Tengku Razaleigh Hamzah meramalkan dalam
pilihanraya umum ke 13 yang akan datang ini United Malay National Party
(UMNO) akan menerima kekalahan lagi.
Dari pemerhatian beliau pengundi bukan Melayu semakin menjauhkan dari Barisan Nasional atau lebih tepat lagi lari dari UMNO.
Beliau dakwa ada kemungkinan Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat
tidak memiliki majoriti yang meyakinkan. Bila terjadi sedemikian,
negara kita mungkin menghadapi krisis.
Menurut Ku Li, hampir 90% peratus pengundi China bersedia untuk
mengundi Pakatan Rakyat. Ada pengundi India yang telah kembali
menyokong Barisan Nasional, tetapi majoriti masih bersama Pakatan
Rakyat. Pengundi Melayu pula kini terbahagi kepada dua.
Ku Li, ahli parlimen Gua Musang semenjak 1974 dan juga bekas Menteri
Kewangan Malaysia, menganggap pentabiran dibawah pimpinan Datuk Seri
Najib Razak ini amat lemah dan tidak memahami krisis ekonomi global
yang sedang melanda dunia sekarang.
Mengikut Ku Li pentabiran sekarang ini selalu berdulak-dalik - flip
flop - apabila mengajukan sesuatu dasar. Dasar sorong tarik ini
terjadi kerana banyak dasar-dasar ini tidak difikirkan secara masak
terlebih dahulu.
"Mereka tidak peduli satu apa pun... tetapi mereka tidak ingin masuk
penjara," Ku Li memberi kesimpulan terhadap pentabiran Najib Razak.
Ku Li, seorang bekas penuntut Malay College Kuala Kangsar (MCKK),
berkata demikian dalam satu makan tengah hari bersama beberapa orang
murid tua MCKK minggu lalu.
Mengenai isu hak royalti minyak, Ku Li dengan tegas menerangkan bahawa
perjanjian antara Petronas dengan negeri-negeri jelas disebutkan hak
royalti dan tidak ada fasal yang menyebut wang ehsan.
Malah Ku Li amat berbangga kerana beliau sebagai Pengerusi Petronas
1974 telah bertanggung jawab membuat butiran perjanjian minyak ini
atas arahan Tun Abdul Razak.
"Walaupun perjanjian ini dalam bahasa hukum-hakam tetapi amat jelas
Petronas wajib memberi 5% kepada negeri dimana minyak ditemui."
Krisis tuntutan Kelantan terhadap royalti minyak ini hanya boleh
diselesaikan jika Malaysia memiliki apa yang Ku Li namakan sebagai
Mahkamah Perlembagaan atau Constitutional Court.
Beliau berpendapat telah sampai masa Malaysia mewujudkan Mahkamah
Perlembagaan khusus untuk menyelesaikan isu yang berkaitan dengan
perlembagaan seperti kedudukan Raja Raja Melayu, hak kebebasan rakyat ,
pilihanraya yang bebas atau tuntutan royalti minyak.
Kecekapan Ku Li ini sebagai pakar ekonomi dan Menteri Keewangan
terbukti pada tahun 1979 apabila beliau telah berjaya mengambil alih
kembali harta tanah Guthrie dalam apa yang dikenali sebagai 'the dawn
raids'. Ketika itu Ku Li dilihat sebagai nasionalis ekonomi yang
berjaya mengambil kembali harta negara yang telah dijarah oleh
penjajah.
Mengikut lajenda politik Malaysia, Ku Li sepatut telah menang dalam
pemilihan Presiden UMNO dalam tahun 1987 tetapi malangnya ketika
pengiraan undi berjalan tetiba bilik menjadi gelap dan lampu leterik
telah terpadam. Mahathir Muhamad telah berjaya menewaskan Ku Li dengan
43 undi apabila lampu terpasang kembali.
Ku Li tidak menimbulkan hal ini malah pertanyaan mengenai ' kes lampu
padam' ini hanya akan dijawab dengan senyuman yang panjang. Ku Li
enggan melintasi dilurah yang sama.
"Mahathir ini bukanlah cerdik sangat. Dia selalu menjalankan dasar 'ad
hoc'. Selalu mencuri idea dan pandangan orang lain dan mengakui sebagai
haknya," dakwa beliau.
"Dia curi-lah. Saya selalu melihat dia 'playing to the gallery'," kata
Ku Li, menerangkan pandangan dan pengalaman beliau yang terkumpul
selama 5 tahun bersama Mahathir Muhamad sebagai menteri.
Bila ditanya tentang Anwar Ibrahim Ku Li menerangkan bahawa dia hanya
mengetahui Anwar sebagai aktivis belia. Walau pun mereka berdua belajar
di Malay College tetapi mereka agak jauh bertelingah zaman.
Mengikut surah Ku Li, kali pertama secara rasmi dia dengar nama Anwar
ialah dari Putera Muhamad anak kepada Raja Feisal dari Saudi Arabia.
Ketika itu Ku Li sedang menjawat Pengerusi Bank Islam OIC. Putera Raja
ini bertanya kepada Ku Li apakah patut Anwar Ibrahim dan ABIM ini
dibantu oleh dana Yayasan Feisal.
"Sekarang Anwar sedang menjadi dilema kepada Najib. Ini mengikut lojik
yang kita lihat. Saya yakin Anwar akan masuk penjara. Kalau Anwar bebas
UMNO akan habis. Tidak dapat tidak Anwar akan dipenjara."
Ku Li merumuskan bahawa pentabiran pimpinan Najib Razak kebelakangan
ini bukan sahaja lemah malah dalam huru hara. Mengikut pandangan Ku Li ,
Najib Razak sebagai Presiden UMNO terlepas peluang yang amat besar di
Perhimpunan Agong UMNO yang baru berlangsung. Ketika mata dan telinga
seluruh negara berpusat memandang ke PWTC, Najib tidak melaku-kan
apa-apa terhadap Shahrizat.
"Shahrizat sepatutnya dibuang. Termasuk beberapa orang menteri yang
nama mereka telah busuk ditelinga orang ramai. Tetapi Najib senyap
membisu," katanya.
Apakah peranan yang masih boleh dimainkan oleh Putera raja dari
Kelantan ini masih belum jelas. Ku Li dibesarkan di Istana dan
dididik di Malay College — seharusnya menjadi kimia terbaik untuk
memimpin negara ini. Ku Li dilihat sebagai sebagai ahli politik yang
tidak membawa beban 'kerpai buruk'. Tetapi Ku Li juga adalah sosok
yang berkontradiksi.
Ku Li tidak akan memboceng motosikal untuk berkempen jika jalan raya
berasak asak. Ku Li juga tidak akan mengambil 'loud hailer' untuk
menggumpulkan massa. Jauh sekali Ku Li untuk turun memasang poster
atau memasang khemah atau turun berdemo.
Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd Hamzah ialah putera raja. Mungkin
inilah sosok yang digambarkan oleh Sir Frank Swetthenham 100 tahun
dahulu : Gentleman Melayu Terakhir — The Last Perfect Malay Gentleman.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.