Dec 19, 2011
PRU 13 awal tahun 2012
Tarikh PRU 13 semakin hangat dan dekat. Ramalan dan desas desus PRU 13 semakin dekat. Saya jangkakan PRU 13 awal 2012. Kempen di TV semakin rancak, progran Dato Najib dan BN padat, akhbar dan blog semakin hangat membincangkan pilihan raya 13. SPR pun bersiap sedia.
Dakwat kekal sudah di lulus diguna pada PRU13. Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya sedang mengambil langkah melaksanakan keputusan itu dengan kerjasama Jabatan Peguam Negara bagi mengelak sebarang pertikaian undang-undang pada masa depan.
Pendapat-pendapat terkini dari pemerhati politik juga perlu diambil kira. Terbaru, Tun Mahadtir menasihatkan agar PRU ke 13 diadakan pada 2012, dan tentunya beliau merasakan bahawa aura sokongan rakyat terhadap BN belum lagi berada di kemuncaknya pada ketika ini. Pendapat ini juga harus diberi perhatian, kerana Tun M, bekas perdana menteri yang juga seorang pakar strategi yang tidak perlu kita persoalkan lagi.
Tarikh yang sesuai ialah cuti sekolah penggal pertama. Ini kerana sekolah akan digunakan sebagai tempat mengundi.
Labels:
Politik
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.