (peningkatan kelajuan) mengambil masa lebih 15 saat, ini bermakna enjin tidak begitu baik dan mungkin memerlukan pembaikan dengan perbelanjaan yang mahal.

10· KEMBALI semula ke ruang letak kereta. Setelah memasuki ruang letak kereta, biarkan enjin selama beberapa minit. Kemudian perhatikan ke bawah kereta sama ada terdapat titisan minyak atau tidak. Angkat penutup enjin dan periksa enjin sekali lagi untuk melihat sebarang kebocoran. Suruh jurujual memandu kereta tersebut melintasi ruang-ruang itu dan kemudian berpatah balik ke arah anda. Perhatikan sebarang keganjilan yang kelihatan pada kereta itu, sama ada bunyinya atau kawalannya.

Ada baiknya anda membawa kereta itu kepada seorang mekanik. Bawalah kereta itu ke stesen servis. Mekanik itu mungkin dapat meneliti beberapa kerosakan yang anda sendiri tidak nampak serta memastikan sama ada kerosakan yang anda kesan itu benar-benar serius atau tidak.

Mereka juga boleh membuat ujian tekanan terhadap enjin untuk memeriksa ring atau injap. Sebelum anda membuat pilihan periksa dulu geran kereta itu atau dokumen-dokumen lain. Nombor enjin dan lain-lain mestilah betul. Jangan sampai anda terbeli kereta curi.

Petikan daripada Berita Minggu
dan di olah sendiri berdasarkan pengalaman

Jul 18, 2011

Gambar Lotus Sports Baru 2011


PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meninjau dari dekat salah satu model kereta sports keluaran LOTUS ketika mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat LOTUS Group, di Norwich, England, hari ini - BERNAMA JulI 2011



Jul 17, 2011

LOTUS Bakal Dapat 480 Juta Paun


NORWICH, 17 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan bersetuju dengan pelan pemulihan Group Lotus memandangkan ia boleh dilaksanakan dan dicapai.

Beliau diberi taklimat mengenai pelan berkenaan semasa lawatan ke ibu pejabat Group Lotus di sini pada Sabtu. Group Lotus, anak syarikat milik penuh pembuat kereta nasional, Proton Holdings Bhd, dijangka mengeluarkan kereta sports baharu di bawah pelan berkenaan.

Najib berkata pada mulanya timbul juga sedikit rasa curiga disebabkan jumlah pelaburan yang besar diperlukan.

"Tetapi saya pulang sebagai penyokong kuat pelan pemulihan ini.

"Ingin saya nyatakan yang anda mendapat persetujuan daripada kerajaan Malaysia dan juga lembaga Khazanah Holdings untuk meneruskan pelan pemulihan ini," kata beliau pada majlis yang diadakan sempena lawatan beliau di sini.

Jumlah pelaburan yang diperlukan untuk pelan pemulihan lima tahun Group Lotus itu ialah 480 juta pound.

Najib berkata beliau mendapati tahap profesionalisme dan semangat yang tinggi di kalangan mereka yang terlibat.

Perdana Menteri berkata, beliau mendapati pelan tersebut boleh dilaksanakan dan dicapai.

"Ia mungkin suatu yang terlalu bersemangat, bercita-cita tinggi atau malah terlalu berani, tetapi bukan seperti menetapkan sasaran yang perlu diusahakan dengan lebih dan mencapai apa yang anda rasa tidak boleh dicapai," kata beliau.

Najib melawat kemudahan Lotus itu dengan diiringi antara lain oleh Pengerusi Proton Holdings Bhd Datuk Seri Mohd Nadzmi Mohd Salleh, Pengarah Urusan kumpulan Proton Holdings Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus Dany Bahar.

Lawatan Najib ke Norwich berlangsung sehari selepas beliau mengakhiri lawatan rasmi selama empat hari ke United Kingdom atas jemputan Perdana Menteri British David Cameron.

-- BERNAMA

Mercedes-Benz S 350 L BlueEFFICIENCY dan S 500 L BlueEFFICIENCY

Model Mercedes Benz S350 L BlueEFFICIENCY mampu menjana kuasa kuda sebanyak 306 @ 6,500rpm dan kuasa kilas maksimum ialah 370Nm @ 3500-5250rpm. Ia berupaya memecut dari 0 km kepada 100 kilometer sejam (km/j) dalam tempoh 6.9 saat sahaja. Kelajuan maksimumnya ialah 250 km/j dan dihadkan secara elektronik.


Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Mercedes-Benz Car, Mercedes-Benz Malaysia, Kai Schlickum berkata, model sebelum ini hanya berupaya menghasilkan sebanyak 272hp dan tork 350Nm.
“Enjin terbaharu S350 L BlueEFFICIENCY hanya menggunakan sebanyak 7.6 liter petrol untuk setiap 100 kilometer (km). Pengurangan sebanyak 2.4 liter berbanding model sebelumnya.

“Ini menjadikannya jentera paling ekonomikal dalam kelasnya. Kadar emisi karbon dioksida pula telah diturunkan sebanyak 23.5 peratus kepada 179 gram setiap km,” katanya pada majlis pelancaran kedua-dua model itu baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pengurus Pengurusan Produk Mercedes-Benz Malaysia, Michael Chew.
Untuk model S 500 L BlueEFFICIENCY pula, ia didatangkan dengan enjin turbo kembar V8 yang dapat menghasilkan 435hp. Tork maksimum ialah 700Nm. Peningkatan sebanyak 32 peratus berbanding model sebelumnya.

“Model ini menggunakan 9.3 liter petrol untuk 100 km. Pecutan dari 0 km kepada 100 km/j hanya mengambil masa lima saat. Kelajuan maksimum ditetapkan pada 250 km/j. Kadar emisi pula sebanyak 219 gram setiap km,” jelas Schlickum.

Menyentuh mengenai aspek keselamatan, Schlickum memberitahu, model S-Class kini dilengkapi dengan kamera baru dan radar sistem pembantu pemandu, Speed Limit Assist, Attention Assist Drowsiness Detection dan Adaptive Highbeam Assist.

Kedua-dua model tersebut turut dilengkapi dengan ciri Night View Assist Plus menerusi kamera infra merah yang berupaya mengesan pejalan kaki pada waktu malam.

“Sejak diperkenalkan pada tahun 1951, Mercedes-Benz sudah menjual sebanyak 3.3 juta unit siri S-Class.
 Untuk pasaran tempatan, S-Class merupakan peneraju pasaran dengan mewakili 53 peratus pegangan dalam segmen tersebut.

“Pesaing terdekat kami ialah model 7 series BMW,” akui Schlickum. Beliau juga menyatakan bahawa pihaknya sudah menerima tempahan awal kira-kira 10 unit model S-Class, namun tidak memberikan pecahan model berkenaan.

Tahun lalu Mercedes-Benz Malaysia merekodkan jualan sebanyak 5,003 unit kenderaan, meliputi semua model dalam pasaran tempatan. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 250 sehingga 300 unit merupakan model S-Class.

Sewaktu membentangkan produk S-Class, Chew menjelaskan semua model S 500 L BlueEFFICIENCY dilengkapi dengan pakej AMG Sport. Ia didatangkan sebagai pakej standard.
Antaranya termasuklah rim aloi bersaiz 20 inci, kit badan AMG, cakera depan lebih besar, pedal tahan karat sport dengan stad getah dan karpet lantai kereta AMG.


Harga

Kedua-dua model CKD berkenaan dipasang di kilang Mercedes-Benz yang terletak di Pekan, Pahang. Mercedes-Benz S 350 L BlueEFFICIENCY dan S 500 L BlueEFFICIENCY ditawarkan pada harga RM840,888 dan RM1,056,888 seunit.

Maklumat lanjut, sila layari laman www.mercedes-benz.com.my.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...