Fakta 1
KUMPULAN Felda Global (Felda Global) menegaskan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia tidak akan membabitkan pajakan tanah milik peneroka sebaliknya hanya tanah di bawah kelolaan kumpulan. Presidennya, Datuk Sabri Ahmad berkata, keseluruhan tanah yang dimiliki Felda adalah sekitar 860,000 hektar dengan anggaran 500,000 hektar adalah di bawah pemilikan peneroka.
“Tanah yang diuruskan Felda adalah sebanyak 360,000 hektar dan bahagian ini yang akan dipajakkan kepada FGVH. “Malah, pihak pengurusan tidak akan mengganggu tanah kepunyaan peneroka,” katanya selepas sidang media penemuan kaedah jangkitan Ganoderma di Pusat Bioteknologi Felda di Sepang, semalam.
Menurutnya, peneroka tidak seharusnya bimbang dengan urusan penyenaraian berkenaan berikutan ia akan memberi faedah jangka panjang kepada mereka.
“Melalui penyenaraian ini, pemegang saham utama iaitu Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan mendapat manfaat melalui dividen yang lebih tinggi setiap tahun, bergantung pada harga pasaran.
Fakta 2
KUALA LUMPUR: Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) akan mendapatkan butian terperinci mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) secepat mungkin untuk diterangkan kepada anggota peneroka, kata Timbalan Presidennya Tan Sri Rozali Ismail.
Fakta 3
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, penyenaraian tersebut hanya akan membuatkan nasib peneroka terumbang ambing kerana yang akan mendapat keuntungan besar melalui penyenarain itu ialah syarikat-syarikat besar.
"Kebimbangan kita mengenai perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Walapun ucapan Perdana Menteri terlalu pendek tapi bila (Najib) sebut FGVH akan disenaraikan dan kononnya peneroka mendapat "durian runtuh", ini bukan durian runtuh tapi "bala" yang akan diterima peneroka.
Presiden Anak, Mazlan Aliman dedah penyelewengan Felda, betul ke? Sirius ni, kenapa jadi macam tu sekali, jom lihat video ini.
"Yang dikatakan "durian runtuh" itu mungkin saham percuma kepada peneroka...mungkin jumlahnya sepuluh hingga 15 ribu tapi barang diingat, bila FGVH disenaraikan di BSKL, ekuiti Bumiputra akan berakhir sebab penyenaraian ini membolehkan pelbagai syarikat besar untuk melabur di Felda," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.
Fakta 4
USAHA kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia merupakan transformasi fasa keempat Felda, yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penyenaraian itu bukan sahaja memberi rahmat kepada peneroka, bahkan kepada seluruh rakyat di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan warga peneroka Felda supaya tidak percaya dengan surat layang pembangkang yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima setelah penyenaraian FGVB di Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun depan.
“Saya ingin jelaskan, ini adalah kerja jahat pihak pembangkang. Kita tak akan buat sesuatu yang merugikan. Felda tak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya.
MB Pahang Kata apa
Bila nak dialog
Isunya apa?
Isunya ialah ketidakpercayaan orang Felda terhadap bisnes ini, samada untung atau rugi. Mereka juga bimbang jika disenaraikan di Bursa saham KL, semua orang boleh beli saham, termasuk orang luar dan bukan melayu. Ia satu risiko jika Bisnes ini rugi, Jika ia menguntungkan maka orang felda akan kaya. Pihak Kerajaan kena jelaskan dan beri keyakinan, jika betul ia menguntungkan, Kerajaan kena jelaskan segera, kena ambil kira pandangan semua pihak termasuk PAS, ANAK, UMNO, ORANG FELDA. Pemimpin jangan ego, ini soal masa depan dan maruah.
SUDAH terang lagi bersuloh. Penyenaraian FGVH bakal menjadikan peserta Felda usahawan moden tanpa perlu lagi menyodok tandan sawit. Cina kaya raya kerana modal mereka datang dari Melayu yang membeli saham di Bursa Malaysia. Semua orang berebut2 nak masuk Bursa Malaysia kerana di situ ada duit. Tak payah pinjam bank. Kalau orang Melayu tak setuju Felda masuk Bursa Malaysia tetapi pada masa yang sama orang Melayu beli saham itu dan ini termasuk ASN, ASB dan sebagainya, bererti orang Melayu sudah diperbodohkan Cina. Orang Cina memang tak suka Felda masuk bursa sebab boleh bagi kaya untuk Melayu. Cina jadi takut dan cuba 'cucuk' talibarut mereka dalam PAS supaya menentang FGVH habis-habisan. Inilah hasil siasatan James Bond Bukit Aman. Untuk itu, jadilah Melayu yang tidak mudah terpedaya dengan hasutan Mazlan Aliman kerana beliau sendiri tidak menyedari dia diumpan oleh Cina untuk menentang penyenaraian habis-habisan. (laporan dari Polis Pencen)
ReplyDeletesaya nampak macam ada krisis keyakinan tentang felda.
ReplyDeleteKrisis keyakinan yang berlaku di kalangan peneroka Felda berpunca daripada hasutan PAS dan PKR menerusi A.N.A.K. Mereka sebenarnya berjuang atas isu Kadar Perahan Gred (KPG) Sawit. Benar KPG bermasalah dan perlu diselesaikan. Tetapi tak perlu mengheret FGVH sekali. Namun apabila PAS berkempen, semua sampah sarap dilonggokkan bersama. Penyudahnya peneroka pening kepala. Bila pilihan raya tamat nanti, parti pembangkang tutup mulut dan peneroka akan terus menderita kebingungan kerana menjadi mangsa politik. Itu jauh lebih parah daripada krisi keyakinan.
ReplyDeleteKenapa melayu jadi begini
ReplyDeleteSalam peneroka. Saya juga melihat isu FELDA Vs PENEROKA ada kaitan dengan krisis keyakinan. Isu ini sudah menjadi kudis dan nanah sejak puluhan tahun tetapi peneroka tidak ada corong suara untuk melahirkan bicara atau menyampaikan isi hati yang terbuku sekian lama. Kudis dan nanah membusung hingga peneroka menjadi kebal dan lali. Hanya sejak setahun dua yang lalu timbulnya NGO seperti ANAK dan BAPAK yang dipayungi oleh bendera parti yang berbeza. Lepas itu muncul BANGKIT dan GEMPAK bagi menambah kebingitan suasana Felda. Masyarakat peneroka tergamam dengan kemunculan beberapa NGO ini. Masing-masing mendakwa lebih hebat dari NGO yang lain. Dakwa dakwi dan cakar mencakar antara NGO sudah mula berlaku menyebabkan peneroka sekali lagi tergamam. Siapa betul siapa salah, peneroka tak tahu. Felda tersenyum lebar apabila di kalangan NGO sudah saling bercakaran. Peneroka terus kepeningan.... inilah yang dikatakan KRISIS KEYAKINAN sudah pudar dan kian malap. (IKHLAS DARI PENEROKA FELDA)
ReplyDeleteSemua krisis dan perjuangan membela Felda akan untungkan peneroka juga
ReplyDeletepandangan saya ini langkah yg amat baik.
ReplyDeleteaset sedia ada felda utk faedah peneroka asal n pulangan dividen terhad. dgn adanya kpf2 yg meneroka peluang n industri baru adalah amat tepat utk felda masuk bskl bertujuan utk kumpul dana n buka peluang baru perniagaan yg diuruskan oleh tenaga profesional pelaburan n mencipta peluang perniagaan bagi perkembangan kemajuan kpf2 . kpf2 adalah utk generasi selepas peneroka asal. kpf1 akan jadi tepu dan berkahir menjadi bank seperti bank rakyat . ini plan yg baik utk disokong.
nasir mohamad kurang faham:kite sedia maklum sebelum penyenaraian (FGVH) setiap peneroka boleh membeli 250k unit saham felda dgn harga rm1 seunit...Soalan saya selepas tersenarai (FGVH) adakah saham yg dimiliki akan mengikut harga pasaran sekiranya hendak menjual saham2 tersebut?
ReplyDelete