Pages

Aug 12, 2011

Khasiat Yogurt

Pernahkah anda makan yogurt. Saya suka makan yogurt , saya beli yang dalam botol tu, Jadi apa khasiat yogurt. Terdapat banyak khasiat yogurt untuk kesihatan, antaranya memulihkan sistem penghadaman. Cuba lihat khasiat yogurt selanjutnya:


1. Beberapa strain probiotik meningkatkan sistem pertahanan badan kita
 
Probiotik bacteria yang terdapat di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.  Menurut kajian di Taiwan, probiotik dapat meningkatkan pemulihan serta ketahanan tubuh terhadap jangkitan (infeksi) di mana yogurt yang mengandung dua jenis probiotik, iaitu lactobacillus dan bifidobacterium, terbukti memberi kesan positif terhadap pesakit yang mengidap H. pylori infeksi.

2. Baik untuk wanita lepas bersalin
Bagi wanita dalam pantang yang ingin kembali ke bentuk asal yakni betuk badan sebelum hamil (bertujuan menambat hati suami), yogurt adalah yang terbaik kerana ia makanan berserat tinggi selain mengandungi pelbagai khasiat diperlukan untuk membekalkan susu kepada bayi.

3. Membantu sistem penghadaman anda
Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa (gula semulajadi dalam susu). Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus, menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup, di samping memastikan sistem penghadaman dalam tubuh badan berjalan dengan lancar.

4. Mencegah jangkitan pada kemaluan wanita
Infeksi atau jangkitan Candida pada vagina merupakan masalah yang banyak dialami wanita pengidap diabetes. Menurut kajian, wanita diabetes yang mangambil  yogurt dalam menu seharian mereka didapati mengalami penurunan (pH) serta pegurangan infeksi candida.

5. Meningkatkan kekuatan tulang dan mencegah osteoporosis
Antara khasiat yogurt yang amat tinggi nilainya ialah yogurt mengandungi lebih banyak kalsium, vitamin A, tiamina, niasin dan riboflavin daripada susu.  Di samping itu, yogurt juga kaya dengan zat besi, fosforus dan kalium. 

6. Menurunkan kadar kolesterol dalam tubuh anda
Yogurt, susu asidophilus (dari bakteria L. acidophilus) dan susu bifidus (dari bakteri a Bifidobakterium bifidum) mampu menurunkan kolesterol darah. Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol. Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

7. Megurangkan berat badan
Menurut kajian terbaru yang telah diterbitkan di dalam International Journal of Obesity, 2005, hasil kajian mendapati responden yang mengambil yogurt rendah lemak di dalam hidangan mereka didapati dapat mengurangkan berat badan kerana kandungan kalsium di dalam yogurt.


No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.