Pages

Dec 4, 2011

Banjir Kajang Kerajaan Mana Nak Selesai

Banjir di Kajang Kerajaan Mana Nak Selesai.Pada hari kejadian saya telefon sepupu yang tinggal di Kajang. Nasib baik kawasan perumahan mereka agak tinggi dan selamat dari banjir kilat. Menurut sepupu saya kalau hujan lebat mereka tidak akan ke bandar kajang. Sejak 15 tahun mereka tinggal di kajang ini banjir yang paling teruk (2 Dis 2011). Kalau ke bandar kajang, kalau hujan turun kena cepat balik rumah, nanti teperangkap dalam air banjir.

Nak tanya sampai bila masalah ini akan di selesaikan, pihak mana nak selesai, kerajaan negeri selangor atau kerajaan pusat. Jangan tunggu ada kematian baru nak selesai. Ini masalah sudah lama, masalah pengurusan saliran air di bandar kajang perlu di lihat semula. Majlis Perbandaran Kajang dan Kerajaan Negeri Selangor kena selesai segera dan lihat apa masalah dan punca sebenar banjir yang teruk di kajang.

Lihat video sebenar banjir di bandar kajang dis 2011

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.