Pages

Jul 24, 2011

Kenapa Bersikap Negatif pada Sistem Biometrik

Biometrik ialah sistem laluan masuk yang guna cap jari sendiri untuk masuk ke dalam sistem data atau apa saja sistem, seperti imgresen untuk daftar masuk dan keluar negara. Jabatan pendaftaran dan Imigresen sudah lama guna sistem biometrik ini. Tetapi bila SPR cadang guna sistem biometrik dalam piliharaya, bagi atasi undi 2x atau atasi pengundi hantu atau list hantu, ada pihak yang tak setuju, Faham ke mereka dengan sistem biometrik ini. Kalau tak faham kena faham dulu sistem. Ayat mudah ialah, kita letak jari, sistem akan beritahu jari anda atau siapa pemilik jari dan siapa pemilik mykad.

Jadi apakah sistem biometrik mengikut bahasa sains teknologi


Biometrik merupakan kaedah untuk mengecam (recognize) individu berdasarkan ciri-ciri biologi (biological) dan tingkah laku (behavioral) individu tersebut. Ciri-ciri biologi dan tingkah laku individu seperti cap jari, tapak tangan, anak mata, suara, muka, pengecaman asid deoxyribonucleic (DNA), keystroke, tandatangan dan sebagainya telah digunakan untuk mengenal pasti individu sejak dahulu lagi. Baca lanjut sini

Apa yang saya faham sistem biometrik

Kalau dalam piliharaya, ia dapat elak pengundian hantu, atau undi 2 kali atau 3 kali, Caranya, anda undi di lokasi A, dah sah, tetapi jika anda cuba undi di lokasi lain, sistem akan bagi tau anda dah undi di lokasi A. Misalnya anda bawa mykad orang lain, anda diminta scan, kemudian sistem akan beritahu, cap jari anda tak sama dengan cap jari dalam mykad.

SPR akan membuat pengumuman nanti bila sistem biometrik pilihanraya dah siap, kita tunggu keputusan ujian, demo mereka nanti, sebelum nak laksana kena uji dulu, semua pihak akan di jemput dan menilai.

Isu dan Masalah

  1. Kos yang tinggi di peringkat permulaan pelaksanaan, tetapi akan mengurang kos untuk jangkamasa panjang.
  2. Perlu sistem internet di semua pusat mengundi, apakah semua tempat mengundi sediada ada akses internet atau broadband. Kos ini perlu ambil kira.
  3. Membersih pemilih yang mempunyai nama bertindih di lokasi berlaian.
  4. Sistem pangkalan data perlulah selamat dan high security dan tak boleh ceroboh
  5. Kena ada badan bebas pantau pengurusan dan pelaksanaan sistem biometrik
  6. Sistem kena ikhlas, telus dan tahap keselamatan tinggi
Kita harap kajian lanjut akan dijalankan dalam pelaksanaan nanti, dan kita beri peluang mereka bukti dulu sistem biomatrik ini terbaik berbanding sistem celup dakwat, kerana tujuan asal elak pengundi hantu dan senarai yang meragukan.

KOMEN PEMBANGKANG PULA




Pembangkang pun masih lagi kabur, sedangkan SPR belum lagi mengadakan DEMO Sistem pada mereka, yang bercakap tu bukan pro IT dan komputer.

Pada saya kedua pihak SPR dan Pembangkang kena lapang dada. Jika sistem memberi manafaat pada negara dan rakyat, kenapa membantah. Kita tunggu ujian sistem nanti

2 comments:

  1. biometrik dikawal sepenuh o komputer(ada server) utk undi 2x padam atau setkan dalam server sekian2. kalau data dlm imigresen boleh dipadam(altantuya), biometrik pn boleh berlaku. ini semua peratuan politik. sistem baik tp manusia jahat

    ReplyDelete
  2. Biometrik ialah sistem laluan masuk sahaja untuk mengundi, Data cap jari adalah dari data Jabatan Pendaftaran Negara.

    Mengundi seperti biasa, guna borang dan pangkah. kiraan undi macam biasa juga, cuma sistem biometrik ini mudah kesan , kalau kalau ada yang nak cuba undi 2x.

    Menurut SPR mereka akan panggil semua parti politik untuk lihat demo dan ujian sistem, pihak pakar komputer luar juga akan di panggil.

    Itu pendapat saya

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.