Dec 15, 2015

Makan dan melawat Tamalang dan tanjung po Satun Thailand

Cuti sekolah 13 Dis 2015 kami bertolak dari perlis ke wilayah satun thailand. Ambil jalan melalui pintu masuk Wang Kelian.

Beli insuran kereta di sempadan malaysia thai berhampiran Imigresen Thailand. Masuk kereta cari parking dan cop pasport atau border pass. Minta sepupu beli insuran lebih kurang RM37.00. Selepas siap insuran kereta kami buat pendaftaran masuk kereta dengan kastam thailand. (Balik kena serah balik borang tadi pada kastam thai dan sign di buku)

13 Dis 2015 makan di pekan setoi.  Selepas tu Ke Tamalang melawat kawasan melayu di thailand. Mereka banyak tinggal di seberang. Naik bot 10 bath. Ada bot juga dari langkawi ke Tamalang.

Balik bilik di Sabaidee resort berhampiran pekan cina Chann Long. Harga bilik 55bat. Murah dan selesa.

Lepas solat jamak kami ke pak bara. Makan malam di pak bara. Jarak dari sabaideeresort lebih kurang 30km. Makan di kedai muslim Nova. Sedap makanan. Paling sedap kerabu telur belangkas. Kami makan hidang. Order siakap masak stim 2 ekor, telur 2 pinggan, kerabu soohon, sayur campur 2 pinggan, ulam dan sambal 2 set, somtam dua pinggan dan nasi untuk 16 orang. Bayaran 2010bat. Duit malaysia lebih kurang rm224.00

Balik bermalam di sabaidee resort. Esok sarapan pagi di pekan cina chan luk dan beli belah di pasar. Isnin 14 Dis lenggang dan mudah parking. Ramai saudara beli perencah kemsom yang di buat siap. Selepas tu bergerak ke Ban Tam yong po atau Tanjung pauh atau po

Kami ke kedai  atau restoren Pak Tam di tanjung pauh. Kedai konsep tradisi terletak tepi pantai. Boleh berbahasa melayu. Tenang suasana. Makanan sedap. Ada surau kecil dan bilik air. Anda boleh mandi laut kerana air jernih. Pantai pasir siput.  Bersih dan boleh nampak langkawi.

Ban Tan Yong Po, Satun atau asalnya Kampung Tanjung Pauh, di daerah Setoi adalah kawasan pedalaman yang jauhnya kira-kira 60KM dari pintu pagar sempadan Wang Kelian. Bagi yang belum tahu, Setoi suatu ketika dahulu ditadbir oleh Kesultanan Islam Kedah.

Tanjung Pauh, sebuah kampung nelayan mula dijejaki oleh pencinta makanan, setelah kebanyakan orang dari Perlis dan Kedah mula meneroka kawasan ini selaras dengan kegilaan mengulas makanan di laman sosial. Ramai yang gemar mencipta nama sebagai antara yang pertama sampai di cerok ini. 

Dari perangkaan penduduk Thailand tahun 2014, Tan Yong Po atau Tanjung Pauh dihuni oleh 1’111 orang (231 keluarga). 97% penduduknya adalah Muslim manakala 3% adalah penganut Buddha. Hampir keseluruhan penduduk Tanjung Pauh bekerja sebagai nelayan dan penoreh getah.

Untuk sampai ke sini anda akan merentas kawasan paya bakau yang luas dan seterusnya ladang-ladang getah.  Jalan sudah dibina elok dan mudah sampai sini.

Suasana kampung macam di malaysia. Rumah perbagai jenis dan bentuk.

Tuan punya restoren di kenali penduduk dan pelancong sebagai pak tsm. Orangnya baik. Selepas makan beliau jamu kami kopi O tumbuk. Wah memang kau rasanya. Kopi ni percuma.

Sini makanan ala thai sahaja.  Menu sedap yang kami order siakap 3 rasa, kemsom, tomyam, sayur campur , 

 kerabu, Sotong goreng dan ayam goreng kunyit. Untuk 16 orang harga 2000 bat.

Restoran paktam tanjung pauh
Bersama paktam baju putih


Gambar atas kuala tamalang dan seberang sana majoriti orang islam dan hanya satu keluarga  cina. Sini asal usul keturunan keluarga hj bakar. 
gambar atas Sabaidee Resort
Bakau di pelihara baik oleh kerajaan Thailand. 
Bot tambang 10 bat ke seberang sana. Motorsikal boleh di bawa bersama


1 comment:

  1. Salam... sungguh menarik saya membaca entry yg disediakan oleh saudari.. adakah saudara masuk ke thai melalui wang kelian? Boleh bagi sedikit tips prjalanan dri border tu untuk smpai ke tanyong poh@tanjung pauh.. -ammar-

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...