Pages

Mar 11, 2012

Apakah Psikosis

Apakah Psikosis

Apakah Psikosis . Psikosis berasal daripada istilah Greek, iaitu ‘psyche’ yang bermaksud minda atau jiwa manakala ‘osis’ bermaksud keadaan tidak normal. Ia adalah terma psikiatri umum bagi tahap mental yang dikaitkan dengan hilang pertimbangan terhadap dunia realiti. Penderita masalah ini disebut psikotik.

Situasi psikosis lebih serius digelar halusinasi dan delusi.

Menurutnya, psikosis boleh menyebabkan berlaku perubahan perilaku, termasuk meracau, delusi, halusinasi dan tidak dapat melihat sesuatu dalam bentuk realiti, menjadikan pesakit tidak mampu mengawal perasaan.

“Psikosis tidak boleh dipandang ringan. Pesakit yang mempunyai gejala ini perlu mendapat rawatan segera bagi mengelakkan ia berlarutan dan sukar sembuh. Ibu bapa yang mendapati anak mereka mempunyai tingkah laku luar biasa perlu mendapatkan rawatan.

“Walaupun masyarakat kita sedar penyakit mental, masih ramai melakukan rawatan menerusi bomoh atau pengamal agama, sedangkan masalah mental seumpama itu perlu mendapatkan rawatan pakar psikiatri,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Lembah Pantai, Kuala Lumpur

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.