Mar 30, 2012

Capital TV Telekom Malaysia


Capital TV Telekom Malaysia. TELEKOM Malaysia Berhad (TM), yang menonjolkan kemampuan televisyen berprotokol Internet (IPTV) menambah satu lagi saluran baru kepada koleksi HyppTV TM iaitu Capital TV, saluran perniagaan yang bersiaran 24 jam sehari dalam format definisi tinggi (HD) pertama di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif The Capital, Noor Azman Yusof berkata, saluran berkenaan akan memaparkan liputan perniagaan dan kewangan di negara ini serta rantau Asia secara menyeluruh dan terperinci.

“Saluran terbabit menawarkan analisis pasaran secara terperinci relevan kepada penonton yang berminat dalam sektor perniagaan menerusi program berita dan segmen majalah,” katanya pada sidang media selepas majlis pelancaran oleh Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, semalam.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...