Kilang Bihun Cap Masjid Terbakar, kilang kontroversi yang di ragui sijil halal ini telah terbakar. Punca kejadian masih disiasat
Gambar kejadian
berita sijil tidak halal
Bihun Istimewa’ cap masjid keluaran sebuah kilang di sini tidak
mempunyai sijil halal yang sah, demikian menurut Jabatan Kemajuan Islam
Malaysia (Jakim) hari ini.
Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim, Hakimah Mohd Yusoff berkata produk
bihun itu mengguna pakai logo halal sendiri pada pembungkusan dan ia
bertentangan dengan Akta Perihal Dagangan 2011, Perintah Perihal
Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011.
Kenyataan itu dikeluarkan di laman web Jakim berikutan penyebaran
beberapa keping gambar pemprosesan bihun istimewa yang kotor dan jijik
di laman sosial, hari ini.
Mengenai kicap ‘ABC Saus Manis’ yang didakwa menggunakan botol arak,
Hakimah memaklumkan produk tersebut adalah tiruan dan tidak menggunakan
logo halal Jakim.
“Produk tersebut dikilangkan semula di kilang yang tidak berdaftar
dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan telah diambil tindakan oleh
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
berdasarkan aduan orang awam,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.