Cara Menyemak Keputusan Peperiksaan SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH Secara Online Atau SAPS NKRA Kementerian pendidikan
Sila ikuti langkah-langkah berikut:
Klik pautan berikut untuk ke menu utama laman web SAPS Untuk Semakan Ibubapa:
sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
1. Masukkan nombor kad pengenalan atau sijil lahir pelajar (tanpa dash "-" atau space).
2. Pilih samada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah, dan pilih Tahun peperiksaan.
3. Klik butang Semak Laporan, dan anda akan dibawa ke submenu seperti paparan di bawah:
4. Pilih jenis peperiksaan yang ingin disemak, samada Ujian, Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Akhir Tahun, Peperiksaan Percubaan UPSR, PMR/PT3, SPM dan sebagainya.
5. Kemudian klik butang Papar Slip Keputusan untuk menyemak keputusan terperinci ujian/peperiksaan yang dipilih seperti markah, gred, kedudukan dalam kelas/darjah/tingkatan, peratusan dan sebagainya.
6. Klik Papar Markah Peperiksaan untuk menyemak analisa keputusan bagi semua ujian dan peperiksaan bagi tahun yang dipilih.
SEMOGA ANAK TUAN PUAN BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT
AMIN
NUTRIEN MINDA
WWW.CPINTRASS.COM
GULA ASLI STEVIA BAIK UNTUK PELAJAR
WWW.BIT.LY/GOSTEVIA
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.