Oct 21, 2012

JPJ JAWAP TUDUHAN PEMBANGKANG TENTANG AES

JPJ JAWAP TUDUHAN PEMBANGKANG TENTANG  SISTEM AES. Ia bukan bertujuan untuk mengenakan saman dan denda ke atas pengguna jalan raya dan rakyat  atau membawa keuntungan kepada syarikat yang dilantik sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu.

Berdasarkan kajian antarabangsa, pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17 peratus sehingga 71 peratus dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40 peratus.

Sebagai contoh, negara Perancis telah mencatatkan penurunan kadar kematian sebanyak 27 peratus dalam tempoh tiga tahun pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik manakala negara Kuwait pula telah mencatatkan penurunan kemalangan sebanyak 48 peratus.

Mengikut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pelaksanaan AES di Malaysia juga adalah dijangka dapat meningkatkan POBC kepada 75 peratus adalah memadai untuk mengubah tingkahlaku pemandu.

Dakwaan bahawa Sistem AES akan mengeluarkan 170 saman setiap tahun tidak benar

Sistem AES, sepertimana yang telah diperjelaskan beberapa kali sebelum ini adalah semata-mata untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya melalui meningkat kesedaran pemandu dan pengguna jalan raya terhadap Perception of Being Caught (POBC).

Ia tidak bertujuan mengaut apa-apa keuntungan dan membawa keuntungan kepada syarikat yang dilantik sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu.

Jumlah saman yang akan dikeluarkan oleh JPJ adalah bergantung kepada pemandu dan pengguna jalan raya sendiri. Apabila mereka tidak memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat lagi, tidak akan ada apa-apa saman yang akan dikeluarkan.

Oleh sebab itu, pengiraan sendiri dan dakwaan yang tidak munasabah oleh pihak tertentu bahwa 170 juta saman setahun dijangka akan dikeluarkan adalah tidak benar dan mengelirukan masyarakat.

Banyak respon positif Rakyat dan Pengguna Jalan Raya Terhadap Sistem AES

Sebenarnya, terdapat pelbagai lapisan masyarakat mengalu-alukan pelaksanaan sistem AES termasuk NGO seperti Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF).

Surat-surat kepada pengarang akhbar dan rakyat jelata juga menyokong sistem AES sebagai salah satu langkah ke arah meningkatkan keselamatan jalan raya dan melindungi nyawa rakyat.

Pelaksanaan sistem AES merupakan suatu langkah jangka panjang bagi mengurangkan kes kemalangan jalanraya, terutamanya kes kemalangan maut.

Kalau Tak Faham Apakah Sistem AES baca sini ?

3 comments:

  1. meh kita pandu kete slow-slow...biarkan kamera mereka meragan kat situ....

    ReplyDelete
  2. Kalau kita ikut peratyran tak ada masalah

    ReplyDelete
  3. Berani kerana benar, takut bagi yang selalu buat salah

    ReplyDelete

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...