May 12, 2015

Kepercayaan rakyat pada PM menurun

Retetan perbagai isu sejak kebelakangan ini pada pendapat saya telah menurun tahap kepercayaan rakyat terhadap pm Najib.

Realitinya bukan pembangkang sahaja tetapi ahli ahli umno dan komponen BN. Ramai mengeluh harga barang naik ekoran sistem gst. Walaupun dinafi kerajaan barang akan turun, tetapi realitinya peniaga menyebut harga naik  juga kerana pembekal naik harga.

Isu syarikat yang di sokong kerajaan iaitu 1MDB dengan perbagai isu pelaburan dan ketidakcukupan dana untuk modal pusingan telah menjejaskan pm dato seri najib.

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir antara yang lantang kritik najib mengenai  1mdb yang dikata tidak cekap dalam pengurusan.  Ramai penyokong tun M sependapat dengan tun agar najib berundur.

Ini sudah tentu Tun yang matang berpolitik lebih tahu, jika isu tidak ditangani segera BN akan hilang sokongan.

Banyak lagi isu yang berlegar di media sosial dalam perbagai persepsi telah menurun tahap kepercayaan rakyat pada beliau. 

Isu tabung haji misalnya telah memberi kesan tahap kepercayaan penyimpan terhadap tabung haji yang beli tanah 1mdb pada harga yang sangat mahal. Walau tanah yang dibeli TH telah dijual balik, namun persepsi terhadap kerajaan yang urus TH menurun.

Punca utama ialah 1MDB . 1MDB hadapi masalah kewangan dan kini disiasat. Saya harap ia disiasat telus. Bukan disiasat sebahagian sahaja. Lakukan bedah siasat dalaman dari A hingga Z

Apa yang perlu di buat ialah muhasabah balik. 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...