Pages

Oct 22, 2012

Pembangkang Putar belit Fakta Sistem AES

Pembangkang Putar belit Fakta Sistem AES
Pembangkang Putar belit Fakta Sistem AES. Demi meraih sokongan politik ramai pembangkang membuat ulasan tentang AES dan alasan mereka kurang logik, Antaranya nak kutip jutaan ringgit saman. Kalau rakyat displin dan ikut peraturan, syarikat akan bankrap sebab tiada dapat kutip saman.

Pembangkang atau mereka yang tak setuju kena faham apakah tujuan AES. Apa matlamatnya. Sejak 50 tahun kita di didik dengan slogan BERHATI HATI DI JALAN RAYA, PANDU CERMAT JIWA SELAMAT, namun kempen ini gagal, sampai masa didik cara kuatkuasa undang undang. Kalau kita  tak salah apa nak takut. Soal nak kutip saman tak jadi isu, kalau kita semua ikut undang undang, Apakah kita nak boikot sistem undang jalanraya kita dan memandu laju dan langgar lampu merah? Kalau itu matlamat kita bantah AES, maka anda silap.

Alasan YB Mahfuz bahawa lokasi tak sesuai, Itu masalah teknikal yang boleh dibawa bincang dengan jawatankuasa teknikal AES JPJ. Pokoknya kita nak bawa minda pengguna jalanraya malaysia ke arah kelas pertama. Bukan minda kelas kebudak budakan yang manja dan ketegar undang undang. Lihat negara lain yang berjaya dengan AES.

Peringkat awal memang ramai yang bantah.

Dalam masa sama AES boleh rakam jenayah juga? 

JPJ  menjawap isu AES seperti berikut,

kontraktorKerajaan pada 16 Ogos 2006 bersetuju supaya pemilihan syarikat untuk melaksanakan projek Sistem AES dipelawa kepada 9 buah syarikat bagi menyertai tender . Walau bagaimanapun, hanya 7 buah syarikat telah mengemukakan dan melepasi peringkat penilaian dokumen cadangan teknikal dan menyertai ujian live demonstration yang  telah dijalankan.
Berdasarkan hasil penilaian dokumen cadangan teknikal dan ujian live demo, hanya 2 buah syarikat sahaja iaitu:

(i) A.T.ES Sdn. Bhd yang menggunapakai teknologi Robot daripada Jerman; dan
(ii) Beta Tegap Sdn. Bhd yang menggunapakai teknologi Redflex daripada Australia
yang didapati berkelayakan secara teknikal (technically qualified) bagi melaksanakan projek AES.
Sepertimana yang dijelaskan sebelum ini, Kerajaan telah memutuskan untuk melaksanakan projek AES secara outsourcing melalui konsep BOOT (Built, Operate, Own dan Transfer) di mana tempoh konsesi adalah selama 66 bulan. Melalui kaedah ini, kos pembangunan projek, operasi dan penyelenggaraan sistem akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat pelaksana tanpa melibatkan implikasi kewangan kepada Kerajaan. Dalam hal ini, Kerajaan tidak menanggung apa-apa perbelanjaan sepanjang pelaksanaan Sistem AES ini.

Rasional Pelaksanaan Sistem AES

Seperti mana dijelaskan sebelum ini, rasional pelaksanaan AES adalah semata-mata untuk meningkatkan Perception of Being Caught (POBC) ke tahap yang lebih tinggi ke arah mengurangkan kadar kemalangan dan kematian di jalan raya yang semakin meningkat serta mengakibatkan kerajaan perlu menanggung perbelanjaan yang tinggi. Ia bukan bertujuan untuk mengenakan saman dan denda ke atas pengguna jalan raya dan rakyat  atau membawa keuntungan kepada syarikat yang dilantik sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu.

Berdasarkan kajian antarabangsa, pelaksanaan penguatkuasaan secara elektronik dapat mengurangkan kematian akibat kemalangan jalan raya antara 17% sehingga 71% dan menurunkan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 40%.

Sebagai contoh, negara Perancis telah mencatatkan penurunan kadar kematian sebanyak 27% dalam tempoh 3 tahun pelaksanaan sistem penguatkuasaan automatik manakala negara Kuwait pula telah mencatatkan penurunan kemalangan sebanyak 48%.
Mengikut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pelaksanaan AES di Malaysia juga adalah dijangka dapat meningkatkan POBC kepada 75% adalah memadai untuk mengubah tingkahlaku pemandu.

Dakwaan bahawa Sistem AES akan mengeluarkan 170 saman setiap tahun tidak benar

Sistem AES, sepertimana yang telah diperjelaskan beberapa kali sebelum ini adalah semata-mata untuk mengurangkan kadar kemalangan dan kematian jalan raya melalui meningkat kesedaran pemandu dan pengguna jalan raya terhadap Perception of Being Caught (POBC). Ia tidak bertujuan mengaut apa-apa keuntungan dan membawa keuntungan kepada syarikat yang dilantik sepertimana yang didakwa oleh pihak tertentu. Jumlah saman yang akan dikeluarkan oleh JPJ adalah bergantung kepada pemandu dan pengguna jalan raya sendiri. Apabila mereka tidak memandu melebihi had laju atau melanggar lampu isyarat lagi, tidak akan ada apa-apa saman yang akan dikeluarkan. Oleh sebab itu, pengiraan sendiri dan dakwaan yang tidak munasabah oleh pihak tertentu bahwa 170 juta saman setahun dijangka akan dikeluarkan adalah tidak benar dan mengelirukan masyarakat.

Banyak respon positif Rakyat dan Pengguna Jalan Raya Terhadap Sistem AES

Sebenarnya, terdapat pelbagai lapisan masyarakat mengalu-alukan pelaksanaan sistem AES termasuk NGO seperti Consumer Association of Penang (CAP) dan Malaysia Crime Prevention Federation (MCPF). Surat-surat kepada pengarang akhbar dan rakyat jelata juga menyokong Sistem AES sebagai salah satu langkah ke arah meningkatkan keselamatan jalan raya dan melindungi nyawa rakyat.

Pelaksanaan sistem AES merupakan suatu langkah jangka panjang bagi mengurangkan kes kemalangan jalanraya, terutamanya kes kemalangan maut

Kita kena open mind dan jangan mudah melatah, 

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.