Showing posts with label Telephone. Show all posts
Showing posts with label Telephone. Show all posts

Mar 23, 2012

HARGA REVIEW SAMSUNG GALAXY Y

REVIEW SAMSUNG GALAXY Y
Hari ini REVIEW SAMSUNG GALAXY Y. Memulakan hidup baru anda pintar dengan SAMSUNG GALAXY Y muda, pengguna mudah alih yang dinamik di mana saja yang mahu kekal berhubung dan yang berkaitan. Semua loceng & wisel telefon pintar Android yang dipacu dengan aplikasi yang menarik, lebih cepat muat turun, sambungan Wi-Fi UI lebih intuitif, menarik. Mengakses aplikasi berasaskan web dan Internet mudah alih tidak pernah menjadi semudah itu bagi generasi baru sentiasa bergerak. Model ini termasuk besar 3 "paparan dan papan kekunci QWERTY tetapi masih kekal padat.
REVIEW SAMSUNG GALAXY Y
Pelbagai warna pilihan memenuhi pelbagai keperluan anda. Padankan warna dengan cordination atau mood anda hari ini, dan luahkan perasaan anda dengan Samsung GALAXY Y. belakang 5 berwarna berbeza penutupnya datang di dalam kotak-

Prestasi berkuasa memenuhi bergaya, reka bentuk yang kompak dalam pemproses Y. GALAXY Kuat, lebih cepat muat turun kelajuan 7.2Mbps menjadikan ini sudah pemenang. Tambah faktor bentuk yang menarik padat dan 3 "skrin untuk tontonan yang cukup video dan bermain permainan dan anda benar-benar di atas.

Paling up-to-date Android sistem operasi menyediakan pengalaman pengguna yang lancar menghamburkan kata-kata oleh perkhidmatan Google Mobile menakjubkan bahawa antara muka aplikasi berasaskan web dengan pilihan kehidupan sebenar di masa lapang hiburan, dan pilihan gaya hidup. Hab sosial mengintegrasikan teks, mesej, emel dan kemaskini SNS ke dalam makanan satu kronologi yang boleh diakses pada bila-bila masa. Free Samsung Apps (dan juga dibayar) berguna dan yang tidak ternilai, dan membuat hidup anda lebih mudah dan lebih menyeronokkan.

Nikmati TouchWiz visual menangkap UI dan impoved pengguna antara muka yang lebih berwarna-warni. Anda boleh menyesuaikan sepenuhnya skrin utama anda kerana anda tahu yang terbaik yang mempunyai, aplikasi dan kandungan ar yang paling penting untuk anda. Sentuhan multi-fungsi zoom untuk melayari web untuk memperbesar ebpages untuk menangkap setiap butir-butir. Anda juga boleh mencari aplikasi dan senarai kenalan anda dengan teks atau suara untuk mencari apa sahaja atau sesiapa sahaja yang anda mahu.



Berasa super yang berkaitan dengan kedua-dua pilihan wayarles dan berwayar sedia untuk GALAXY Y. Tiada kebimbangan tentang mendapatkan di Internet dengan Wi-Fi (b / g / n) untuk sambungan tanpa wayar yang lebih stabil dan selamat supaya anda akan dapat menghantar dan mengakses andaakaun dalam talian pada bila-bila masa. Permohonan tethering juga membolehkan sambungan Internet tablet atau komputer riba anda melalui telefon bimbit anda.

Jenis oleh SWYPE cepat
Texting adalah lebih seronok dan mudah pada papan kekunci QWERTY yang besar maya dengan Quicktype oleh teknologi SWYPE untuk harfiah mengesan surat dalam gerakan berterusan tunggal.

Mengambil gambar dengan Kamera 2MP dan saham di SNS segera

Apabila anda mahu mendengar muzik, hanya memasukkan alat dengar untuk Samsung GALAXY Y, 3.5mm Telinga jek sesuai dengan fon telinga biasa, fon kepala dan pembesar suara mudah alih

HARGA - RM459.00 TAHUN 2012

Feb 10, 2012

Teknologi Telefon pintar cepat berubah

Teknologi Telefon pintar cepat berubah

Teknologi Telefon pintar begitu cepat berubah. Telefon pintar telah menjadi kebiasaan kepada pengguna di negara ini setelah masuk ke pasaran dalam tempoh yang sangat sekejap. Bayangkan, dalam masa dua tahun, ia berevolusi sepantas kilat sampai kita tak mampu mengejarnya.

Sekarang, kita tidak boleh lagi berkata "Ah, tunggu lah lagi dua bulan baru aku beli telefon itu, telefon ini", sebab, dalam tempoh masa itu telefon yang anda idamkan mungkin sudah ketinggalan dari segi teknologinya. Nokia sekarang 2012 sudah mengeluarkan NOKIA LUMIA 900 DAN NOKIA BELLELink

Cepat betul masa berubah. Sebaik-baiknya, pengguna perlu memikirkan semasak-masak kegunaan yang akan menjadi sebati untuk tempoh setahun.

Teknologi akan berubah terutamanya dari segi kelajuan dan resolusi skrin. Tahun lepas kelajuan paling maksimum untuk satu telefon pintar ialah 800MHz. Sekarang, kelajuan paling tinggi direkodkan ialah 1.5GHz.

Bezanya memang jauh. Anda boleh bayangkannya begini. Dengan kelajuan 800MHz, tempoh buka satu aplikasi boleh ambil masa sampai satu saat - agak lembab untuk penggunaan telefon sekarang. Tetapi, dengan kelajuan 1.2GHz saja, tempoh buka aplikasi hanya memakan masa sekadar 0.2 saat.

Setakat ini, empat telefon pintar yang tiba-tiba muncul mendadak tapi memang menjadi sasaran yang hebat untuk dibeli asalkan cukup duit dalam poket untuk pelaburan.

Satu daripadanya pastinya iPhone 4s. Walaupun mendatangkan rungutan di kalangan pencinta Apple kerana syarikat itu dikatakan seakan menipu dengan menidakkan pengeluaran iPhone 5, model ini masih hangat untuk dibeli.

Semuanya disebabkan fungsi Siri (arahan suara) yang menjadikan kita seakan-akan dalam alam Terminator atau Stealth. Lagi menarik, kameranya yang jauh lebih baik serta kelajuannya dengan operasi iOS5.

Ok, ia masih belum sampai di Malaysia, satu-satunya yang pasti ialah Samsung Galaxy Note yang dikira mantap dengan skrin besar dan Pen 'S'nya. Dibuat dengan kukuh pada kepantasan 1.4GHz sudah menawarkan produk yang menusuk kalbu. Tergoda mahu mendapatkannya.

Kepada mereka yang sukakan seni, Galaxy Note memang idea paling atas untuk difikirkan. Mana tidaknya, anda boleh lukis di atas skrin sebesar 5.3 inci dengan mudah berikutan kadar responsif pada Pen S memang handal.

Satu lagi yang meleret mata untuk menontonnya ialah Motorola RAZR. Walaupun kelajuannya kurang 0.2GHz berbeza dengan Samsung Galaxy Note, tahap nipisnya memang ajaib. Tabik kepada Motorla sebab berjaya menjadikan saiznya senipis 7.1 milimeter saja.

HTC juga menambat hati, terutamanya dengan Sensation XE yang bekerjasama dengan Beatsaudio. Fuh! Bunyi yang terhasil memang menggegarkan gendang telinga. Seperti biasa, HTC memang lain dari yang lain apabila menonjolkan display qHD jadi skrin anda memang terang dan sesuai untuk menonton filem.

Dalam keempat-empat produk tersebut, mungkin tiada satu yang boleh meyakinkan sejauh mana ketahanan bateri untuk tempoh lama.

Kalau dahulu, kita tak perlu mengecas telefon untuk jangka masa tiga hari malah seminggu sebab tak banyak aplikasi berat untuk dimainkan.

Walau bagaimanapun, zaman sekarang, vendor telefon seperti tiada idea atau menghadapi dilema yang sangat teruk untuk mengatasi masalah bateri. Kalau bateri besar, ia akan menjadikan telefon berat dan tidak akan disukai pengguna.

Setakat ini bateri paling besar pun ialah 2500mAh tapi saiz telefon terpaksa ditingkatkan melebihi 5 inci. Ia memang dilema bagi semua pengeluar.

Satu-satunya cara yang boleh dilakukan sekarang ialah dengan mengoptimumkan aplikasi dibuka dengan sistem tutup pada aplikasi yang tidak digunakan tapi bantuannya agak minima.

Oleh itu, perhatian paling penting pada masa depan ialah tahap penggunaan bateri yang perlu dianggap paling penting bagi pengeluar telefon pintar, bukan fokus pada resolusi skrin yang tinggi atau keupayaan main video HD semata-mata.

Aplikasi akan bertambah dari hari ke hari. Simpanan juga bukan lagi setakat 1MB jadi lebih baik lakukan sesuatu sebelum pengguna kecewa.

Jun 6, 2011

Salamfone talian telefon prabayar syariah

Salamfone adalah antara beberapa penyedia talian telekomunikasi tempatan, dimana mereka kini menjadi pengendali talian perkhidmatan mudah-alih prabayar pertama yang berlandaskan syariah Islam. Buat masa ini, mereka hanya memperkenalkan perkhidmatan mereka di Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan terkini Lembah Klang.

Buat masa ini, SalamFone mensasarkan pengguna berusia diantara 19 hingga 55 tahun, dimana melalui talian mereka, mereka mengharamkan beberapa perkara, termasuk mengharamkan gambar lucah dihantar dan diterima melalui talian mereka.

SalamFone dijangka akan diperkenalkan diseluruh Malaysia secara berperingkat. Buat masa ini, mereka menggunakan pangkalan 010 6XXX XXX, dimana para pengguna boleh mendapatkan pek permulaan prabayar pada harga cuma RM8.50 sahaja. Buat masa ini, SalamFone mengenakan caj sebanyak 25 sen seminit untuk panggilan (1 sen akan di infaq), serta 10 sen untuk satu SMS.

SalamFone juga dijangka akan memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar mereka pada bulan hadapan.

May 25, 2011

PANDUAN MEMBELI HANDPHONE


Kepada semua yang baca artikel ni.. saya ucapkan selamat datang ke blog saya, sekarang nak aktif semula buat blog..

Kawan kawan ada handphone tak? La ni semua orang dah pakai handphone, sampai tok di kampung dah pandai cakap orang putih, apa mereka cakap, hang pi Topup ni handphone tok ni. Kredit habis, kadang Tok cakap kat Tok Wan, tolong beli sat topup RM5.00.

Handphone sekarang ni pun dah mampu milik sebab ada yang murah, ada yang mahal. Kalau dulu ye la handphone tu memang boleh dikatakan susah la jugak nak dapat dengan harga murah kan. Tapi walaupun ramai yang dah pernah pakai handphone tapi masih ada yang tak pernah sentuh pun handphone walaupun murah..Tu kira cerita lain..

Ok tip ni mungkin membantu anda...


Tips/Panduan Sebelum Beli Handphone/Telefon Bimbit


1. Kenalpasti lokasi ataupun kedai yang meyakinkan
Kalau kita nak beli sesuatu benda yang berkualiti, mesti kena survey tempat yang elok dulu kan. Yang memang boleh kita percaya tempat tu bukan jual barang-barang tiruan/tipu. So, pilihla kedai-kedai telefon yang memang kita rasa tempat yang betul untuk beli handphone dan bukan di kedai mainan.


2. Rancang Perbelanjaan Ikut Kemampuan
Yang ni pun penting jugak sebab kalau kita nak beli handphone kita mesti dah buat kira-kira berapa bajet nak beli handphone tu. Bukan pe, takut nanti dah sampai di kedai telefon tu berkenan pulak handphone mahal tak padan dengan bajet. Tapi bila balik rumah, pokai..Huk3

3. Cari Info Berkaitan Handphone Yang Nak Dibeli
Cari la sebanyak mungkin info untuk rujukan kita. Tengok apa fungsi yang ada sebelum buat pilihan. Buat perbandingan dengan handphone-handphone yang lain yang lebih kurang sama harga.


Lain lain

1. Buat tawar-menawar dulu. Compare harga di tempat-tempat lain.  Kalau pandai tawar-menawar memang untung la korang. Tapi bukan menepung tawar k. Tu untuk orang kawin je..:-p

2. Jangan bagitau bajet yang kita ada. Survey dulu sebelum beli sebab takut kena tipu.

3. Pastikan jaminan/warranty yang diorang bagi contohnya:

- Warranty kedai/warranty pengeluar
- Pastikan set original (Zitron)/ set AP. Set Zitron lebih mahal dari set AP.
- Berapa lama tempoh warranty. Lagi lama lagi bagus.
- Warranty aksesori contohnya bateri, software, speaker dll.

4. Pastikan ada cop SIRIM, barcode dan tarikh bila dikilangkan.

5. Pastikan nombor EMEI yang ada di handphone dengan jurujual adalah sama.

6. Pastikan semua aplikasi handphone berfungsi. Mintak jurujual bukak dan korang check semua berfungsi dengan baik atau tak.

7. Kalau mampu beli lah..... jangan ikut kawan kawan, buat bajet sendiri.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...