Pages

Dec 23, 2011

Kenapa harga minyak Malaysia Naik

Negara kita menghasilkan minyak. Jadi kenapa harga minyak di Malaysia perlu naik juga? Sebenarnya Harga minyak dan produk petroleum ditentukan oleh pasaran dunia dan di luar kawalan Malaysia. OPEC memainkan peranan penting dalam menentukan tahap pengeluaran minyak dunia dan dengan itu mempengaruhi harga pasaran minyak.

PETRONAS hanya menguasai 30 peratus sahaja pasaran dalam sektor penjualan runcit produk petroleum tempatan, manakala bakinya dikuasai oleh syarikat seperti Shell, Esso, Caltex, BP, Mobil dan Projet.

Jika PETRONAS dikehendaki menyerap kenaikan harga minyak atau menanggung secara langsung subsidi minyak, ini bermakna ia memberi subsidi kepada syarikat minyak asing.

Di Malaysia, PETRONAS mempunyai tiga loji penapis minyak dengan jumlah keupayaan 256,000 tong sehari atau 47 peratus daripada jumlah keluaran negara.

Baki sebanyak 53 peratus disumbang oleh loji penapisan minyak yang dimiliki oleh Shell (155,000 tong sehari), Exxon-Mobil (88,000 tong sehari) dan Conoco Phillips (48,000 tong sehari).

Oleh kerana Malaysia menggunakan 520,000 tong sehari, kita juga bergantung kepada loji penapisan milik syarikat minyak antarabangsa.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.