Oct 27, 2013

Karavan Pasar Tani

Karavan Pasar Tani merupakan satu konsep baru yang diperkenalkan oleh FAMA bagi membantu peserta Pasar Tani memasarkan hasil pertanian secara bergerak dan telah memulakan operasi pada Disember 2008.
KARAVAN PASAR TANI

Karavan Pasar Tani merupakan satu konsep baru yang diperkenalkan oleh FAMA bagi membantu peserta Pasar Tani memasarkan hasil pertanian secara bergerak dan telah memulakan operasi pada Disember 2008.
 
Objektif Karavan Pasar Tani
 
Di antara objektif-objektif utama Karavan Pasar Tani termasuklah:-
  • Meluaskan pasaran hasil pertanian
  • Meningkatkan pendapatan petani
  • Medan memperkenalkan barangan keluaran tani atau barangan keluaran baru.
  • Menggalak dan menyediakan tempat memasarkan hasil keluaran khususnya kepada kaum bumiputera
  • Menggalakkan kaum tani khususnya kaum bumiputera menyertai bidang perniagaan.
Konsep
 
Konsep Karavan Pasar Tani adalah:-
  • Memasarkan hasil pertanian secara bergerak kepada pengguna.
  • Persembahan produk-produk yang lebih baik, telah siap dibungkus, lebih kemas, bermutu dan dijual dengan harga yang lebih kompetitif.
  • Van peserta akan ditukar imej luarannya dan akan dibenarkan berniaga di tapak-tapak pasar tani sedia ada.
Imej Komoditi Karavan Pasar Tani
 
Empat rekabentuk imej Karavan  Pasar Tani telah dibangunkan mengikut komoditi iaitu :
  • Sayur dan buah
  • Ayam, daging dan ikan
  • Produk IKS
  • Makanan (kuih-muih) dan minuman
Kelayakan
  • Usia tidak kurang dari 18 tahun dan tidak melebihi 60 tahun
  • Telah menjadi Peserta Pasar Tani yang berdaftar dengan FAMA.
  • Memiliki lori jenis luton van "pick up" (box).
  • Mempunyai latarbelakang perniagaan Pasar tani yang baik dan rangkaian niaga yang sistematik serta konsisten dalam memasarkan produk.
  • Mempunyai kekuatan modal dan modal pusingan
  • Menjual komoditi seperti berikut:
    • ayam, daging dan ikan
    • buah dan sayur
    • produk IKS
    • makanan (kuih-muih) dan minuman
Insentif oleh FAMA
  • Rekabentuk imej luaran pada 4 jenis karavan telah disediakan dan diseragamkan bagi tujuan pengiklanan. Imej pada badan Karavan akan menonjolkan  tag line seperti berikut:
    • Pertanian adalah Perniagaan
    • Pasar tani Pasar Pilihan
    • Usahawan FAMA
    • Petikan ucapan YAB Perdana Menteri "Kita faham akan jerih payah mereka menongkah arus kehidupan, memugar tanah dan bergelut dengan badai demi mencari rezeki"
  • Kos mengecat bahagian luaran Karavan yang dipilih ditanggung oleh FAMA untuk tahun 2009 dan 2010. Pembangunan imej yang dibiayai adalah sebanyak RM 5000.00. Kos bagi pembelian sebuah karavan oleh usahawan Pasar tani dianggarkan RM 60,000.00.
Cara Memohon

Borang permohonan boleh didapati secara percuma di Bahagian Pembangunan Usahawan Ibu Pejabat dan Pejabat FAMA yang berhampiran atau muaturun borang di sini.

Hantar permohonan yang lengkap kepada:
Cawangan Pembangunan Usahawan, Ibu Pejabat FAMA atau Pejabat FAMA yang berhampiran.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...