Feb 12, 2013
Jom Makan Patin Tempoyak Temerloh
Pertama merasa makan masakan patin tempoyak, memang sedap rasanya, rasa pedas, dan terasa lengkap asam garam dan tempoyaknya. Harga 1 set patin tempoyak RM12,00 meliputi ikan patin 1 ketul dan masak tempoyak, nasi dan ulaman 1 pinggan. Harga ok lah, saiz ikan pun besar, boleh makan 2 orang,
Lokasi, bersebelahan Esso jalan Triang, 28000, Temerloh, Facebook dia, go bang maju patin tempoyak
Mar 4, 2012
Tempat Makan Di Perlis mai Cafe

Tempat Makan Di Perlis mai Cafe. Mula dibuka April 2008, menurut Khairul (pengurus), ia diilhamkan oleh bapanya, Baharudin Ahmad dan nama asal kafe berkenaan adalah Mai Cafe Herbal Western Kopitiam. terletak di No. 9 & 10, Kompleks Perniagaan Masjid, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis


Di sini, kami menyediakan pelbagai hidangan barat untuk pilihan para pelanggan. "Apa yang membuatkan kami memilih menu masakan barat kerana di Perlis restoran yang menyajikan masakan barat kurang dan kami pasti dengan adanya Mai Cafe ia dapat memenuhi keinginan penduduk tempatan khususnya dan para pelancong amnya untuk menikmati masakan barat pada harga yang berpatutan

Restoren kepunyaan anak saudara saya ini, mendapat liputan media terutama TV3 melalui Rancangan Jalan jalan Cari Makan dan liputan Kosmo, Utusan Malaysia dab BH.
Ikuti sebahagian pengalaman wartawan utusan Malaysia
"Berbicara lanjut mengenai kafe tersebut, ulas Khairul lagi, segala bahan mentah yang digunakan adalah barangan segar.
Untuk itu, segala rempah ratus yang digunakan adalah produk tempatan manakala untuk daging lembu, kambing dan dory (sejenis ikan) diimport dari negara luar.
Jelas anak kedua daripada tiga beradik ini lagi, walaupun bahan mentah seperti daging dan ikan diimport, ia dijamin halal.
"Bahan mentah seperti daging dan ikan kami terpaksa import memandangkan pasaran tempatan sukar diperoleh yang bersesuaian untuk masakan barat.
"Tetapi orang ramai jangan susah hati kerana ia dijamin halal dan kami telah memeriksa terlebih dahulu sebelum membeli," katanya.
Apa yang menarik mengenai kafe ini, selain menggunakan konsep terbuka dengan dua warna iaitu hitam dan merah, susun atur meja pelanggan serta hiasan kedai begitu kemas dan teratur.
Boleh memuatkan sehingga 120 orang pada satu-satu masa, Mai Cafe turut menyediakan sebuah bilik berhawa dingin bagi mereka yang inginkan privacy ataupun bertujuan untuk membuat perbincangan serta majlis jamuan hari jadi.'
Penulis (wartawan utusan) yang berpeluang menikmati hidangan di Mai Cafe baru-baru ini memberikan empat bintang daripada lima kerana selain masakannya yang enak dan mempunyai rasa, harganya juga berpatutan.
Jadi bagi mereka yang berada di utara tanah air apa kata kunjungi Mai Cafe hari ini dan rasai sendiri masakannya manakala bagi pelancong-pelancong jangan ketinggalan mengunjunginya sekiranya anda ke Perlis.
MAI CAFE KOPITIAM, No. 9 & 10, Kompleks Perniagaan Masjid, Persiaran Tuanku Syed Putra, Jalan Kaki Bukit, Kangar, Perlis
VIDEO OLEH OMAQ.ORGOct 5, 2011
Karipap 10 Jenis Inti
Kalau ingin mencuba kunjungilah gerai di Taman Chai Leng, Butterworth dan Kilang Lama di sini, milik sepasang suami isteri dari Tasek Gelugor, Seberang Prai.
Inti campuran ini terhasil dengan menggunakan ramuan rempah ratus yang dicipta sendiri oleh pasangan itu, yang bertujuan untuk memberi kelainan rasa kepada pembeli.
Dan lebih uniknya karipap ini ialah saiznya hampir sebesar telapak tangan dan harganya pula hanya RM2.00 sebiji. Ibarat makan sebiji sudah puas.
Keistimewaan dan kelainan yang terdapat pada karipap inti campuran yang dihasilkan pasangan ini telah menarik ramai pelanggan untuk mengunjungi dan mencubanya.
Selain itu, pasangan ini juga menjual sembilan jenis karipap pelbagai inti iaitu inti daging rusa, ayam, kambing, ketam, telur, daging lembu, ubi kentang, sotong dan sardin.
Untuk sembilan jenis karipap ini, yang juga bersaiz telapak tangan, ia dijual pada harga RM1 sebiji.
HASILKAN 1,000 BIJI SEHARI
Pengusaha dan penjual karipap, Faisal Hashim, 36, dan isterinya Norazlin Sulaiman, 36, melalui syarikat Mutiara Karipap berjaya menghasil dan menjual kudapan ini hampir 1,000 biji sehari di dua lokasi berkenaan dari pukul 1 tengah hari hingga 6 petang.
Faisal bersama Norazlin yang ditemui di gerai kecil mereka di persimpangan lampu trafik Kilang Lama di sini berkata isterinya yang menjadi teraju utama menyediakan pelbagai resepi inti.
"Bermula dengan hanya 20 biji karipap dijual di Taman Chai Leng lima tahun lepas kini ia meningkat sehingga 500 biji setiap hari dan jumlah itu tidak pernah kurang sejak 2008. Saya bersyukur atas sambutan yang diberi pelanggan yang terdiri daripada pelbagai kaum," kata Faisal ketika ditemui Bernama di sini.
PENGALAMAN MEMERHATI MAMAK BERNIAGA
Katanya, sejak enam bulan lepas mereka mengembangkan operasi dengan menambah sebuah lagi cawangan di lokasi yang agak strategik di Kilang Lama di sini dan sehingga ini jumlah karipap yang mampu dijual di situ adalah antara 300 dan 500 biji sehari.
"Inti yang popular di kalangan peminat karipap adalah daging rusa, ayam dan sardin," katanya.
Faisal yang berasal dari Jelutong, Pulau Pinang mendapat ilham mengusahakan jualan karipap ini daripada pengalaman memerhatikan seorang mamak peniaga karipap.
Beliau melihat mamak berkenaan berjaja dengan hanya membawa sebuah bakul besar penuh karipap di stesen bas atau pawagam sekitar Pulau Pinang dan Selatan Kedah pada tahun 70-an dan 80-an.
Faisal berkata dia pernah bekerja di sebuah agensi forwarding dengan pendapatan hampir RM3,000 sebulan selama 15 tahun dan setelah menjalankan usaha menggoreng dan menjual karipap secara sambilan selama tiga tahun dia membuat keputusan berhenti kerja pada 2009.
"Sekarang baru saya faham bagaimana perasaan bila berniaga walaupun di sebuah gerai usang di pinggir jalan namun pendapatannya boleh mencecah lima angka sebulan," katanya.
JADI REBUTAN HINGGAKAN PELANCONG LUAR
Faisal berkata, faktor itu juga menyebabkan beliau menolak untuk bekerja makan gaji tetapi akan terus menyambung usaha bersama isterinya menggoreng dan menjual karipap serta mencipta beberapa lagi jenis inti karipap untuk menarik ramai lagi pelanggan.
Katanya dia dan isteri menetap di Kampung Pokok Tampang, Tasik Gelugor, Seberang Perai, kira-kira 15 km dari sini, dan berulang-alik mengendalikan gerai mereka di Kilang Lama di sini setiap hari.
Gerainya di Taman Chai Leng pula diuruskan dua pembantu dan tugas mengendalikan bahan asas untuk penyediaan inti seperti mengupas keledek dan kentang dikendalikan seorang lagi pembantu manakala untuk penyediaan rempah ratus dan adunan inti karipap pula diuruskan sendiri oleh Faisal dan isteri.
Beliau berkata, karipapnya pernah menjadi rebutan dalam kalangan eksekutif kilang, pelancong Eropah dan tempatan yang menginap di hotel-hotel berhampiran Taman Chai Leng.
Faisal dan Norazlin berharap pada masa hadapan mereka akan dapat mewujudkan syarikat franchise membekalkan karipap pelbagai cita rasa ciptaan mereka untuk diedarkan ke seluruh negara.
-- BERNAMA
Sep 9, 2011
Tenggiri Percik Di Restoran Ecoba Damansara Perdana
Menurut ketua chefnya, Mohd Fauzi Basir, pelbagai jenis ikan dan kerang-kerangan ditampilkan dalam hidangan fusion menyelerakan iaitu gabungan masakan Timur dan Barat.
“Antara hidangan Timur dan Barat yang menjadi tumpuan bagi promosi ini ialah hidangan tenggiri tandoori percik bersama sos salsa avokado mangga serta sos namyam yang menggabungkan masakan Itali, Thailand, Melayu dan India.
“Selain itu, Ecoba menggunakan pinggan mangkuk Luzerne yang menerima sijil halal daripada Jakim,” katanya.
Penggemar makanan Jepun tidak dilupakan menerusi hidangan ikan hamaji yang diimport dari Australia, �bersama sos kacang edamame.
Jangan ketinggalan merasai keunikan serta keenakan ikan salmon perap yang dibalut dengan pastri lapis lembut dan disertakan salad segar.
Tuna yang diselar dalam tempoh singkat lalu dilapisi butiran bijan tidak kurang �menarik yang mana tuna digoreng sedikit untuk menghasilkan warna kemerah-merahan sebelum dicecah dengan sos soyu.
Pada masa sama, tingkatkan pengalaman menikmati makanan laut dengan sajian ikan trout yang dibakar bersama campuran rempah ratus Ecoba serta enak dinikmati bersama nasi.
Bagi peminat udang, hidangan dari Perancis - yabbi themidor -pasti menambat selera apabila udang galah segar diimport dari New Zealand dihidangkan segar bersama campuran ibu kentang, cendawan, krim keju pada isinya sambil disertakan cecah sos mentega.
Untuk rasa berlainan, boleh juga memilih hidangan udang yabbi panggang yang disediakan bersama sos mentega bawang putih.
Antara kelainan yang ditampilkan Ecoba dalam promosi ini ialah hidangan kepah sama ada dikukus biasa dan disertakan cecah sos namyam atau beralih ke selera tempatan dengan kepah goreng sambal belacan.
Semua hidangan ini boleh dinikmati pada harga permulaan RM12 dan boleh hubungi 03-77101118 untuk sebarang pertanyaan atau tempahan.
Aug 28, 2011
Cara Balut Ketupat Daun Palas
JOM KITA BELAJAR, TONTON VIDEO DI BAWAH:
Aug 12, 2011
Khasiat Yogurt
Probiotik bacteria yang terdapat di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan. Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mangambil yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu. Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium.
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.
Cara Buat Yogurt Bulgaria
- "Didihkan susu untuk membunuh bakteria jahat.
- Apabila ia menjadi suam,
- tambah sesudu yogurt dan kacau.
- Kemudian tutup balang tersebut dan balutkan.
"Dalam masa tiga jam, yogurt sedia untuk dinikmati," ujar Stamen Tsvetkov menerangkan proses menyediakan yogurt. Keluarga Tsvetkov telah memenangi hadiah untuk yogurt susu kambing biri-biri terbaik di Tran.
Khasiat Yogurt
Aug 11, 2011
KHASIAT SUSU KAMBING, KAJIAN PAKAR
Kajian pakar menunjukan bahawa susu kambing mempunyai banyak khasiat. Antara khasiat susu kambing ialah kandung asid amino yang banyak. Khasiat lain ialah susu kedua terbaik selepas susu ibu.
- susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus serta mudah hadam berbanding dengan susu lain. Ianya sangat baik untuk diet bayi dan juga orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman. Disebabkan zarahnya yg halus & sifatnya yang menyah acid, maka sangat sesuai digunakan bagi rawatan ulcer & gastric.
- Susu kambing mempunyai kandung laktosa 7% lebih rendah berbanding susu lembu. Ianya sangat baik untuk kanak-kanak yg cirit birit & alahan kepada susu lembu & susu tepung.
- Ianya mempunyai kandungan pH beralkali. Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.
- Kandungan Mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.
- Susu kambing secara semulajadi mencegah pembiakan organism yang merbahaya dlm badan manusia sekaligus menjadikan kita sihat.
- Kandungan potassium & calcium yg tinggi dalam susu kambing serta kandungan sodium yang rendah dlm susu kambing sangat penting bagi membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.
- Susu kambing mengandungi bahan riboflavin untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.
Jika ingin mendapatkan susu kambing sila klik
http://cpintrass.com/blog/panduan-kesihatan/khasiat-dan-kelebihan-susu-kambing/.html
Jun 28, 2011
Resepi khas anak tak lalu makan
Anak saya tak lalu makan nasi, roti dan makanan lain. Perbagai masakan mak dia buat, sup dan nasi pun tak mau, mee goreng makan sikit, bubur makan sikit, kadang tu minum susu sahaja. Kalau makan dia suka lauk sahaja, misalnya telur atau ikan. Lalu kami ke KFC bawa dia beli kentang putar. Bawa balik rumah, makan habis kentang yang 1 mangkuk besar harga RM4.80. Kami beli bukan hari hari, agak dia tak lalu makan baru keluar beli. Anak saya macam ketagih pula.
| Poket dah kosong ni.... anak minta KFC pula................. |
Kalau beli selalu banyak duit tu. So kami fikir nak buat sendiri kentang putar ala-ala KFC.
Resepi kentang putar ala KFC - Jom cuba buat jamu anak tak lalu makan.
SOS KENTANG PUTAR
Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )
- 650 ml air
- 5 sudu besar stok ayam (sy guna brand Maggi)
- 1 biji bawang besar - cincang
- 1 batang saderi - cincang
- 40 gm mentega
- 20 gm tepung gandum
- 1 sudu besar sos tomato
- 1 sudu besar sos tiram
- sedikit serbuk lada hitam
- kicap pekat
- garam
Cara-cara Membuatnya:
- Masak air dengan stok ayam,saderi dan bawang besar hingga mendidih.Renihkan dalam 10 minit.Tapis ke dalam mangkuk.
- Cairkan mentega dan masukkan tepung gandum.Kacau atas api kecil hingga tak melekat pada tepi periuk.
- Tuang air rebusan sedikit demi sedikit sambil dikacau supaya tak bergentel.
- Masukkan sos tomato dan sos tiram, juga beberapa titik kicap pekat (kicap utk bagi warna).Masukkan juga serbuk lada hitam dan garam.
- Masaklah ikut pekat mana yg disukai.NOTE: rasa dulu baru letak garam sbb stok ayam dan sos tiram dah masin.
Kentang Putar
Bahan-bahan ( 10 biji kentang buah sedang)
- 10 biji kentang di buang kulit dan di potong kiub ( besar2)
- 1 sk lada hitam di tumbuk halus
- 1/2 cawan fresh milk
- garam secukup rasa
Cara-cara
- Rebus kentang dgn sedikit garam
- Setelah empuk toskan air dan tumbuk sedikit kasi hancur
- Kemudian guna hand mixer putar sehingga kentang jadi halus.
- Sambil putar , sambil masukkan garam, lada hitam dan susu secukupnya
Selamat mencuba, kalau selalu ke KFC bankrap juga. Kita masak sendiri lah.
Jun 1, 2011
Kelebihan Dan Khasiat Susu Kambing
Keistimewaan dan khasiat susu kambing sebenarnya sudah diakui oleh publik awam. Berdasarkan referensi yang diambil dari beberapa majalah, disimpulkan bahwa susu kambing mengandung mineral yang lengkap untuk kesehatan tubuh diantaranya :
* Susu kambing banyak Mengandung Zincum (Zn) pembentuk imun dalam tubuh
* Mineral Alkaline baik untuk penyembuhan Maag Kronis.
* Zat Flourin serta betakasein baik bagi penderita Bronchitis, Asma, TBC, Pneumonia.
* Kandungan A2-betakasein dan Asam Amino Esensial pembentuk Insulin sangat berguna bagi penyembuhan diabetes
* Cynokobalamin pembentu zat Hb mempercepat penyembuhan Demam berdarah, Anemia, Thalasemia
* Kalium (K) berguna bagi penderita Tekanan Darah Tinggi, Darah Rendah dan Arteriosclerosis
* Enzim Xanthine Oxydase dan niasin (Vit B3) berfungsi mengatasi sel Kanker/Tumor dan mengurangi efek toksis kemoterapi
* Kandungan Kalsium yang tinggi dalam susu kambing membantu pertumbuhan tulang dan pencegah Osteoporosis
* Kandungan MCTnya (Medium Chain Trygliseride) berguna bagi program Dietary dan penyembuhan stroke
* Kaya dengan lactoglobulin penahan protein penyebab alergi
* Tingkat keasaman susu kambing yang menyerupai kulit dapat melembabkan dan mempercantik kulit
* Mengandung mineral, belerang metionin, riboflavin (Vit B2) dan B3 yang menumbuhkembangkan sel otak serta system saraf sehingga dapat menambah kecerdasan anak.
* Riboflavin (Vit B2) bermanfaat menurunkan frekuensi serangan migrain
* Lactoferrin (LF), lactoperoxidase, lysozyme dan peptide dapat meningkatkan aktivitas CD4 dan sel T sebagai pembentuk system kekebalan tubuh bagi penderita infeksi virus HIV
sumber : http://www.susukambingorganik.com
Susu Kambing banyak manfaatnya. Selain sebagai makanan tambahan (food suplemen), susu kambing juga bisa mengurangi gangguan pernapasan (seperti Bronchitis, Asma serta TBC) dan Rheumatic serta penyakit-penyakit lainnya seperti : Asam Urat, Thalasemia, Flek Paru-paru, Disfungsi Seksual, Datang bulan tidak teratur dan masih banyak lainnya. Susu Kambing juga mampu mengontrol lemak tubuh dan menghaluskan kulit.
Keistimewaan susu kambing sebagai berikut :
1. Kaya Protein, enzim, mineral, vitamin A, dan Vitamin B (riboflavin). Beberapa jenis enzim juga terdapat dalam susu kambing, antara lain : Ribonuklease, Alkalin Fosfate, Lipase, dan Xantin Oksidase. Sementara beberapa mineral yang terkandung dalam susu kambing yaitu Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosfor, Klorin dan Mangan.
2. Mengandung Antiantritis (inflamasi sendi).
3. Mempunyai khasiat untuk mengobati Demam Kuning, Penyakit Kulit, Gastritis (gangguan lambung), Asma, dan insomnia (sulit tidur).
4. Molekul lemaknya kecil sehingga mudah dicerna.
5. Bila disimpan di tempat dingin, tidak merubah kualitas khasiatnya.
TEMPAHAN DAN HARGA BOLEH KLIK LINK BAWAH,
http://halalmalls.my/index.php?m=wildan_susu_kambing
===
May 26, 2011
Khasiat Serai Pada Kesihatan
![]() |
| Mampu membunuh Sel Kanser - Kajian Di Israel |
Beliau diberitahu oleh pesakit-pesakit tersebut telah dihantar oleh doktor-doktor mereka untuk mendapatkan bekalan serai segar dari ladang beliau bagi kegunaan perubatan.
“Pesakit-pesakit ini juga disarankan meminum sebanyak lapan gelas air panas yang direndam bersama serai segar pada hari mereka akan menjalankan radiasi dan rawatan kemoterapi,” kata Zabidov kepada pihak ISRAEL21c. “Inilah tempatnya diseluruh Israel dimana kita boleh memperolehi serai yang segar.”
Semua ini berlaku pada tahun lepas apabila para penyelidik di Universiti Ben Gurion, Negev menemui kandungan bauan atau aroma lemon didalam rempas ratus seperti serai dapat membunuh sel-sel kanser tanpa merosakkan sel-sel lain yang sihat didalam badan pesakit.
Pasukan penyelidik ini diketuai oleh Dr. Rivka Ofir dan Prof. Yakov Weinstein, kini adalah orang-orang bertanggungjawab di Katz Chair di dalam (cell-differentiation and malignant diseases) daripada Jabatan Microbiologi dan Immunologi di Universiti Ben Gurion (BGU).
“Citral” ada kunci utama yang memberikan rasa dan bauan seakan lemon didalam sebahagian jenis herba atau rempah ratus seperti serai (Cymbopogon citrates), melissa (Melissa officinalis) dan verbena (Verbena officinalis).
Menurut Dr. Ofir, hasil daripada penyelidikan mendapati “citral” akan menyebabkan sel-sel kanser ini “membunuh diri sendiri” dengan mengunakan “apoptosis”, sejenis mekanisme yang dikenali sebagai sistem sel mati. Hanya dengan meminum sebanyak satu gram air rendaman serai segar sudah cukup untuk “citral” telah memaksa sel-sel kanser membunuh diri didalam bekas kajian.
Para penyelidik di Universiti Ben Gurion (BGU) memeriksa keberkesanan”citral” ini pada sel-sel kanser dengan memasukkannya pada kedua-dua jenis sel iaitu sel-sel kanser dan sel-sel yang sihat dan dibiarkan membiak dalam bekas kajian. Quantiti “citral” yang dimasukkan adalah satu gram sama seperti kandungannya didalam secawan teh panas yang direndam bersama serai dan didapati “citral” ini hanya membunuh sel-sel kanser sahaja manakala sel-sel sihat tidak mengalami sebarang kerosakan.
Penemuan ini telah dipaparkan didalam sebuah journal sains iaitu “Planta Medica”, dimana journal ini mengetengahkan tentang penyelidikan sampingan atau alternatif dan kegunaan rempah ratus. Sejurus selepas penemuan ini berjaya, ianyanya dipaparkan sekali lagi didalam surat khabar yang paling popular di Israel.
Bagaimana “citral” ini berfungsi? Tiada siapa pun ketahui akan tetapi para penyelidik dari Universiti Ben Gurion (BGU) mempunyai teori terhadapnya.
“Dalam sel didalam badan kita, terdapat satu sistem gen yang mengawal sistem sel-sel mati. Sekiranya sistem tersebut salah, sel-sel didalam badan kita akan membahagi dengan tidak menentu dan seterusnya menyebabkan terbentuk sel-sel kanser. Didalam sistem sel-sel yang sihat, sekiranya sistem tersebut tidak berjalan dengan betul – sebagai contoh, bila mendapati sel-sel tersebut mengandungi gen-gen yang rosak maka sel-sel tersebut akan menjadi sel-sel mati didalam badan,” kata Weinstein. “Penyelidikan ini berupaya untuk menjelaskan kita tentang kebaikan serai”.
Kejayaan dari hasil penyelidikan ini telah menemui satu kesimpulan bahawa serai mengandungi “citral” yang menjadi bahan untuk menentang sel-sel kanser didalam badan kita.
Apa yang diketahui dari hasil penemuan oleh Universiti Ben Gurion (BGU) didalam akhbar, ramai ahli-ahli fizik di Israel mulai sedar dan penyelidikan ini perlu dikaji dengan lebih dalam lagi, doktor juga menasihati pesakit-pesakit dan kepada mereka yang memerlukannya untuk melawan penyakit ini.
Tidak hairan mengapa ladang Zabidov iaitu sebuah ladang serai yang terbesar di Israel menjadi tempat tumpuan kepada pesakit-pesakit kanser. Mereka amat bertuah kerana ada insan yang bersimpati dan menghulurkan bantuan. Menjadi kebiasaan bagi Zabidov menyambut kedatangan pelawat-pelawat dengan menyediakan sebuah cerek besar air teh serai dan sepiring biskut serta kata-kata semangat buat mereka.
“Bapa saya meninggal kerana kanser dan kakak isteri saya meninggal pada usia yang muda juga disebabkan kanser,” kata Zabidov. “Jadi saya paham apa yang dialami atau dirasai oleh mereka. Mungkin saya tidak tahu mengenai ubat-ubatan tapi saya adalah seorang pendengar yang setia untuk mereka. Adakalanya pesakit-pesakit ini juga mencerita kepada saya tentang rawatan mereka yang mahal dan sakit serta apa yang telah mereka lalui selama ini. Saya juga tidak pernah memberitahu mereka daripada berhenti untuk berubat dan adalah terbaik sekiranya mereka sentiasa mendalami kaedah-kaedah sampingan yang sedia ada serta membiasakan diri untuk meminum teh serai ini setiap hari.”
Dari umur muda lagi, Zabidov sudah berminat dengan pertanian. Dalam usia 14 tahun beliau sudah memasuki Sekolah Tinggi Pertanian Kfar Hayarok. Sejurus beliau tamat perkhidmatan dalam tentera, beliau menyertai satu kumpulan dan mereka menuju ke selatan, suatu daerah padang pasir yang dikenali sebagai Arava dan menemui tempat yang sangat sesuai untuk pertanian iaitu Tsofar.
“Kami semua sememangnya berjaya, kami menanam pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran disitu,” sambil tersenyum beliau berkata,”kami dapat membesarkan anak-anak yang comel juga.”
Dalam lawatan beliau ke Europa pada pertengahan tahun 80 an, beliau mula berminat dengan rempah ratus. Pada masa yang sama, Israel tidak memperdulikan masakan timur seperti sekarang dan hanya beberapa jenis rempah ratus sahaja yang ditanam secara meluas seperti pasli, jintan dan ketumbar.
Berjalan-jalan di pasar sekitar bandar Paris dan melihat kepelbagaian jenis herba serta rempah, Zabidov menyedari semua ini mempunyai potensi yang baik jika dipasarkan ke seluruh pelusuk negaranya. Beliau membawa pulang beberapa jenis rempah ratus ke negaranya, “dimana ini adalah satu kesalahan,” katanya sambil tersenyum dengan rasa bersalah, untuk melihat bagaimana rempah ratus ini tumbuh di ladangnya kelak. Tidak lama kemudian, beliau menanam selasih, oregano, tarragon, sawi, sage, marjoram dan melissa serta beberapa jenis pudina.
Perniagaan beliau mulai berkembang dan beliau telah membuat keputusan untuk berpindah menuju ke utara, Kfar Yedidya adalah sebuah tempat yang sangat sesuai, perjalanan yang mengambil masa lebih kurang satu jam setengah dari Tel Aviv. Sekarang, beliau dapat memasarkan ratusan kilogram serai dalam masa seminggu dan juga menandatangani perjanjian dengan pengedar untuk membungkus untuk diedarkan ke seluruh pusat-pusat makanan kesihatan di negaranya.
Zabidov juga mendalami tentang serai ini dan kebaikkan “citral” untuk membantu para pelanggan beliau mengetahui lebih lanjut serta menjemput beberapa penyelidik perubatan ke ladangnya, memberi penerangan bagaimana dan kenapa “citral” berfungsi.
Beliau juga berasa bertanggungjawab untuk memberi tahu kepada para pelanggannya tentang kebaikkan serai. “Apabila saya menyedari apa yang berlaku, saya terus menelefon Dr. Weinstein di Universiti Ben Gurion kerana ada diantara para pelanggannya bertanyakan apakah cara yang terbaik untuk menggunakan “citral” ini. Dr Weinstein memberitahu adalah baik sekiranya serai direndam didalam air panas dan meminumnya sebanyak lapan gelas sehari sebagai amalan.”
Zabidov sangat berpuas hati dengan pennemuan penyelidikan ini bukan disebabkan keuntungan bisnis tetapi kerana ianya dapat meningkatkan tahap kesihatan beliau sendiri.
Walaupun berita tentang penemuan ini disiarkan, beliau dan keluarga juga sememangnya sudah mengamalkan minuman air rendaman serai ini bertahun lama, “kerana rasa airnya yang sedap.”
May 25, 2011
ASAM PEDAS CLAYPOT WANGSA MAJU KUALA LUMPUR
Salah satu tempat makan asam pedas claypot yang biasa saya makan di Kuala Lumpur, ialah Asam Pedas Claypot yang terletak di Jaya Jusco Wangsa Maju.
Anda masuk ke Foodcourt dan cari Asam Pedas Claypot.
Lihat Laman Webnya :
http://znr-resources.com.my/makanan/asam-pedas-claypot-jaya-jusco-wangsa-maju-kl.html
Selamat menjamu selera
Resepi Kem Som, Keng Som, atau Kemson (Asam Pedas Thailand)
![]() |
| Kemsom atau Keng Som atau Asam Pedas Thailand / Siam |
Ia sama dengan asam pedas Perlis.
Cara membuat Asam Pedas Thailand ( Kem Som atau keng som )
1 ekor ikan siakap
1 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
2 sudu kicap masin
3 sudu air asam jawa
2 keping nenas
bahan kisar
10 biji lada kering
3 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 sudu belacan
Cara membuatnya
1.Ikan yg dibersihkan direndam dgn air asam jawa 5 min.
2.Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkkan air asam jawa.
3.Tambahkan air. Akhir masukkan ikan,kicap,gula,garam dan nenas.Biarkan mendidih.
Apakah Makanan Berkhasiat
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna dan kurang memakan makanan yang berkhasiat.
Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, "Diri Anda Ialah Apa Yang Anda Makan" dan kenyataan ini benar dalam soal kesihatan. Corak pemakanan menentukan keadaan kesihatan kita kerana diet yang tidak teratur memburukkan kesihatan.
Seorang Pakar Pemakanan dari Amerika Syarikat, Frances M Lappe berkata rakyat di negaranya mempunyai diet yang tidak menyihatkan. Dalam bukunya Diet for a Small Planet beliau berkata penduduk negara itu memakan terlalu banyak daging, lemak, gula, alkohol, bahan penambah tetapi kurang memakan makanan berserat.
Tabiat ini juga mulai merebak di kalangan rakyat Malaysia yang pada umumnya memakan kian banyak makanan berproses. Adakah anda salah seorang daripada mereka? Adakah diet anda mempunyai ciri-ciri seperti berikut?
Terlalu banyak lemak dan kolesterol
Makanan seperti daging telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju merupakan sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol.
Lemak boleh menyebabkan kegemukan, mendorong serangan jantung dan meningkatkan risiko serangan kanser sementara kolesterol menjadi punca utama sakit jantung.
Makanan berproses dan snek seperti kentang goreng dan kerepek juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol begitu juga dengan makanan jualan penjaja.
Terlalu banyak gula
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.
Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.
Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.[/i]
Terlalu banyak garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam.
Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.
Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
Terlalu sedikit serat
Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa antara 70 - 80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Mengurangkan masa yang diambil makanan untuk melalui saluran itu dapat melindungi daripada serangan kanser usus besar dan rektum dengan mencairkan bahan beracun yang terdapat di dalam usus besar dan mempercepatkan pengeluarannya dari tubuh.
Setiap manusia mempunyai keperluan yang berbeza, oleh itu anda harus menentukan sendiri apa yang terbaik untuk diri anda. Untuk memastikan anda makan berlebihan, anda mungkin perlu menimbang berat badan dari semasa ke semasa atau perhatikan sama ada terdapat perubahan ketika berpakaian iaitu sama ada pakaian kian sendat atau tetap seperti biasa.
Kita perlu mengimbangi tenaga (makanan) yang kita perolehi dengan tenaga yang digunakan untuk kegiatan seharian. Jika anda berkejar ke sana ke mari sepanjang hari, bererti anda telah menggunakan lebih banyak tenaga berbanding jika anda hanya duduk sepanjang masa. Jika anda memakan melebihi keperluan tubuh, maka lebihan makanan itu akan tersimpan sebagai lemak.
Diet anda menentukan keadaan kesihatan anda sepertimana pepatah diri anda ialah apa yang anda makan. Oleh itu penting bagi anda mengamalkan tabiat makan yang baik dari peringkat muda lagi.
Sumber: Utusan Malaysia












