Pages

Dec 20, 2011

Menara 100 Tingkat Jana Ekonomi

Menara 100 Tingkat Jana Ekonomi. Mengulas mengenai projek itu, Hamad Kama Piah berkata, projek pembangunan bercampur berhampiran Stadium Merdeka dan Stadium Negara di Kuala Lumpur itu juga akan merancakkan pembangunan hartanah di kawasan sekitarnya apabila ia siap sepenuhnya pada 2020. “Apabila siap kelak, projek ini akan menjana kegiatan ekonomi dan menyediakan peluang pekerjaan,” katanya.

Hamad Kama Piah turut menolak tanggapan sesetengah pihak yang menganggap projek bangunan 100 tingkat itu akan menyebabkan lebihan penawaran ruang pejabat dan komersial di Kuala Lumpur seperti yang berlaku ketika ini.

“Apabila kami merancang projek ini, kami perlu memastikan ruang pejabat di bangunan itu dipenuhi.

“Bangunan ibu pejabat PNB sekarang sudah berusia 30 tahun dan kumpulan memerlukan ibu pejabat baru sejajar program pengembangan kami,” katanya.

Projek yang menempatkan bangunan tertinggi di Malaysia itu akan dibangunkan anak syarikat milik penuh PNB, iaitu PNB Merdeka Ventures membabitkan kos RM5 bilion.

PNB akan membina menara 100 tingkat itu terlebih dulu supaya ia dapat menjadi tarikan bagi pembangunan komersil lain seperti hotel, kondominium dan pusat membeli-belah.

Hamad Kama Piah berkata, kos pembinaan menara 100 tingkat berkonsep bangunan pintar mesra alam itu dianggarkan antara RM2.5 bilion hingga RM3 bilion dengan pembinaannya dijangka dimulakan tahun depan dan siap pada 2015.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.