Pages

Nov 8, 2011

MPV sporty, Honda Stream RSZ

MPV sporty, Honda Stream RSZ, lihat ciri ciri Honda RSZ ini. Ia nampak spoty. Padanan rim bersaiz 17 inci, selain itu ketinggiannya direndahkan sehingga 45 milimeter berbanding model Stream terdahulu membuatkan ia ia lebih mantap.

Ciri luaran Stream RSZ dipadankan dengan set aerokit lengkap dan dilengkapi lampu hadapan HID dalam perumah hitam serta gril hadapan krom berwajah baru menaikkan lagi rupa kosmetik jentera tujuh tempat duduk itu.

Menerjah ruang dalamannya, latar hitam memperlihatkan ia direka untuk gaya sebuah MPV sporty.

Papan pemuka kemas dan disatukan dengan tombol gear menjadikan ruang antara pemandu dan penumpang hadapan lebih lapang.

Susunan butang kawalan audio dan penyaman udara memudahkan pemandu mencapai butang dikehendaki.

Ia ditingkatkan dengan tombol gear dan roda stereng kulit bersama alat kawalan audio serta pedal aloi bergaya.

Kerusi yang dibaluti bahan kain warna hitam adalah kombinasi terbaik kerana mampu mengurangkan menampakkan kekotoran akibat tumpahan makanan atau minuman.

Selain itu, kerusi barisan hadapan juga dilengkapi dengan ‘amrest’ bagi memberi kelegaan jika memandu jauh.

Tempat duduk barisan ketiga pula tidaklah terlalu sempit kerana penulis sempat mencubanya dalam perjalanan dari Temerloh, Pahang, hingga ke Kuala Lumpur.Malah, penulis boleh tidur nyenyak sepanjang perjalanan ketika berada di barisan tempat duduk yang ketiga itu.

Kenderaan ini juga boleh mengangkut banyak muatan atau boleh mengisi barangan yang panjang selepas melipatkan kerusi barisan kedua dan ketiga.

Prestasinya tidak mengecewakan penulis kerana ia dijana enjin 1.8 SOHC i-VTEC dengan transmisi lima kelajuan automatik menawarkan kuasa yang mencukupi bagi saiznya.

Selain itu, ia ditambahkan dengan sistem pintar i-VTEC untuk mengawal output kuasa lebih seimbang manakala penggunaan bahan api dijimatkan.

Jika kuasa yang dibekalkan tidak mencukupi, penukar gear di bahagian belakang stereng boleh dilakukan secara manual untuk memberi daya pecutan untuk mendaki atau memotong kenderaan lain.

Walaupun model ini lebih panjang daripada sedan, kedudukan badannya yang rendah dengan tayar lebar membantu mengekalkan kestabilan.

Bantuan sistem suspensi topang MacPherson di hadapan dan Reactive Link Double Wishbone pada bahagian belakang membolehkan Stream RSZ meratah selekoh dengan lebih yakin.

Stream RSZ didatangkan dengan empat warna bergaya iaitu Putih Mutiara Premium, Mutiara Hitam Kristal, Logam Metalik Berkilat dan Mutiara Merah.

HARGA  RM158,980. 

SPEKSIFIKASI

HONDA STREAM RSZ

ENJIN

1.8 liter, 4 silinder, SOHC, i-VTEC

KUASA MAKSIMUM
140 PS pada 6,300rpm

TORK MAKSIMUM
174Nm pada 4,300rpm

TRANSMISI
lima kelajuan automatik

CIRI-CIRI KESELAMATAN
Dua beg udara, ABS, EBD, Sensor Ultrasonic.

No comments:

Post a Comment

Terima Kasih, kerana memberi komen yang menarik. Minta Tulis nama anda.