Pages
▼
Nov 29, 2013
Kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam, 20 harus di filemkan
Kisah Ahmad Ammar Ahmad Azam, 20 harus di filemkan agar generasi muda dapat di motivasi dan tiru contoh Ahmad Ammar, dalam mendaulatkan agama Islam. Alfatihah pada Ahmad Ammar Ahmad Azam, 20 yang kembali menemui Ilahi pada 2 Nov 2013
Berjuang agama bukan sekadar dengan senjata sahaja tapi perbagai cara, seperti yang dibuat anak muda Ammar, menggunakan ilmu, keringatnya dalam membela agama Islam. Saya juga tak kenali beliau sehingga facebook menemui saya dan Ammar. Mungkin ABIM atau NGO boleh usahakan agar suatu filem dokumentari, dapat dihasilkan.
Di bawah ialah sebahagian cerita Ahmad Ammar Ahmad Azam, 20 yang saya petik dari Harian Metro.
Sam mengetahui berita mengenai perkara ini melalui laman sosial YouTube memuatkan video Allahyarham yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya di Istanbul, Turki pada 2 November lalu. Sangat terharu apabila dapat tahu Allahyarham anak muda yang mempunyai semangat juang tinggi dalam memperjuangkan Islam dan banyak berjasa kepada masyarakat dan ilmu agama serta aktif berdakwah.
Jenazah Ahmad Ammar dimuliakan di Turki apabila menjadi satu-satunya rakyat Malaysia dikebumikan di Perkuburan Eyub Sultan, Turki, yang menempatkan lebih 60 sahabat Nabi Muhammad SAW seperti Sayyidina Abu Ayub al-Ansari.
Ahmad Ammar Ahmad Azam, 20, adalah anak lelaki tunggal Ahmad Azam Ab Rahman, mantan Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH.
Ahmad Ammar adalah ahli dan pimpinan ABIM yang aktif dan berada di Istanbul mengikuti pengajian peringkat ijazah dalam bidang Sejarah.
Pada usia semuda itu, beliau menyertai pelbagai misi kemanusiaan di beberapa negara seperti Syria dan mengembara banyak tempat untuk menuntut ilmu, menimba pengalaman dan mencurah bakti untuk kesejahteraan ummah tanpa mengira bangsa dan agama.
Beliau juga menjadi sukarelawan menyertai misi kemanusiaan di Syria dan dikenali kerana mempunyai budi pekerti baik, tekun, berdisiplin, taat, bercita-cita tinggi dan hormat kepada yang lebih dewasa. Sam mendapat info berkaitan Allahyarham melalui pembacaan di Internet dan media massa memberi maklumat berhubung perkara ini. Semoga Allahyarham menjadi insan terpilih di sisi Allah dan tenang di alam sana. Salam takziah buat keluarga arwah, semoga tabah dugaan ini. Yang pasti, ada hikmah dalam setiap yang berlaku buat kita semua.
No comments:
Post a Comment
Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.