Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Apr 11, 2012

Gempa bumi di sumatera, gegar barat semenanjung

Gempa bumi di sumatera, gegar barat semenanjung
Gempa bumi di sumatera, gegar barat semenanjung, antara negeri terlibat, Perlis, Kedah, Penang, Perak, KL dan kawasan berhampiran. Rakan FB saya melaporkan mereka merasa gegaran. Saya di Perlis juga merasa gegaran sebentar tadi, belaku dalam pukul 4.38 petang dan gegaran belaku hingga 4.50 petang 11 apr 2012.

Sumber melaporkan bahawa M8.7 - off the west coast of northern Sumatra 2012-04-11 08:38:38 UTC

Masa berlaku

  1. 2012-04-11 08:38:38 UTC
  2. 2012-04-11 14:38:38 UTC+06:00 at epicenter
  3. 2012-04-11 16:38:38 UTC+08:00 system time

Bandar terdekat

  1. 368km (228mi) W from Sinabang, Indonesia
  2. 392km (243mi) WSW from Meulaboh, Indonesia
  3. 433km (269mi) SW from Banda Aceh, Indonesia
  4. 464km (288mi) SSW from Sabang, Indonesia
  5. 961km (597mi) W from Kuala Lumpur, Malaysia


Sumber : http://earthquake.usgs.gov/earthquakes/eventpage/usc000905e#summary

Mar 19, 2012

Buku Indonesia yang diharamkan KDN Malaysia

Buku Indonesia yang diharamkan KDN Malaysia
Buku Indonesia yang diharamkan KDN Malaysia. Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran Abdul Aziz Mohamed Nor berkata buku yang diharamkan ialah "Pengantar Ilmu-ilmu Islam", "Dialog Sunnah Syi'ah" dan "Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah".

Buku "Pengantar Ilmu-ilmu Islam" ditulis oleh Murtadha Muthahhari dan diterbitkan Pustaka Zahra dari Jakarta manakala "Dialog Sunnah Syi'ah" ditulis oleh A.Syarafuddin Al-Musawi dan diterbitkan Penerbit Mizan PT Mizan Pustaka
dari Bandung.

"Tafsir Sufi Al-Fatihah Mukadimah" pula ditulis oleh Jalaluddin Rakhmat dan diterbitkan PT Remaja Rosdakarya, juga dari Bandung.

Sumber Sinar Harian

Mar 17, 2012

Pilihanraya ke 13 pada 3 Jun 2012

Pilihanraya ke 13 pada 3 Jun 2012
Pilihanraya ke 13 pada 3 Jun 2012, demikian kata penganalisis tempatan dan luar negara. Dengan memetik empat sumber yang tidak mahu namanya didedahkan, Bloomberg melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual bercakap di hadapan sekitar 4,000 orang kakitangan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, khususnya dari Jabatan Penerangan, yang akan membantu menyelia perjalanan pilihan raya yang akan dikendalikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Salah satu tarikh yang disyorkan ialah 3 Jun, demikian menurut tiga pegawai dipetik laporan portal Bloomberg.

"Kesemua petanda menuju ke arah pilihan raya pada akhir Mei atau awal Jun ini," kata Ong Kian Ming, penganalisis politik dari UCSI.

Mar 2, 2012

40 individu paling kaya di Malaysia

40 individu paling kaya di Malaysia
NILAI gabungan kekayaan 40 individu paling kaya di Malaysia tahun lalu meningkat sebanyak AS$2.3 (RM7 bilion) kepada AS$64.4 bilion (RM192 bilion) daripada tahun sebelumnya, demikian mengikut senarai terbaru majalah kewangan dan perniagaan Forbes. List dari majalah Forbes klik sini
----------------------------------------------USD (Billion) UMUR
1

Robert Kuok

12,400 88
2

Ananda Krishnan

9,900 73
3

Lee Kim Hua & family

6,500 81
4

Lee Shin Cheng

5,200 72
5

Teh Hong Piow

5,000 81
6

Quek Leng Chan

4,200 68
7

Syed Mokhtar AlBukhary

3,300 60
8

Yeoh Tiong Lay

2,600 82
9

Tiong Hiew King

1,500 77
10

Vincent Tan

1,200 59


Bilangan rakyat negara ini yang berada dalam kelompok individu dunia yang mempunyai kekayaan lebih AS$1 bilion (RM3 bilion) juga bertambah kepada 11 daripada 10 tahun sebelumnya.

Jutawan Robert Kuok masih mengekalkan kedudukannya sebagai individu paling kaya Malaysia dengan nilai kekayaan bersih AS$12.4 bilion (RM37 bilion) meskipun jumlah itu menurun sedikit daripada AS$12.5 bilion (RM37.5 bilion) setahun sebelumnya.Kuok, 88, yang mempunyai empayar perniagaan meliputi gula, sawit, perkapalan dan hartanah menguasai kedudukan itu sejak 2006 ketika Forbes Asia memulakan senarai 40 rakyat Malaysia paling kaya itu.

Di tempat kedua ialah Ananda Krishnan, 73, yang menyaksikan nilai kekayaan bersihnya meningkat AS$400 juta (RM1.2 bilion) kepada AS$9.9 bilion (RM29.7 bilion).

Beliau kini sedang meluaskan portfolio perniagaan berkaitan tenaga di Malaysia, Asia Selatan dan Asia Barat dalam satu urus niaga yang boleh menjana sehingga AS$2 bilion (RM6 bilion), manakala Maxis Communications yang dikuasainya baru-baru ini memeterai perjanjian 10 tahun untuk berkongsi rangkaian 3G bersama syarikat pesaingnya, UMobile.

Di tempat ketiga ialah Puan Sri Lee Kim Hua, iaitu isteri kepada pengasas kumpulan Genting, mendiang Tan Sri Lim Goh Tong serta keluarga yang nilai kekayaan bersihnya susut 1.5 peratus kepada AS$6.5 bilion (RM19.5 bilion). Keluarga yang menjadi tulang belakang empayar Genting itu sedang menjadi bahan berita berikutan beberapa cubaan berprofil tingginya untuk mengembangkan operasi ke Amerika Syarikat (AS).

Tan Sri Lee Chin Seng, individu yang membina IOI Group menjadi antara pengeluar sawit terbesar dunia pula mengekalkan kedudukannya di tempat keempat dengan nilai bersih AS$5.2 bilion (RM15.6 bilion), meningkat AS$200 juta (RM600 juta) daripada tahun lalu.

Sementara itu, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary yang berada di tempat ketujuh, mengekalkan kedudukannya sebagai orang Melayu paling kaya di Malaysia dengan nilai kekayaan bersihnya berjumlah AS$3.3 bilion (RM9.9 bilion).

Tiga pendatang baru membuat kemunculan sulung dalam senarai itu, dengan paling menyerlah ialah Tan Sri Dr Ninian Mogan Lourdenadin, seorang doktor bertauliah yang menjadi hartawan peruncitan yang menduduki tempat ke-22 dengan nilai kekayaan bersih AS$500 juta (RM1.5 bilion).

Beliau adalah Ketua Eksekutif MBF Holdings dan mempunyai perniagaan dalam hartanah, peruncitan, pelancongan dan perkhidmatan perubatan di Malaysia, Fiji, Papua New Guinea dan Australia.

Seorang lagi pendatang baru ialah Gooi Seong Lim, di tempat ke-34 dengan kekayaan bersih AS$220 juta (RM660 juta). Beliau menerajui Crescendo, sebuah syarikat pembinaan dan pemaju hartanah.

Ng Joo Siang, usahawan berusia 52 tahun yang mengambil alih perniagaan keluarga, Pacific Andes International Holdings daripada bapanya juga membuat kemunculan sulung dalam senarai itu dengan berada di tempat ke-37 dengan nilai bersih AS$185 juta (RM555 juta).

Dua individu pula membuat kemunculan semula iaitu Pengerusi Eksekutif Kurnia Asia Bhd, Tan Sri Kua Sian Kooi dan Pengerusi Malayan United Industries Bhd, Tan Sri Dr Khoo Kay Peng.

Rakyat Malaysia terbaru yang memasuki kelompok individu dunia yang memiliki kekayaan lebih AS$1 bilion pula ialah adik beradik Tan Sri Lee Oi Hian dan Datuk Lee Hau Hian yang menguasai syarikat sawit dan kimia, Batu Kawan.

Secara keseluruhannya, 21 daripada jutawan Malaysia dalam senarai itu menyaksikan kekayaan mereka meningkat, 12 menyusut, manakala dua orang tidak berubah.

Tahun ini, nilai bersih minimum yang diperlukan untuk layak dalam senarai itu ialah AS$155 juta (RM465 juta), meningkat daripada AS$125 juta (RM375 juta) tahun lalu.

bharian 2 mac 12

Jan 29, 2012

SARA 1MALAYSIA SYARAT DAN PULANGAN

SARA 1MALAYSIA SYARAT DAN PULANGANSkim Amanah Rakyat 1Malaysia (SARA 1Malaysia) yang dilancarkan pada 12 Jan 2012 akan memberi manfaat kepada 100,000 isi rumah berpendapatan kurang daripada RM3,000 sebulan dengan jaminan pulangan antara RM5,000 hingga RM13,000 selepas lima tahun. Syarat utama pendapatan bawah RM3000.

Jika anda guna duit sendiri anda akan dapat RM13,000 selepas 5 tahun. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ketika melancarkan skim itu semalam, berkata, pendapatan bulanan setiap pelabur SARA 1Malaysia adalah terjamin, iaitu RM134 sebulan bagi yang melabur menggunakan wang simpanan sendiri, manakala yang meminjam memperoleh RM50 sebulan selepas ditolak RM84 bayaran balik.

“Jika kita menggunakan pendapatan itu (daripada pelaburan) untuk membayar balik pinjaman, kita dapat RM50 setiap bulan dan RM5,000 lagi pada akhir lima tahun.

Skim khas itu mempunyai ciri kelainan menarik yang tidak pernah diwujudkan, iaitu satu produk pelaburan hibrid dalam unit amanah yang digabungkan dengan produk pinjaman yang mampu menjana aliran pendapatan tunai atau insentif bulanan secara konsisten.

SARA 1Malaysia diperkenal untuk menggalakkan penyertaan golongan berpendapatan rendah dalam tabungan dan pelaburan, selain membantu mereka menangani kesan kenaikan kos sara hidup.

Bank yang ambil bahagian, Maybank, CIMB, BSN dan RHB, anda boleh pergi salah satu bank ini mulai 30 Jan 2012 hingga habis dijual tahun ini, siapa cepat dia dapat

Jan 25, 2012

Cinta Muka Buku



Cinta Muka Buku adalah lagu yang menarik. Ia patut di beri perhargaan. Ia masuk AJL . Lagu yang dipertandingkan iaitu Cinta Muka Buku diragui kekuatannya dengan melihat kepada lagu serta liriknya yang mudah, ringan dan biasa saja berbanding 11 lagu lain seperti Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain, Kalau Berpacaran (Sohaimi Mior Hassan, Anna Rafali & Altimet), Beribu Sesalan dan lain-lain.

Lagu Cinta muka buku, amat popular di youtube dengan lebih 5,463,431 juta menonton di Youtube. wow wow hebat.

Berita Harian melaporkan, Najwa Latif sedikit pun tidak goyah dengan kritikan seperti itu kerana baginya, setiap pendengar mempunyai pendapat masing-masing untuk menilai sesebuah karya seni itu.

“Saya terima semua komen itu sebagai positif dan pada masa sama juga memperbaiki diri serta karya saya. Saya percaya setiap individu mempunyai pendapat berbeza. Perihal mempersoalkan lagu itu, ia tidak membuatkan saya patah semangat.

“Saya pun tak sangka lagu Cinta Muka Buku dipilih layak ke final. Sebalik itu, pengalaman ini adalah satu yang seronok bagi saya kerana dapat berkongsi pentas dengan barisan penyanyi yang hebat-hebat belaka. Dengan usia saya yang baru 17 tahun ini, saya sudah ada pengalaman untuk berkongsi pentas dengan penyanyi senior dan ini membuatkan saya sangat gembira,” katanya.
Najwa berpendapat kekuatan lagu Cinta Muka Buku pada lirik yang mudah difahami dan senang dihafal walaupun hanya sekali dengar.

Penulis lirik lagu itu iaitu kakaknya, Ika turut berbangga dengan kejayaan adiknya serta lagu ciptaan mereka itu. Bagi Ika, mereka sama sekali tidak sedih serta patah semangat dengan kritikan orang ramai, malah lebih bersyukur dengan peluang yang diterima untuk beraksi di atas pentas yang berprestij itu nanti.

Jan 17, 2012

Senarai cuti Perlis 2012

Senarai cuti Perlis 2012
23 - 24 Januari 2012
Tahun Baru Cina
5 Februari 2012
Hari Keputeraan Nabi Muhammad S.A.W
1 Mei 2012
Hari Pekerja

5 Mei 2012

Hari Wesak
17 Mei 2012
Hari Keputeraan D.Y.M.M Tuanku Raja Perlis
2 Jun 2012
Hari Keputraan D.Y.M.M. Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong
17 Jun 2012
Israk dan Mijraj
6 Ogos 2012
Hari Nuzul Al-Quran
19-20 Ogos 2012
Hari Raya Puasa
31 Ogos 2012
Hari Kebangsaan
16 September 2012Hari Malaysia
26 - 27 Oktober 2012Hari Raya Qurban
13 November 2012Hari Deepavali
15 November 2012Awal Muharram (MAAL HIJRAH)

25 Disember 2012

Hari Krismas

Jan 4, 2012

Video demo di hadapan UPSI

Video demo di hadapan UPSI yang di upload oleh PDRMsia.

VIDEO 1


VIDEO 2


VIDEO 3


VIDEO 4


nak ambil tindakan selepas kena ?


Isu sekarang, mengapa Pelajar melayu saja nak berjuang, mana pelajar cina, india, dimana pintu rundingan, kenapa cepat melatah. Teruk sangat ke UPSI sehingga tiada ruang untuk rundingan.

Bila dah cedera, jadi kes polis pula, masing masing nak salah menyalah.

Dec 24, 2011

Pembekal Kacang Putih Terkenal Buntong Ipoh

kacang putih perak

Pembekal Kacang Putih Terkenal Buntong Ipoh, menjadi satu-satunya kawasan industri kecil sederhana kacang putih terbesar di Malaysia.  Lubuk Kacang putih ini terletak di Ipoh perak, juga bukan hanya makanan oleh masyarakat India, malah ia turut menjadi kegemaran masyarakat Melayu dan Cina. Boleh dikatakan ia merupakan makanan ringan ‘1 Malaysia’ pusat Kacang di Perak dan terkenal. siapa tak kenal Perniagaan Kacang Putih S. R.


View Larger Map

Oleh itu, satu pembaharuan perlu dilakukan dengan kadar yang segera agar industri ini terus berkembang dengan lebih pesat, sekaligus, meningkatkan pertumbuhan ekonomi negeri. Demikian yang dinyatakan oleh Pengarah Perniagaan Kacang Putih S. R. Ipoh, C. Ratnasami Nadar ketika ditemui oleh Peraknews di Kedai Perniagaannya di Buntong, Ipoh, pagi tadi. “Industri kacang putih ini telah lama wujud di perak, tidak silap saya lewat tahun 1940 apabila enam keluarga telah berhijrah dari India Selatan untuk menetap di Ipoh.
“Dari situ bermulalah transformasi dan pertumbuhan perniagaan kacang putih.

“Ia bermula secara menjaja dan kini seperti yang anda boleh lihat telah wujudnya kedai-kedai dan kilang memproses kacang di sini,” katanya. Beliau yang kini berumur 65 tahun berkata, minat untuk menceburi bidang perniagaan kacang putih ini mula terbit seawal umur beliau 10 tahun lagi. Sementara ayahnya menjual kacang putih di kantin sekolah, beliau akan menjunjung bakul yang dipenuhi dengan kacang putih untuk dijual di jalanan.

“Untuk pengetahuan, perniagaan kacang putih ini, perniagaan keluarga, kami telah melakukannya secara turun-temurun. “Saya sendiri mula tertarik dengan perniagaan ini sejak berumur 10 tahun lagi. “Setiap hari saya akan menjunjung bakul yang berisi kacang putih untuk di jual di tepi-tepi jalan. “Kesusahan dan beratnya bakul yang dijunjung itulah yang memotivasikan diri saya untuk terus maju ke hadapan,” terangnya.
Isteri beliau, K.Sarasvathi, 50 yang duduk bersebelahan suaminya sentiasa memberikan senyum turut menjelah perbualan kami.

“Suami saya seorang yang cekal, dari menjunjung dulang dan berjalan kaki, dia telah berusaha gigih untuk membeli basikal, kemudiannya motorsikal, van dan kini kami telah mempunyai kilang memproses kacang putih sendiri serta kedai menjual kacang putih juga,” celah isterinya. Kilang pemprosesan kacang putih itu menghasilkan lebih daripada 36 jenis kacang setiap hari, antaranya ialah pakoda, sivel, dhall, Aulu, poori, pakoda srilanka, omom dan kadalai.

Selain itu, C. Ratnasamy turut memberitahu kedainya turut menjual manisan tradisional masyarakat Indian seperti laddu, jalebi, athirasam dan mysore pagu. Katanya, kacang putih yang disediakan oleh mereka dijamin tahap kebersihannya dan pegawai kesihatan daripada Majlis Bandaraya ipoh juga sering kali melakukan pemeriksaan.

Sehubungan dengan itu, kacang putih yang dijualnya sentiasa mendapat sambutan ramai. Malah harga yang ditawarkan juga adalah berpatutan iaitu serendah RM6 hingga RM14 sekilo. Tambah beliau lagi, saingan yang wujud dalam perniagaan menjual kacang putih di Kampung Kacang Putih ini sihat kerana setiap peniaga mempunyai rahsia resepi keluarga yang tersendiri.

Justeru itu, pelanggan-pelanggan mereka juga kebanyakkannya adalah terdiri daripada pelanggan tetap.
“Sudah tentu adanya saingan dalam setiap perniagaan. “Tetapi apa yang bagusnya ialah saingan itu adalah saingan yang sihat. “kami semua telah pun mempunyai pelanggan tetap sendiri. “Saya sendiri juga telah memperluaskan skop perniagaan dengan mengeksport produk kami ke luar negara seperti ke Australia, New Zealand dan China,” terangnya.

Katanya, buat masa ini masalah yang dihadapi oleh semua peniaga kacang putih di Buntong ialah kekurangan kakitangan ataupun pekerja. Golongan muda tempatan dilihat tidak berminat untuk bekerja dalam bidang memproses dan membekal kacang putih. Oleh itu, mereka terpaksa mengambil pekerja warga asing untuk membantu mereka menjalankan perniagaan.

Sesiapa yang berminat untuk mencuba atau membeli kacang putih keluaran Perniagaan Kacang Putih S. R. Ipoh boleh hubungi Puan Sarasvathi di talian 05-2533908 atau emelkan ke aru6sr@yahoo.com.
Sekiranya anda berada di berada di Bandaraya Ipoh, boleh terus membeli kacang putih tersebut di alamat No.23, Jalan Sungai Pari, Kampung Kacang Putih , Buntong, 30100, Ipoh, Perak yang dibuka seawal jam Sembilan pagi hingga 6 petang.

Terdahulu, Setiausaha Persatuan Perdagangan Masyarakat Indian, B. K. Kumar meminta agar pihak kerajaan memasukkan Kampung Kacang Putih dalam kalender pelancongan negeri agar para pelancong luar negara tahu kewujudan kampung tersebut yang terkenal dengan kacang putihnya.Katanya, surat permohonan telah pun diberikan kepada Pengarah Pelancongan Negeri, dan sedang menunggu jawapan dari pihak yang bertanggungjawab mengenainya.

Dec 23, 2011

Nik Abdul Aziz Nik Mat Terbunuh

Nik Abdul Aziz Nik Mat serta kakak dan anak saudaranya terbunuh selepas kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori penghantaran cepat di Kilometer 15, Jalan Bentong-Raub, dekat Lurah Bilut, hari ini.

Nik Abdul Aziz, 27, dari Bandar Baru Bangi, Selangor; kakaknya, Nik Hasmah, 29, dan anak Nik Hasmah, Mohd. Adib Daniel Amizan, lima tahun, meninggal dunia di tempat kejadian dalam nahas pada 2.20 pagi tadi.
Yang cedera parah ialah seorang lagi kakak Nik Abdul Aziz, Nik Nab Nik Mat, 45, dan anaknya, Adibah Mohd. Fikri, 12, murid Sekolah Rendah Jalan Cochrane, Kuala Lumpur yang dikejarkan ke Hospital Bentong untuk rawatan lanjut.

Sumber Utusan

 Sementara itu orang ramai dinasihat jangan membuat berita palsu, tentang kesihatan MB kelantan ini. Beliau hingga hari ini dilaporkan masih sihat. Harakah Online

Kenapa harga minyak Malaysia Naik

Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak di Malaysia perlu naik juga? Sebenarnya Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak.

PETRONAS hanya menguasai 30 peratus sahaja pasaran dalam sektor penjualan runcit produk petroleum tempatan, manakala bakinya dikuasai oleh syarikat seperti Shell, Esso, Caltex, BP, Mobil dan Projet.

Jika PETRONAS dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi kepada syarikat minyak asing.

Di Malaysia, PETRONAS mempunyai tiga loji penapis minyak dengan jumlah keupayaan 256,000 tong sehari atau 47 peratus daripada jumlah keluaran negara.

Baki sebanyak 53 peratus disumbang oleh loji penapisan minyak yang dimiliki oleh Shell (155,000 tong sehari), Exxon-Mobil (88,000 tong sehari) dan Conoco Phillips (48,000 tong sehari).

Oleh kerana Malaysia menggunakan 520,000 tong sehari, kita juga bergantung kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa.

Berita Harian Online | Pasukan khas SPRM siasat NFC

Berita Harian Online | Pasukan khas SPRM siasat NFC. Tangkap semua puak jahanam ini, tak amanah, tak kira siapa dia, tangkap. seorang ahli perniagaan bergelar Datuk ditahan reman selama dua hari mulai semalam selepas didapati cuba menyogok empat pegawai penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, yang menjalankan siasatan berkaitan kes NFC dan kes penipuan lain.

Suspek berusia 45 tahun itu dilaporkan melakukan kesalahan berkenaan kelmarin di Ibu Pejabat JSJK di Bukit Perdana di sini, ketika diminta memberikan keterangan berhubung siasatan yang dijalankan termasuk kes penipuan terbaru yang dilaporkan di Cheras, tiga minggu lalu.

Berita Harian Online | Pasukan khas SPRM siasat NFC

Dec 21, 2011

isu murtad di selangor oleh dr Hassan Ali

Penjelasan isu murtad di selangor oleh dr Hassan Ali 2011, isu ini telah meletak Dr Hassan dalam kontroversi. Ikuti Temubual Editor Sinar Harian Online, Lailatun Khalilah Nasir bersama Exco Hal Ehwal Islam, Adat-Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali yang juga Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor.

Dec 20, 2011

Menara 100 Tingkat Jana Ekonomi

Menara 100 Tingkat Jana Ekonomi. Mengulas mengenai projek itu, Hamad Kama Piah berkata, projek pembangunan bercampur berhampiran Stadium Merdeka dan Stadium Negara di Kuala Lumpur itu juga akan merancakkan pembangunan hartanah di kawasan sekitarnya apabila ia siap sepenuhnya pada 2020. “Apabila siap kelak, projek ini akan menjana kegiatan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.

Hamad Kama Piah turut menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap projek bangunan 100 tingkat itu akan menyebabkan lebihan penawaran ruang pejabat dan komersial di Kuala Lumpur seperti yang berlaku ketika ini.

“Apabila kami merancang projek ini, kami perlu memastikan ruang pejabat di bangunan itu dipenuhi.

“Bangunan ibu pejabat PNB sekarang sudah berusia 30 tahun dan kumpulan memerlukan ibu pejabat baru sejajar program pengembangan kami,” katanya.

Projek yang menempatkan bangunan tertinggi di Malaysia itu akan dibangunkan anak syarikat milik penuh PNB, iaitu PNB Merdeka Ventures membabitkan kos RM5 bilion.

PNB akan membina menara 100 tingkat itu terlebih dulu supaya ia dapat menjadi tarikan bagi pembangunan komersil lain seperti hotel, kondominium dan pusat membeli-belah.

Hamad Kama Piah berkata, kos pembinaan menara 100 tingkat berkonsep bangunan pintar mesra alam itu dianggarkan antara RM2.5 bilion hingga RM3 bilion dengan pembinaannya dijangka dimulakan tahun depan dan siap pada 2015.

myMetro | 1,620 rumah mampu milik

Datuk Bandar, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail berkata, pihaknya sudah mengenal pasti tapak pembangunan terbabit, namun ia memerlukan kajian terperinci bagi menentukan kesesuaian tapak berkenaan.
myMetro | 1,620 rumah mampu milik

Dec 17, 2011

Kaum Lut Kembali di Malaysia

Kaum Lut Kembali di Malaysia, gay melayu
Memamalukan Melayu dan Islam dan Malaysia -- kotor dan jijik !!!!

Kaum Lut Kembali di Malaysia, bila syaitan mengoda dan ingin menyesatkan manusia yang tiada asas agama dan waras fikiran, maka ini yang terjadi. Apa nak jadi ni pelajar melayu kahwin dengan lelaki gay di  University College Dublin bernama Jonathan di Dublin, Ireland.
Ariff Alfian Rosli yang sebelum ini pernah dikhabarkan hilang oleh ahli keluarga. kemungkinan hilang dan sesat dalam dunia gay. - sumber - http://www.bom321.com/2011/12/perkahwinan-gay-pertama-malaysia-ariff.html

Apa nak jadi dunia hari ini, dah banyak wanita di dunia, mat saleh laknat tu hang pilih.

Dec 16, 2011

Isu Felda selesaikan segera

Isu Felda selesaikan segera
Isu Felda dan isu penyenaraian Felda Global perlu di selesai segera. Kenapa soal masa depan dan soal tanah Felda di bantah PAS, apa alasan Pas. Kemudian ada pula yang marah PAS kerana ganggu soal felda. apa isunya. saya pun risau. Kita lihat isunya apa?


Fakta 1
KUMPULAN Felda Global (Felda Global) menegaskan penyenaraian Felda Global Venture Holding (FGVH) ke Bursa Malaysia tidak akan membabitkan pajakan tanah milik peneroka sebaliknya hanya tanah di bawah kelolaan kumpulan. Presidennya, Datuk Sabri Ahmad berkata, keseluruhan tanah yang dimiliki Felda adalah sekitar 860,000 hektar dengan anggaran 500,000 hektar adalah di bawah pemilikan peneroka.

“Tanah yang diuruskan Felda adalah sebanyak 360,000 hektar dan bahagian ini yang akan dipajakkan kepada FGVH. “Malah, pihak pengurusan tidak akan mengganggu tanah kepunyaan peneroka,” katanya selepas sidang media penemuan kaedah jangkitan Ganoderma di Pusat Bioteknologi Felda di Sepang, semalam.

Menurutnya, peneroka tidak seharusnya bimbang dengan urusan penyenaraian berkenaan berikutan ia akan memberi faedah jangka panjang kepada mereka.

“Melalui penyenaraian ini, pemegang saham utama iaitu Koperasi Permodalan Felda (KPF) akan mendapat manfaat melalui dividen yang lebih tinggi setiap tahun, bergantung pada harga pasaran.

Fakta 2
KUALA LUMPUR: Gabungan Peneroka Generasi Wawasan Felda Kebangsaan (Gempak) akan mendapatkan butian terperinci mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) secepat mungkin untuk diterangkan kepada anggota peneroka, kata Timbalan Presidennya Tan Sri Rozali Ismail.

 Fakta 3
Presiden Anak, Mazlan Aliman berkata, penyenaraian tersebut hanya akan membuatkan nasib peneroka terumbang ambing kerana yang akan mendapat keuntungan besar melalui penyenarain itu ialah syarikat-syarikat besar.

"Kebimbangan kita mengenai perkara ini benar-benar menjadi kenyataan. Walapun ucapan Perdana Menteri terlalu pendek tapi bila (Najib) sebut FGVH akan disenaraikan dan kononnya peneroka mendapat "durian runtuh", ini bukan durian runtuh tapi "bala" yang akan diterima peneroka.

Presiden Anak, Mazlan Aliman dedah penyelewengan Felda, betul ke? Sirius ni, kenapa jadi macam tu sekali, jom lihat video ini.



"Yang dikatakan "durian runtuh" itu mungkin saham percuma kepada peneroka...mungkin jumlahnya sepuluh hingga 15 ribu tapi barang diingat, bila FGVH disenaraikan di BSKL, ekuiti Bumiputra akan berakhir sebab penyenaraian ini membolehkan pelbagai syarikat besar untuk melabur di Felda," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

 Fakta 4

USAHA kerajaan untuk menyenaraikan Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di pasaran utama Bursa Malaysia merupakan transformasi fasa keempat Felda, yang menguntungkan golongan peneroka dan generasinya.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan berkata, penyenaraian itu bukan sahaja memberi rahmat kepada peneroka, bahkan kepada seluruh rakyat di negara ini.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan warga peneroka Felda supaya tidak percaya dengan surat layang pembangkang yang mendakwa mereka akan kehilangan aset dan insentif yang diterima setelah penyenaraian FGVB di Bursa Malaysia menjelang pertengahan tahun depan.

“Saya ingin jelaskan, ini adalah kerja jahat pihak pembangkang. Kita tak akan buat sesuatu yang merugikan. Felda tak akan buat sesuatu yang negatif, merosakkan serta merugikan peneroka dan generasinya.

MB Pahang Kata apa


Bila nak dialog


Isunya apa?

Isunya ialah ketidakpercayaan orang Felda terhadap bisnes ini, samada untung atau rugi. Mereka juga bimbang jika disenaraikan di Bursa saham KL, semua orang boleh beli saham, termasuk orang luar dan bukan melayu. Ia satu risiko jika Bisnes ini rugi, Jika ia menguntungkan maka orang felda akan kaya. Pihak Kerajaan kena jelaskan dan beri keyakinan, jika betul ia menguntungkan, Kerajaan kena jelaskan segera, kena ambil kira pandangan semua pihak termasuk PAS, ANAK, UMNO, ORANG FELDA. Pemimpin jangan ego, ini soal masa depan dan maruah.

Dec 12, 2011

Dajjal Keluar Dari Rusia adalah palsu

Berita Dajjal keluar dari rusia yang kononnya ahli mateologi rusia telah merakam suara bunyi dentuman kuat. Mereka mengatakan ia suara dajjal. Kita umat islam jangan percaya berita macam itu, semuanya bohong dan palsu. Paling penting berita macam itu mudah di percaya, Umat Islam tanpa segan silu menyebar melalui blog, membuat copy dan paste berita palsu hingga menakutkan umat islam.

Agenda siapa sebenarnya,? bagi saya ini agenda musuh Islam juga, kita di suruh kaji alquran dan hadis sahih dan sumber berita Dajjal ada dalam hadis dan AlQuran,  kenapa mudah percaya berita dari Barat dan sumber yang di reka reka kepalsuan. Bunyi dan suara semua boleh buat dengan teknologi kini.

Kita Umat Islam kena kembali pada Quran, sila kaji alquran, ada jawapan tentang masalah ini. Paling utama kuatkan iman dan jangan tinggal ajaran Allah yang di suruh. Kenapa mudah percaya berita palsu. Ini satu propaganda untuk menakut islam, dan supaya kita hayal dengan berita dari mereka. Kita kena rujuk alquran dan hadis serta ulama. Paling penting kita kena solat dan banyak amal ibadat. Semua tanda kiamat kecil telah ada, kita kena banyak taubat dan tingkat amal soleh.

"Dan siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mereka-reka perkara yang dusta terhadap Allah, atau orang yang berkata: "Telah diberi wahyu kepadaku", padahal tidak diberikan sesuatu wahyupunr kepadanya; dan orang yang berkata: "Aku akan menurunkan seperti apa yang diturunkan Allah". Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan "sakratul-maut" (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): "Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri); pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keteranganNya".al quran 6: 93

HADIS MENGENAI DAJJAL

Rasulullah saw. Bersabda yang bermaksud:“Bersegeralah kamu semua untuk melakukan amalan-amalan yang baik sebelum datang tujuh perkara: Adakah kamu semua menunggu sehingga menjadi fakir yang melalaikan diri kamu semua, atau pun kekayaan yang menjadikan diri kamu curang, atau sakit yang membawa kebinasaan tubuh badan, atau tua yang menjadi nyanyuk, atau mati dengan tiba-tiba, atau pun kedatangan pengaruh dajjal yang ianya adalah seburuk buruk makhluk yang tidak dapat dilihat yang memang dinanti-nanti kedatangannya, ataupun datangnya hari qiamat pada hal hari qiamat itu adalah hari yang paling dahsyat bencananya serta pahit pula penderitaannya”

LAGI HADIS MENGENAI DAJJAL KLIK SINI

Dec 6, 2011

Politik Sihat Idaman 1Malaysia

Jika ini berlaku, Politik sihat satu renungan bersama. Jika Islam dapat di fahami semua kaum, alangkah indah 1Malaysia. Jika betul niat mereka memang indah. Sepatutnya semua pihak, semua kaum belajar Islam, tak kira melayu, cina dan India. Semua patut belajar Islam. Bila semua faham, mudah untuk menubuh negara Islam. Tapi jika masing masing ada kepentingan sendiri agak sukar nak capai. Ini pandangan saya. Jika ada komen silakan

Dec 4, 2011

Banjir Kajang Kerajaan Mana Nak Selesai

Banjir di Kajang Kerajaan Mana Nak Selesai.Pada hari kejadian saya telefon sepupu yang tinggal di Kajang. Nasib baik kawasan perumahan mereka agak tinggi dan selamat dari banjir kilat. Menurut sepupu saya kalau hujan lebat mereka tidak akan ke bandar kajang. Sejak 15 tahun mereka tinggal di kajang ini banjir yang paling teruk (2 Dis 2011). Kalau ke bandar kajang, kalau hujan turun kena cepat balik rumah, nanti teperangkap dalam air banjir.

Nak tanya sampai bila masalah ini akan di selesaikan, pihak mana nak selesai, kerajaan negeri selangor atau kerajaan pusat. Jangan tunggu ada kematian baru nak selesai. Ini masalah sudah lama, masalah pengurusan saliran air di bandar kajang perlu di lihat semula. Majlis Perbandaran Kajang dan Kerajaan Negeri Selangor kena selesai segera dan lihat apa masalah dan punca sebenar banjir yang teruk di kajang.

Lihat video sebenar banjir di bandar kajang dis 2011

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...