Pages

Jul 24, 2011

Biometrik SPR kenapa perlu kontroversi

Sistem biometrik spr, oh ooo biometrik, apakah biometrik, dimana salah kau, kenapa pembangkang selalu hentam spr kerana sistem. Bila nak buat sistem yang mencegah pengundi hantu , mereka tak setuju, alasan pembangkang ialah masih tak telus. Sistem ini kalau orang undi 2x ia akan kesan, orang guna kad palsu pun dapat kesan, kerana ia perlu scan ibu jari dan banding dengan cap jari di Mykad.

PENGGUNAAN sistem biometrik atau imbasan ibu jari pengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 diyakini dapat menghapuskan keraguan dan mainan politik pihak tertentu, terutama pembangkang yang mendakwa wujud penipuan dalam proses pengundian.

Langkah itu sepatutnya dapat meyakinkan rakyat berikutan kesangsian yang ditimbulkan pembangkang. Mereka mendakwa kononnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kerajaan terbabit dalam penipuan dan menggunakan senarai daftar ahli yang turut mengandungi nama pengundi yang meninggal dunia. Ketelusan dalam sistem pengundian itu adalah antara tuntutan pihak pembangkang dan kumpulan Bersih yang telah ada demo pada 9 Julai 2011 lalu.

Antara lain mereka menuntut agar dibersihkan senarai nama pengundi dan mahukan dakwat kekal digunakan pada PRU-13. Ternyata sistem biometrik yang kini digunakan dengan meluas oleh Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengesan kemasukan pendatang asing didapati kaedah yang lebih baik bagi mewujudkan ketelusan dalam pilihan raya.

Sistem itu lebih praktikal dan sesuai dengan pemodenan dalam pentadbiran kerajaan, berbanding penggunaan dakwat kekal seperti yang dilakukan di negara lain. Penggunaan dakwat kekal hanya menyusahkan pengundi dan pegawai SPR di pusat mengundi dan boleh mencetuskan kekecohan sekiranya timbul perasaan tidak puas hati daripada pihak tertentu.

Kaedah baru ini didapati lebih sesuai dilaksanakan kerana tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan berbanding dakwat kekal. Lagipun, SPR selaku badan bertanggungjawab menguruskan pilihan raya tidak boleh menghalang mana-mana individu menunaikan tanggungjawab untuk mengundi semata-mata kerana ada dakwat kekal pada jari mereka kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan. Ketika menerangkan penggunaan sistem biometrik kelmarin,

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata pihaknya akan menggunakan kaedah sama yang digunakan Jabatan Imigresen dan JPN untuk mengesahkan identiti pemegang MyKad dan maklumat peribadi individu sebelum dibenarkan mengundi, termasuk menerusi cap jari. Maknanya, sistem itu sekali gus dapat menyelesaikan masalah pengundi hantu seperti dibangkitkan pemimpin pembangkang serta bebas daripada unsur penipuan.

Pelaksanaan sistem biometrik ini sepatutnya memuaskan hati pihak pembangkang kerana apa dilakukan SPR memenuhi tuntutan mereka yang mahukan perubahan bagi menggantikan sistem sedia ada yang didakwa kononnya tidak adil. Bagaimanapun, kita masih sangsi apakah langkah SPR itu dapat memuaskan hati pembangkang khususnya pemimpin mereka?

Namun, seperti yang kita tahu pembangkang akan tetap tidak berpuas hati dengan tindakan SPR, walaupun menang di empat negeri pada Pilihan Raya Umum 2008. Sudah menjadi tabiat mereka menentang apa saja dilakukan kerajaan dan agensinya, walaupun semua itu demi kebaikan semua pihak.

Minda pengarang BH

2 comments:

  1. Demi kebaikan untuk semua pihak.....atau paling TEPAT .....demi kebaikan untuk pihak2 tertentu aje.... hehehe3

    ReplyDelete
  2. PBT dah laksanakan kerja-kerja menangkap PATI di kelab-kelab malam.. Rekod mungkin dah ada. Apa salahnya, sistem biometrik digunakan pula SPR kali ini?..lebih sahih dan data pun tepat.

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.