Feb 25, 2012

Cara Bayar Cukai Tanah Melalui CIMB

Cara Bayar Cukai Tanah Melalui CIMB
Hari ini nak tunjuk cara bayar bil tanah atau Cara Bayar Cukai Tanah Melalui CIMB clicks. Kini anda yang ada atau mendaftar di CIMB Clicks dengan mudah membayar cukai tanah melalui kemudahan perbank internet CIMB Clicks. Kita tak payah beratur panjang di pejabat tanah, buang masa dan minyak kereta ke pejabat tanah, semata nak bayar cukai tanah yang tak serapa.

Kini dengan mendaftar perbank internet di CIMB anda boleh login dan membayar bil atau cukai tanah, bayar awal ada rebet pula tu.

Contoh yang saya nak kongsi disini ialah, bayar cukai tanah di pejabat tanah galian negeri perlis. Cara nak bayar :

Anda perlu daftar di CIMB atau ada akaun bank di CIMB dan terlebih dahulu daftar perbank internet, bagi memudahkan anda Login ke akaun bank anda.

1. Selepas Login CIMB, pilih Bill Payment

2. Kemudian pilih Assesment and Quit Rent

Cara Bayar Cukai Tanah Melalui CIMB
3. Pilih Negeri di mana tanah anda berada, dalam contoh ini saya pilih Perlis

Cara Bayar Cukai Tanah Melalui CIMB
4. Masuk Maklumat
  • No Hak Milik
  • Bandar/Pekan
  • Jenis Hak Milik
  • Jumlah Bayaran RM

Cara Bayar Cukai Tanah Melalui CIMB

Sila rujuk Resit sebelum ini atau geran tanah anda bagi mendapat maklumat di atas. Jangan lupa selepas itu, anda di perlu memasukan no akaun CIMB dan No Tel anda pembayar.

Cara Bayar Cukai Tanah Melalui CIMB



Klik gambar untuk melihat lebih besar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...