Sep 4, 2014

Fatwa Hukum Melabur ASB guna pinjaman Maybank Islamik

Menjawap persoalan hukum dividen ASB hasil pinjaman maybank Islamik. ISU: 
Saya ingin bertanyakan berkenaan dengan hal pinjaman islam untuk asb. Hal ini telah saya bincangkan dengan rakan saya dan adalah lebih baik sekiranya kami dapatkan penjelasan daripada pihak yang berhak seperti Majlis Fatwa.

Situasinya begini: Saya telah mengambil "pembiayaan Islamik ASB" sebanyak RM200,000 daripada Maybank Islamic. Tiap-tiap bulan saya dikehendaki membayar RM1200 kepada Maybank Islamic. Menurut pihak Maybank Islamic, pembiayaan itu akan matang dalam masa 3 tahun di mana saya tidak akan dikenakan caj sekiranya terminate pembiayaan tersebut. Perancangan saya ialah untuk membatalkan pembiayaan tersebut selepas 5 tahun. Jadi saya akan dapat dividen secara kasar RM120,000 untuk 5 tahun tersebut.
Jadi di sini saya ingin bertanyakan akan hukum dividen RM120,000 dan juga hukum untung bersih yang saya perolehi. Adakah dividen tersebut adalah sah dan halal untuk saya, memandangkan dividen itu diperoleh bukan menerusi duit hak saya tetapi hak Maybank.
Berikut merupakan calculation keuntungan saya menggunakan kaedah di atas : Dividen ASB : RM 120,000 Pembayaran kepada Maybank : RM 1200 * 60 bulan (5 tahun) Untung Bersih Saya : RM 72,000
Mohon pihak Majlis Fatwa dapat rungkaikan permasalahan ini kerana persoalan ini amat penting bagi umat Islam sejagat.

PENJELASAN:
Daripada senario yang dinyatakan di atas, beberapa perkara perlu difahami dan diambil perhatian.
Pertama, apabila saudara mendapat pembiayaan daripada Maybank Islamic untuk ASB Financing-i, konsep yang diguna pakai dalam pembiayaan tersebut ialah Commodity Murabahah atau dikenali dalam istilah fiqah sebagai Tawarruq. Melalui kontrak Tawarruq yang melibatkan pembelian komoditi daripada supplier dengan harga tangguh dan kemudian penjualan balik komoditi tersebut kepada pihak ketiga dengan harga tunai, saudara mendapat liquiditi untuk pembelian saham ASB. Liquiditi yang saudara peroleh melalui kontrak Tawarruq adalah hak milik saudara sepenuhnya.
Justeru jika ia dilaburkan ke mana-mana pelaburan patuh syariah, maka keuntungan/dividen yang diperoleh adalah milik saudara.
Kedua, berkenaan dengan apa yang saudara sebutkan sebagai ‘pembatalan pembiayaan, sebenarnya ia bukanlah pembatalan kontrak pembiayaan yang berasaskan kepada Commodity Murabahah tersebut. Tetapi sebenarnya ia adalah penyelesaian awal (early settlement) iaitu penerima biaya membuat penyelesaian awal sebelum sampai tempoh. Dengan membuat penyelesaian awal, pihak Bank akan memberikan ibra’ (rebate) kepada penerima biaya, di mana kadarnya ialah seperti berikut:
Outstanding Bank’s Selling Price - Outstanding Facility Amaount - Other amount due to the Bank
Perlu difahami bahawa penyelesaian awal dan juga pemberian ibra’ tidak memberi kesan kepada pemilikan jumlah pembiayaan (facility) yang saudara perloleh. Jika saudara memperoleh pembiayaan sebanyak RM200,000 dan kemudiannya saudara membuat penyelesaian awal yang menyebabkan saudara mendapat rebate/ibra’, RM200,000 itu adalah kekal milik saudara. Sebarang keuntungan/dividen yang saudara perloleh daripada pelaburan wang tersebut adalah milik saudara.
Wallahu A’lam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...