May 15, 2012

Fasha Sanda Mengandung

Fasha Sanda Mengandung. Tarikh berita ini di tulis, Fasha baru seminggu mengandung. Ini bunting pelamin ni, hebat hebat sungguh Fasha dan suaminya Toh Muda Rizal Ashram Ramli, 36. Tahniah kami ucapkan

Hari ini Harian Metro, melaporkan Fasha Bunting Pelamin

Alhamdulillah semuanya rezeki dan saya sendiri tidak pernah menyangka ia terlalu awal buat kami berdua. Saya sebenarnya tidak tahu sehingga membuat pemeriksaan pagi tadi (semalam) di klinik di Ampang bersama pembantu peribadi dan kemudiannya doktor mengesahkan ujian air kencing positif yang mana saya sah mengandung.

“Suami sendiri terkejut kerana tidak menyangka menerima berita ini. Jika benar apa yang dikhabarkan kepada kami berdua ini, ia adalah rezeki dan doa kami berdua akhirnya terjawab untuk memiliki cahaya mata secepat mungkin.

“Namun saya masih perlu menjalani ujian seterusnya bagi mengesahkan sekali lagi yang saya benar-benar mengandung,” katanya.

sumber HM

1 comment:

  1. yela 2 bunting pelamin..ntah ank sape fasha kandungkan..nak tutup rahsie cakap anak jejai..

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...